Rumput Cutter Crew

Call

Rumput Cutter Crew KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEPERTI
�MESIN RUMPUT
�POTONG POKOK
�MERACUN KAWASAN RUMAH

siiap jugak job mesin depan belakang area bukit beruntung...berminat rojeee lah
28/10/2026

siiap jugak job mesin depan belakang area bukit beruntung...

berminat rojeee lah



mesin rumput lepas hujan...tanah pulak elok lembut gembut...abis berpeleseran terpercikkan merata rata tempat...hermmm.....
28/10/2026

mesin rumput lepas hujan...tanah pulak elok lembut gembut...abis berpeleseran terpercikkan merata rata tempat...hermmm...



done untuk minggu ni....
28/10/2026

done untuk minggu ni....


28/10/2026

kasar job minggu ni...🥹😆🤭

alhamdulillah...berjaya jugak kemaskan kawasan rumah customer..ada yg berminat kee...bole la rojeeewww.wasap.my/60123526...
28/10/2026

alhamdulillah...
berjaya jugak kemaskan kawasan rumah customer..

ada yg berminat kee...bole la rojeee

www.wasap.my/60123526469

29/09/2026

28 September 2026 ~
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kembalinya ke Rahmatullah, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.

Duli-Duli Tuanku berkenan menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah, semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Baginda turut mengenali adik beradik Allahyarhamah, yang dilahirkan di Klang, Selangor, serta turut berdukacita di atas kehilangan ini.

Duli-Duli Tuanku mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah ~

29/09/2026

𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗠𝗘𝝢𝗝𝝖𝗗𝝞 𝗧𝗨𝝢 𝗦𝝞𝗧𝝞 𝗛𝝖𝗦𝗠𝝖𝗛…
𝗪𝝖𝝢𝝞𝗧𝝖 𝝞𝝢𝝞 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗕𝝞𝗛 𝗗𝝖𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗠𝗘𝝢𝗝𝝖𝗗𝝞 𝗦𝗘𝝤𝗥𝝖𝝢𝗚 𝗗𝝤𝗞𝗧𝝤𝗥.

Lihatlah foto ini. (Gambar original di ruangan komen)

Seorang wanita muda berdiri dengan jubah konvokesyen, memegang ijazah perubatannya.

Namanya asal beliau Hasmah Mohamad Ali. Nama "Siti" ditambah di hadapan nama beliau kemudiannya semasa beliau mendaftar di kolej, sehingga beliau lebih dikenali secara rasmi sebagai Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Ketika gambar ini dirakam sekitar tahun 1955, beliau belum lagi dikenali sebagai isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Beliau baru sahaja mencapai sesuatu yang sangat besar untuk seorang wanita Melayu pada zaman tersebut — menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

𝗦𝝞𝝖𝗣𝝖 𝗦𝗘𝗕𝗘𝝢𝝖𝗥𝝢𝗬𝝖 𝗪𝝖𝝢𝝞𝗧𝝖 𝗗𝝖𝗟𝝖𝗠 𝗚𝝖𝗠𝗕𝝖𝗥 𝝞𝝢𝝞?

Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor.

Beliau merupakan anak keenam daripada 10 orang adik-beradik.

Ayahnya, Haji Mohd Ali Mohd Taib, merupakan seorang pegawai kerajaan, manakala ibunya, Hajah Siti Khatijah Ahmad, ialah seorang suri rumah.

Dan keluarganya bukan calang-calang.

Antara adik-beradiknya termasuk:

• Tun Ismail Mohamed Ali — yang kemudiannya menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang kedua dan tokoh penting dalam penubuhan PNB.

• Jeneral (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali — yang kemudiannya menjadi Ketua Angkatan Tentera Malaysia.

• Ahmad Razali Mohd Ali — yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Selangor.

• Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali — kakaknya yang juga terkenal dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan.

Jadi, Siti Hasmah sebenarnya datang daripada sebuah keluarga besar yang kemudiannya melahirkan beberapa tokoh dalam bidang perubatan, kewangan, ketenteraan dan pentadbiran negara.

𝗞𝗘𝝢𝝖𝗣𝝖 𝗣𝝞𝗟𝝞𝗛 𝗝𝝖𝗗𝝞 𝗗𝝤𝗞𝗧𝝤𝗥?

Selepas mendapat pendidikan di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Siti Hasmah melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1947.

Institusi itu kemudiannya menjadi sebahagian daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Dan ada satu fakta yang sangat menarik:

Beliau merupakan satu-satunya pelajar perempuan Melayu dalam kumpulannya ketika itu.

Bayangkan suasananya.

Tahun 1940-an.

Pendidikan tinggi dalam bidang perubatan masih bukan sesuatu yang mudah untuk wanita Melayu.

Tetapi seorang anak perempuan daripada keluarga besar ini memilih untuk masuk ke dunia yang pada ketika itu didominasi lelaki.

Beliau bukan sekadar belajar untuk mendapatkan ijazah.

Beliau sedang membuka jalan.

1955 — 𝗛𝝖𝗥𝝞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗝𝝖𝗥𝝖𝗛 𝝞𝗧𝗨

Pada tahun 1955, Siti Hasmah menamatkan pengajian dan menerima ijazah Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) daripada Universiti Malaya yang ketika itu berpusat di Singapura.

Dan inilah wajah seorang wanita yang baru sahaja bergelar doktor.

Beliau kemudian menyertai perkhidmatan kesihatan kerajaan dan memulakan kerjaya sebagai doktor.

Siti Hasmah kemudiannya mencipta beberapa sejarah dalam perkhidmatan kesihatan awam.

Pada 1965, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan dalam Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak.

Pada 1974, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri Kedah.

𝗗𝝖𝝢 𝗗𝝞 𝗨𝝢𝝞𝗩𝗘𝗥𝗦𝝞𝗧𝝞 𝝞𝗧𝗨𝗟𝝖𝗛 𝗝𝗨𝗚𝝖…

Ada seorang lagi pelajar perubatan yang namanya kelak menjadi sangat besar dalam sejarah Malaysia.

Mahathir Mohamad.

Mahathir menamatkan pengajian perubatan di Universiti Malaya pada 1953, dua tahun sebelum Siti Hasmah. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1956.

Namun sebelum menjadi pasangan yang dikenali seluruh dunia sebagai Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, kedua-duanya terlebih dahulu merupakan doktor muda yang belajar dan membina kerjaya dalam dunia perubatan.

Itulah yang menjadikan foto konvokesyen ini begitu bermakna.

Kerana kita bukan sekadar melihat seorang wanita memakai jubah graduasi.

Kita sedang melihat permulaan sebuah perjalanan hidup.

Daripada seorang anak perempuan kepada pegawai kerajaan dan suri rumah…

kepada seorang pelajar perubatan…

kepada antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini…

kepada tokoh kesihatan awam…

dan akhirnya menjadi salah seorang wanita paling dikenali dalam sejarah moden Malaysia.

Sebelum ada gelaran “Tun”.
Sebelum ada Istana Negara.
Sebelum ada protokol dan gelaran Ibu Negara…

yang ada hanyalah seorang wanita muda bernama Siti Hasmah, dengan sebuah ijazah perubatan di tangannya.

Dan mungkin itulah bahagian paling menarik tentang foto lama ini.

Semuanya baru sahaja bermula.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. 🤲🏻

Kredit :Jom Sembang

28/09/2026

🌿 PERKHIDMATAN MESIN RUMPUT 🌿

Rumput dah panjang & kawasan dah mula semak?

Kami sediakan:
✅ Potong rumput
✅ Racun rumput
✅ Trim pokok
✅ Potong pokok
✅ Kemas kawasan

🏡 Rumah • Lot kosong • Premis • Kebun

📲 www.wasap.my/60123526469

📸 Boleh hantar gambar kawasan untuk semakan & sebut harga.

➡️Perkhidmatan Mesin Rumput (Rumput Cutter Crew) https://share.google/4zJouyk2EXdOWLAzW

📍dari rawang terus ke tg malim inshaAllah cover

Rumput panjang, kami settle! 💪🌿

28/09/2026

🌿 PERKHIDMATAN MESIN RUMPUT 🌿

Rumput dah panjang & kawasan dah mula semak?

Kami sediakan:
✅ Potong rumput
✅ Racun rumput
✅ Trim pokok
✅ Potong pokok
✅ Kemas kawasan

🏡 Rumah • Lot kosong • Premis • Kebun

📲 www.wasap.my/60123526469

📸 Boleh hantar gambar kawasan untuk semakan & sebut harga.

Rumput panjang, kami settle! 💪🌿

Address

HULU
Hulu

Telephone

+60123526469

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumput Cutter Crew posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category