13/02/2021
Table Saw 101
(JENIS MATA TABLE SAW)
Salam semua,
Kali ini kita berkongsi p**a tentang jenis mata yg digunakan oleh Table Saw. Secara umumnya Table Saw menggunakan jenis mata bilah bulat yang bergigi. Yang membezakan adalah design setiap gigi dan bahan yg digunakan untuk membuatnya bagi menyesuaikan dengan fungsi potongan.
Pemilihan mata yg sesuai untuk kegunaan akan memudahkan lagi kerja dan menghasilkan potongan yang baik. Secara asasnya terdapat 4 jenis mata asas yg digunakan. Terdapat banyak lagi sebenarnya. Tetapi 4 Jenis ni yang pop**ar dan mudah didapati. (Rujuk gambar pertama)
1. FTG - (Flat Top Grind)
Potongan Kasar
Jumlah mata kebiasaanya 24 - 40
Kebiasaanya digunakan untuk memotong kayu keras ataupun sebagai potongan draf sebelum potongan mengikut saiz sebenar dibuat.
Lambat tumpul
2. ATB - (Alternate Top Bevel)
Potongan Halus
Jumlah mata kebiasaanya 60 - 100
Potongan lebih halus dan rapi
Kebiasannya digunakan untuk memotong potongan akhir
Lebih cepat tumpul berbanding FTG
3. ATBR - ( Alternate Top Bevel - Raker)
Jenis ini adalah gabungan antara jenis FTG dan ATB dan dikenali juga dengan Combination Blade.
Digunakan dengan meluas dengan alasan untuk jimat
Hasil potongan lebih baik dari FTG tetapi tidak sebaik ATB
4. TCG - (Triple Chip Grind)
Potongan paling rapi dari semua diatas
Sesuai dan boleh digunakan untuk memotong besi nipis, plastik tebal dan aluminium
Untuk melihat kualiti potongan, cuba lihat hasil potongan dengan gerakan mengiring di kawasan yg agak gelap untuk melihat kesan mata gergaji.
Apabila mata mulai tumpul, kita akan rasa perbezaan tenaga yg kita gunakan semasa memotong, disamping kesan terbakar (gelap) di bahagian yg dipotong. Oleh demikian dinasihatkan kita simpan satu bongkah potongan saat mula2 menggunakan mata baru, di tanda dengan tarikh. supaya mudah untuk kita buat perbandingan.
Secara amnya mata gergaji yang mempunyai bilangan gigi paling sikit akan menghasilkan potongan yg cepat, tetapi bilah gergaji yg banyak matanya akan menghasilkan potongan yg lebih rapi
Demikian serba sedikit perkongsian jenis-jenis mata yg digunakan, seandainya Tuan2 rasa ada yang saya tertinggal boleh nyatakan di ruangan komen dibawah.
Walaupun kita gunakan mata gergaji jenis PREMIUM sekalipun tapi jarang membuat senggaraan, memastikan fence berada selari dan tepat dengan mata gergaji. Kita tidak akan dapat kualiti potongan yg sepatutnya
Secara Kesimp**annya 90% dari kita lebih selesa menggunakan mata gergaji multi fungsi (Combination) dengan alasan lebih jimat. Tetapi pada pandangan saya sekiranya kita menggunakan mata gergaji yg pelbagai kita akan dapat hasil yg lebih baik dan menjimatkan.
Menggunakan bilah yg sepatutnya akan memanjangkan jangka hayat penggunaan bilah mata dan menghasilkan hasil kerja yg lebih baik.
Bersambung...
Anda dijemput untuk menyertai dua grup yg mana sy menjadi moderator di grup tersebut.
Untuk perkongsian idea2 hasil pertukangan boleh join grup Idea Dari Kayu Palet.
https://www.facebook.com/groups/1490856487762977/
Untuk perkongsian tentang Tools dan peralatan berkenaan mampu milik boleh singgah di grup Tool Chap Berudu.
https://www.facebook.com/groups/1054862164935271/