06/11/2026
ADA SIJIL HALAL, TAPI BAGAIMANA DENGAN SIKAP KITA?
Mendapatkan sijil halal itu satu perkara. Memastikan proses sembelihan mengikut hukum syarak itu satu perkara. Menjaga kebersihan tempat sembelihan p**a satu perkara yang lain.
Kita kena faham, apabila sesebuah tempat sembelihan sudah mendapat kelulusan, bukan bermakna pihak berkuasa akan datang memantau setiap hari.
Agensi bukan boleh berada di tempat kita 24 jam sehari.
Jadi, di sinilah pentingnya sikap dan kesedaran pengusaha sendiri.
Kalau hari ini tempat sembelihan bersih kerana esok ada pemeriksaan, tetapi selepas pemeriksaan kebersihan diabaikan, di mana sebenarnya nilai tanggungjawab kita?
Kalau proses sembelihan dijaga hanya ketika ada orang memantau, bagaimana p**a pada hari-hari biasa?
Halal bukan untuk ditunjukkan ketika pemeriksaan sahaja.
Kebersihan bukan untuk dijaga ketika ada lawatan sahaja.
Semuanya perlu menjadi amalan harian dan budaya kerja.
Akhirnya, kita sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa yang kita hasilkan dan jual kepada pelanggan.
Sijil boleh menjadi bukti kelulusan, tetapi sikap kitalah yang menentukan bagaimana amanah itu dijaga setiap hari.
Sekadar luahan hati seorang peternak kecil. Bukan mahu mengajar sesiapa, cuma berkongsi apa yang kami fikirkan tentang amanah dan tanggungjawab dalam menjaga soal halal dan kebersihan.