Nish Aircond Servis

Nish Aircond Servis Menyelenggara aircond rumah,aircond kenderaan dan peti sejuk

16/11/2023

5 Tips Cara Guna “Aircond” Untuk Elektrik Lebih Jimat & Bil Tak Melambung Tinggi
1. Menggunakan penyaman udara jenis inverter
~Sebuah penyaman udara dengan teknologi inverter akan berjalan secara berterusan untuk memastikan kelajuan dan kekuatan pemampat disesuaikan dengan sewajarnya.
2. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat
~Kapasiti penyaman udara yang rendah mungkin tidak akan cukup untuk menyejukkan bilik anda, jadi penyaman udara akan bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang dikehendaki namun ia akan menaikkan kadar elektrik.Namun jika kapasiti penyaman udara yang terlalu tinggi p**a, ia mungkin menyejukkan rumah anda dengan lebih cepat tetapi kawasan anda akan berasa lembap dan apabila ia dimatikan tidak ada masa yang mencukupi untuk mengeluarkan kelembapan.
3. Mengekalkan Suhu yang Tepat
~Terdapat fahaman pop**ar yang kurang tepat iaitu jika anda menetapkan penyaman udara pada suhu yang tinggi ketika anda meninggalkan rumah ia akan menggunakan lebih banyak tenaga.
Kajian membuktikan bahawa ia sebenarnya adalah langkah penjimatan tenaga kerana ia melambatkan pengump**an haba di dalam rumah dan mengekalkan suhu bilik tanpa memerlukan pemampat untuk dihidupkan dan dimatikan dalam jangka panjang.
4. Pastikan Penapis Sentiasa Bersih
~Penapis kotor akan melambatkan aliran udara, menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga sehingga bil elektrik anda naik.
5. Cara set suhu yang betul
~Cadangan sebaiknya adalah, apabila sampai di rumah, buka penyaman udara pada suhu terendah, contohnya 16 darjah Celcius dan kipas yang paling kuat, contohnya nombor empat.Biarkan sementara bilik tersebut selama lebih kurang 30 ke 40 minit.Kemudian, setkan penyaman udara itu pada suhu 25 atau 26 darjah Celcius.Ini adalah suhu yang sesuai untuk tidur, kipas p**a setkan separuh, contohnya dua daripada empat.

16/11/2023

Address

No3A Kampung Mat Kilau 2
Jerantut
27000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nish Aircond Servis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nish Aircond Servis:

Share


Other Home Improvement in Jerantut

Show All