12/04/2026
Bersedia hadapi krisis..
1- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai bersedia menghadapi kenaikan harga yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
2- Kenaikan harga itu dikaitkan dengan krisis minyak global yang tercetus akibat perang Iran.
3- Anwar turut mengingatkan penjawat awam supaya bersedia membantu kerajaan menangani isu yang timbul.
4- Anwar berkata ramai orang menyangka belum ada masalah kerana belum berlaku situasi beratur di stesen minyak, Tanggapan itu tidak betul kerana masalah sebenarnya sudah berlaku.
5- Beliau mendakwa harga sudah melambung walaupun belum nampak kesan beratur di stesen minyak.
6- Anwar menegaskan rakyat tidak seharusnya menunggu sehingga ada masalah besar baru terkejut.
7- Tugas kerajaan ialah menjelaskan situasi dan menangani masalah dengan bijak, tambah beliau.
8- Menurut beliau lagi terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga produk berasaskan petroleum.
9- Walaupun Malaysia berjaya memastikan laluan selamat bagi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, kos lain tetap meningkat akibat konflik tersebut.
10- Antara kos yang meningkat ialah premium insurans bagi pengangkutan maritim.
11- Caj penghantaran juga meningkat akibat konflik.
12- Anwar berkata peningkatan kos itu menyebabkan kos untuk memproses minyak yang sampai ke Pengerang turut meningkat.
-- My Netizen
Sumber: Malaysiakini
Foto: Pejabat Perdana Menteri