Dbumijaya

Dbumijaya Nursery supplier and landscape consultant....

Selamat Hari Pekerja.Terima kasih atas segala usaha dan komitmen 💪.Dimaklumkan bahawa syarikat D BUMIJAYA akan bercuti p...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja.
Terima kasih atas segala usaha dan komitmen 💪.

Dimaklumkan bahawa syarikat D BUMIJAYA akan bercuti pada Jumaat, 1 Mei 2026.

Ikhlas daripada warga kerja D BUMIJAYA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahtera...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Dimaklumkan bahawa syarikat D BUMIJAYA akan bercuti bermula Jumaat, 20 Mac 2026 sehingga Selasa, 24 Mac 2026.

Ikhlas daripada warga kerja D BUMIJAYA.

Servis kami:1.Merekabentuk dan membuat lanskap2.Kerja2 penyelenggaraan lanskap   ☑️memotong rumput    ☑️mencantas pokok ...
25/02/2026

Servis kami:

1.Merekabentuk dan membuat lanskap
2.Kerja2 penyelenggaraan lanskap
☑️memotong rumput
☑️mencantas pokok
☑️mengemas laman
☑️merumpai
☑️membaja pokok
☑️sungkupan
☑️meracun/merumpai
3.Kerja2 sivil.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H Seluruh warga kerja D BUMIJAYA ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ...
20/02/2026

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1447H

Seluruh warga kerja D BUMIJAYA ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pelanggan, rakan perniagaan dan umat Islam yang menyambutnya.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan buat kita semua. Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima dan diberkati serta diberikan kekuatan untuk meningkatkan ketakwaan dan keikhlasan dalam setiap perbuatan.

Ikhlas daripada,
Warga Kerja D BUMIJAYA

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026Pihak D BUMIJAYA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pelanggan, rakan...
17/02/2026

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026

Pihak D BUMIJAYA ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pelanggan, rakan niaga dan masyarakat yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta kemakmuran yang berpanjangan kepada anda dan keluarga.

Dimaklumkan bahawa pejabat DBumijaya adalah ditutup pada 17 Februari 2026 (Selasa) sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan akan beroperasi semula seperti biasa pada hari bekerja berikutnya.

Gong Xi Fa Cai.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja D BUMIJAYA.

Alhamdulillah, signboard  baru syarikat telah berjaya dinaikkan  semula selaras dengan proses rebranding yang turut meli...
14/02/2026

Alhamdulillah, signboard baru syarikat telah berjaya dinaikkan semula selaras dengan proses rebranding yang turut melibatkan penambahbaikan dari segi logo dan identiti visual korporat.
Langkah rebranding ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pengukuhan jenama D Bumijaya ke arah imej yang lebih profesional, tersusun dan relevan dengan hala tuju semasa syarikat. Penjenamaan semula ini bukan sahaja melibatkan aspek visual, malah mencerminkan transformasi dalaman dari segi struktur operasi, fokus perkhidmatan dan standard penyampaian kerja.
Logo baharu yang diperkenalkan melambangkan nilai ketahanan, pertumbuhan dan komitmen syarikat dalam industri landskap, khususnya dalam bidang konsultasi, reka bentuk dan penyelenggaraan landskap. Ia juga sejajar dengan usaha syarikat untuk memperkukuhkan positioning sebagai syarikat yang lebih berfokus kepada perkhidmatan berkualiti dan penyelesaian profesional.
Pemasangan signboard dengan identiti baharu ini menjadi simbol kepada fasa baharu organisasi , daripada proses penyusunan semula kepada pembinaan semula jenama yang lebih jelas, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan.
Selaras dengan prinsip syarikat,
“Berakar dengan Ketabahan, Bertumbuh dengan Kejayaan.”
Semoga penjenamaan semula ini menjadi titik tolak kepada pertumbuhan yang lebih mampan, peningkatan keyakinan pelanggan serta pengukuhan reputasi D Bumijaya dalam industri penyelenggaraan lanskap.
Doakan kami!!!

TAHNIAH ATAS PENGIKTIRAFAN PAKAR INDUSTRISetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ilyana Malik, Pengurus Operasi D ...
11/02/2026

TAHNIAH ATAS PENGIKTIRAFAN PAKAR INDUSTRI

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ilyana Malik, Pengurus Operasi D Bumijaya atas pengiktirafan sebagai Pakar Industri (Is.) yang telah disampaikan dalam majlis penganugerahan pada 10 Februari 2026.

Pengiktirafan oleh Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) ini diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap kepakaran, pengalaman serta sumbangan signifikan beliau dalam pembangunan industri, pemerkasaan keusahawanan dan inovasi. Ia turut mengiktiraf peranan beliau dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan serta peningkatan profesionalisme dalam industri penyelenggaraan landskap.

Warga D Bumijaya amat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia bukan sahaja mencerminkan kredibiliti dan kepakaran beliau, malah turut mengukuhkan reputasi serta keyakinan terhadap syarikat dalam industri. Diharapkan pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa organisasi, memperluas jaringan strategik serta menyumbang kepakaran demi kemajuan industri dan pembangunan negara.

PROGRAM GERAK KASIH PUSARA MAHMOODIAH BERSAMA BIRO KONTRAKTOR, DEWAN TERAJU USAHAWAN BUMIPUTERA NEGERI JOHORD Bumijaya t...
09/02/2026

PROGRAM GERAK KASIH PUSARA MAHMOODIAH BERSAMA BIRO KONTRAKTOR, DEWAN TERAJU USAHAWAN BUMIPUTERA NEGERI JOHOR

D Bumijaya telah terlibat dalam program CSR bersama Biro Kontraktor, Dewan Teraju Usahawan Bumiputera Negeri Johor menerusi Program Gerak Kasih Pusara Mahmoodiah iaitu Gotong-Royong di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru pada 7 Februari 2026.

Dalam program ini, D Bumijaya telah diberi amanah untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan menyelia aktiviti pembersihan kawasan tanah perkuburan seluas 29 ekar, termasuk penyediaan peralatan pembersihan yang diperlukan sepanjang majlis tersebut.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada para penaja, agensi terlibat, badan sukarelawan serta para peserta, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan bersama dalam menjayakan inisiatif kebajikan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Datuk Seri Haji Mohd Effandie bin Ahmad (Penasihat Program) serta seluruh ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus serta memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini.

D Bumijaya berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam.Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua yang m...
02/02/2026

Selamat Menyambut Hari Thaipusam.
Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
Dimaklumkan bahawa operasi DBumijaya ditutup pada 2 Februari 2026 sempena sambutan Hari Thaipusam.

SESI PERBINCANGAN STRATEGIK BERKENAAN MOU & PELUANG PELAJAR INTERNSatu sesi perbincangan telah diadakan semalam bagi mem...
07/01/2026

SESI PERBINCANGAN STRATEGIK BERKENAAN MOU & PELUANG PELAJAR INTERN
Satu sesi perbincangan telah diadakan semalam bagi membincangkan cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kolej Kemahiran Johor, dengan fokus utama kepada peluang penempatan pelajar intern serta kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi pendidikan.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Ladyboss kami,puan Lyana dan mesyuarat ini turut dihadiri oleh Dato’ Rosman dan Datin Hajah Aidah mewakili syarikat masing2, yang bersama-sama memberi pandangan, idea dan cadangan bernas dalam memperkukuhkan ekosistem pembangunan bakat pelajar, khususnya dalam aspek latihan industri, pendedahan dunia sebenar pekerjaan serta kesiapsiagaan pelajar menghadapi alam pekerjaan.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah struktur penempatan intern, skop latihan yang bersesuaian dengan keperluan industri, peluang pembangunan kemahiran (upskilling & reskilling), serta potensi kerjasama jangka panjang yang memberi manfaat kepada pelajar, pihak kolej dan rakan industri.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak dalam menyokong pembangunan modal insan, memperkasakan bakat muda, serta mewujudkan hubungan strategik yang mampan antara institusi pendidikan dan industri demi masa depan pelajar yang lebih berdaya saing.

01/01/2026

Membangunkan Bakat Muda Melalui Pendedahan Industri Sebenar

Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap pembangunan modal insan,
D Bumijaya melihat program latihan industri sebagai satu platform strategik untuk melahirkan graduan yang bersedia menghadapi realiti dunia pekerjaan.
Melalui program ini, pelajar intern diberi pendedahan secara langsung kepada:
1.Operasi dan pengurusan projek
2.Etika kerja profesional dan tadbir urus organisasi
3.Kerja berpasukan merentas fungsi
4.Pengurusan masa, komunikasi dan penyelesaian masalah
Pendekatan kami menekankan pembelajaran berstruktur, bimbingan berterusan dan pendedahan praktikal, selari dengan keperluan industri semasa.
VIdeo ini memaparkan pandangan serta pengalaman sebenar pelajar intern sepanjang tempoh latihan, yang mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berimpak tinggi.
D Bumijaya percaya bahawa pelaburan dalam pembangunan bakat muda merupakan asas kepada kelestarian organisasi dan industri secara keseluruhan.
Kami merakamkan penghargaan kepada semua pelajar intern atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan, serta menghargai kepercayaan institusi pendidikan yang terus menjalin kerjasama strategik bersama kami.

Address

56-01 Jalan Perdana 3/2
Kangkar Skudai
81300

Telephone

+60127309203

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dbumijaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dbumijaya:

Share