Muniff Bin Yasin

Muniff Bin Yasin JOM BINA RUMAH DAN UBAH SUAI RUMAH BERSAMA KAMI..TAK JADI TAK APA..MARI TUAN PUAN KITA BERKENALAN DA

Kadang-kadang untuk satu projek bukan hanya satu kontraktor diperlukan, selalunya dua tiga kontraktor berbeza diperlukan untuk melakukan aspek kerja berbeza. Dibawah syarikat kami,terdapat beberapa sub con memang terpilih dan memang diakui kepakaran dalam setiap bidang seni membaiki dan kerja yang halus mereka lakukan, pemecahan ruang khusus ubah suai dapat membantu anda menentukan hasil mutu kerj

a mereka berbaloi dengan bayaran yang diberikan. hak anda sebagai pelanggan dan dalam keadaan ekonomi sekarang, baiklah berhati-hati daripada menyesal terima hasil kerja tak memuaskan. Kami berjanji bukan lah ke bulan matahari, tapi kami berjanji seratus peratus akan memikul amanah dari anda sebagai kontraktor. sebagai tuan tanah tuan pemilik rumah yang telah memperayai kami, untuk siapkan rumah kediaman anda atau projek yang telah diserahkan kepada kami, kami berjanji akan menyiapkan sehingga anda gembira dan puas hati.

23/02/2026

KERJA SLAB ATAS – BUKAN SEKADAR TUANG KONKRIT!

Ramai orang nampak hasil akhir je…
Tapi yang tentukan kuat atau tidak lantai slab adalah kerja sebelum konkrit dituang.

Di tapak projek kami:

✅ Besi tetulang dipasang ikut lukisan struktur – bukan main letak.
✅ BRC disusun dengan overlap yang betul supaya slab tahan retak.
✅ Cover block cukup tebal untuk elak besi cepat berkarat.
✅ Paip sleeve siap pasang awal untuk laluan air & wiring – tak perlu hacking lepas siap!
✅ Semua kerja diperiksa sebelum konkrit masuk.

⚠️ Silap pasang besi = slab retak
⚠️ Tak buat sleeve awal = kos tambahan & struktur lemah
⚠️ Buat kerja cincai = rumah tak tahan lama

Kami buat kerja ikut spesifikasi, bukan ikut bajet murah semata-mata.

📍 Area Kajang | Hulu Langat | Bangi | Semenyih

📞 Nak bina rumah? Renovation? Tambah tingkat?

PM sekarang untuk site visit & quotation.

Along Muniff Kontraktor
Kerja Kontraktor | Bina Rumah | Ubah Suai | Struktur




23/02/2026

KERJA PEMASANGAN BESI, BRC & PAIP SLEEVE SEBELUM TUANG KONKRIT SLAB ATAS

Sebelum kerja tuang konkrit dijalankan, beberapa proses penting perlu dibuat bagi memastikan struktur lantai slab kukuh, selamat dan tahan lama.

📌 1️⃣ Pemasangan Besi Tetulang (Rebar) Besi dipasang mengikut spesifikasi lukisan struktur (structural drawing).
Susunan, jarak (spacing) dan saiz besi mestilah tepat bagi menampung beban lantai serta mengelakkan rekahan pada masa akan datang.
Cover block juga dipasang untuk memastikan ketebalan konkrit mencukupi dan besi tidak terdedah kepada karat.

📌 2️⃣ Pemasangan BRC (Welded Wire Mesh) BRC dipasang sebagai sokongan tambahan bagi menguatkan slab dan mengawal rekahan halus (shrinkage crack).
Setiap sambungan BRC dibuat dengan overlap yang betul dan diikat kemas supaya tidak bergerak semasa kerja tuang konkrit.

📌 3️⃣ Pemasangan Paip Sleeve Paip sleeve disediakan awal untuk laluan paip air, paip pembetungan atau wiring elektrik.
Langkah ini penting supaya tidak perlu hacking konkrit selepas siap, yang boleh melemahkan struktur dan menambah kos.

📌 4️⃣ Pemeriksaan Akhir Sebelum Tuang Semua kedudukan besi, BRC, sleeve dan formwork diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan kerja mengikut spesifikasi dan standard keselamatan sebelum konkrit dituang.
💪 Kerja nampak simple, tapi jika silap langkah – risiko retak, bocor atau struktur lemah boleh berlaku.
Kerja dibuat ikut spesifikasi, bukan ikut agak-agak.





23/02/2026
Ni namanya Paip PPR (Polypropylene Random Copolymer)adalah sistem perpaipan plastik moden yang direka khusus untuk aplik...
15/02/2026

Ni namanya Paip PPR (Polypropylene Random Copolymer)

adalah sistem perpaipan plastik moden yang direka khusus untuk aplikasi air panas dan sejuk dengan jangka hayat melebihi 50 tahun.

Ia terkenal kerana ketahanannya terhadap suhu tinggi, tekanan tinggi, dan sifatnya yang tidak berkarat atau berkerak.





Ni dinamakan paip upvc. Aksesori yang ditunjukkan ni dipanggil UPVC SLEVE. utk apa sleve ni? Dia digunakan kebiasaan nya...
15/02/2026

Ni dinamakan paip upvc. Aksesori yang ditunjukkan ni dipanggil UPVC SLEVE. utk apa sleve ni? Dia digunakan kebiasaan nya bagunan tingkat atas sblm kerja2 kongkrit lantai. Setelah pasang papan slab lantai atas. Dan dipasang besi serta brc Letakkan sleve ni dan screw pada lubang yang telah ada dekat sleve tersebut.

Supaya setelah di kongkrit, lubang yang telah dikenalpasti utk saluran tandas sudah tersedia. X perlu coring lagi




Adakah anda merancang untuk memasang paip ini di dalam dinding atau untuk sistem penyiraman luar?Ini p**a dipanggil paip...
15/02/2026

Adakah anda merancang untuk memasang paip ini di dalam dinding atau untuk sistem penyiraman luar?

Ini p**a dipanggil paip Hansen. nampak sama mcm paip poly. Ye sama tapi berbeza fitting material.

Istilah "paip poly" dan "paip Hansen" sebenarnya merujuk kepada sistem penyambungan yang berbeza untuk jenis paip yang sama, iaitu paip High-Density Polyethylene (HDPE) yang berwarna hitam dengan garisan biru. Perbezaan utama terletak pada cara ia disambung dan jenis penyambung (fitting) yang digunakan.

Ni dipanggil paip UPVC.Paip uPVC (Unplasticized Polyvinyl Chloride) ialah jenis paip plastik keras yang tidak mengandung...
15/02/2026

Ni dipanggil paip UPVC.

Paip uPVC (Unplasticized Polyvinyl Chloride)

ialah jenis paip plastik keras yang tidak mengandungi bahan pemultul lentur (plasticizers), menjadikannya lebih kuat dan tahan lama berbanding paip PVC biasa.

Ia sering digunakan dalam sistem saliran air sisa, pembetungan, dan perlindungan kabel elektrik kerana sifatnya yang tahan kakisan dan bahan kimia.

Ni dipanggil paip Poly.kenali nama paip dan nama aksesori paip polyPaip poli (HDPE) ialah paip plastik fleksibel, ringan...
15/02/2026

Ni dipanggil paip Poly.kenali nama paip dan nama aksesori paip poly

Paip poli (HDPE) ialah paip plastik fleksibel, ringan, dan tahan lasak yang sangat pop**ar untuk sistem bekalan air sejuk, pertanian, dan fertigasi kerana ia tahan karat, boleh digulung, serta tahan cuaca panas dan hujan. Kegunaan utamanya termasuk penghantaran air domestik, pengairan ladang, dan saliran.
Berikut ialah kegunaan utama paip poli (HDPE):
Sistem Bekalan Air Domestik: Digunakan untuk menghubungkan paip utama ke meter air (paip perhubungan) dan dari meter air ke tangki simpanan atau pili dapur (paip perkhidmatan) kerana sifatnya yang tidak mudah bocor.
Sistem Pertanian & Fertigasi: Sangat sesuai digunakan dalam pertanian, terutamanya untuk sistem fertigasi, kerana ia tahan lasak, fleksibel untuk dibentuk di kawasan ladang, dan tahan sinaran matahari.
Pengairan Lanskap: Digunakan dalam sistem pengairan automatik di taman atau padang kerana ia mudah dipasang dan tidak berkarat.
Saliran: Sesuai untuk menyalurkan air terpakai atau air limpah kerana ia tidak mudah reput.
Kelebihan utama paip poli berbanding paip lain adalah ketahanannya yang tinggi, tidak berkarat, dan kemampuannya untuk dilentur, menjadikannya penyelesaian jangka panjang yang baik untuk perpaipan luar rumah.

Kenali material nama untuk paip PVC.Klasifikasi/Kelas Paip PVC(Terutamanya di Malaysia/uPVC):A) Paip PVC Nipis: Sesuai u...
15/02/2026

Kenali material nama untuk paip PVC.

Klasifikasi/Kelas Paip PVC
(Terutamanya di Malaysia/uPVC):

A) Paip PVC Nipis: Sesuai untuk saluran buangan air (sisa/sanitari) kerana tekanan rendah.

B) Paip PVC Sederhana: Digunakan untuk sistem perpaipan air domestik biasa.

C) Paip PVC Tebal (High Pressure): Digunakan untuk tekanan air tinggi, lebih tahan lama, dan tahan lasak.

Biasanya kontraktor akan minta paip klas 7 biasanya ini yang paling tebal.. Dr klas 5 dan 6

27/11/2025

“Duduk sorang-sorang dekat koridor kondo… saya tengok luar sana, ribuan rumah, ribuan manusia. Saya terfikir, kenapa susah sangat nak jadi kaya? Kan best kalau 1 rumah, 1 pelanggan… 1000 rumah, 1000 pelanggan. Tapi realitinya, perjalanan rezeki tak semudah angka. Kita tetap kena usaha, kena sabar, kena yakin. Sebab rezeki tak pernah salah alamat.”

Address

Kajang
43000

Telephone

+601164396818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muniff Bin Yasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muniff Bin Yasin:

Share