08/03/2025
3 TIPS DEKORASI RUMAH SEDIA ADA MENJADI LEBIH WOW!
Tapi jangan risau, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan sedikit tips transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:
1. SUSUNAN
Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan.
Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.
Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ia beraksi seperti pembahagi ruang. Namun ia masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah yang kecil ini nampak luas, kan?
2. PERABOT
Bagi rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa.
Ia akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.
3. PELEMBUT
Pelembut akan bagi karakter pada rumah. Ini ramai orang terlepas pandang. Ia adalah perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah.
Apa itu pelembut? Ia adalah yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.
Ingin mencari karpet yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan?
Sila tekan link ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci
https://www.facebook.com/PizuCarpet
Sumber:
https://siraplimau.com/tips-transformasi-rumah/
Pizu Carpet adalah page yang menjual carpet yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.