Architecture Multimedia Creative

Architecture Multimedia Creative Ruangan bagi pelajar-pelajar politeknik merlimau untuk menghasilkan karya yang baik

18/10/2019

KRISIS DALAM HIDUP SEORANG 'JOKER'.

Watak Joker bukanlah terhasil dari 'BAD PARENTING'.

Bagi saya Joker adalah jelmaan ‘SAD PARENTING’ dan pelbagai krisis yang dialami dalam hidupnya dari kecil.
Ibu Arthur hidup dalam kesedihan dan kemurungan selama 30 tahun membesarkannya dan selama itu jugalah Arthur juga hidup dalam kesedihan dan kemurungan yang perlu dinafikan dan dipakaikan topeng.

KRISIS KETIADAAN BAPA.

Dalam dunia realiti, Amerika Syarikat sedang mengalami krisis ketiadaan bapa (father absence crisis) yang buruk dalam sejarah negara mereka. Menurut U.S Census Bureau 2017, 19.7 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat, iaitu lebih dari 1 daripada 4 kanak-kanak, tinggal di dalam rumah tanpa figura seorang ayah, baik ayah kandung, ayah tiri ataupun ayah angkat. Bukan itu sahaja, dalam hampir kesemua masalah sosial yang berlaku di Amerika Syarikat, faktor ayah menjadi penyebab utamanya.

Watak ‘Arthur’ yang akhirnya menjadi penjenayah tegar dikenali sebagai ‘Joker’ mewakili mereka yang membesar tanpa kehadiran seorang ayah. Walau apa jua masalah kesihatan mental yang dihadapi Arthur, dia mendambakan kehadiran figura ayah yang memeluknya, yang prihatin tentang dirinya, seperti yang diluahkan kepada Thomas Wayne: yang menghargai, dan yang sanggup berkorban apa sahaja kerananya seperti yang diucapkan Murray Franklin dalam delusi Arthur.

“ You know this stuff, the lights, the show, the audience, all that stuff, I’d give it all up in a heartbeat to have a kid like you."

Seumur hidupnya semua ini tidak pernah dirasainya sehingga membawa kepada kesakitan yang tidak mampu diluahkan.

Krisis sebegini bukan hanya masalah di Amerika Syarikat ataupun dalam dunia fiksyen komik DC semata-mata. Ketika Wacana Khas Gejala Sosial: Isu Anak Tak Sah Taraf yang diadakan di tanah air kita pada tahun 2011, pengukuhan kepemimpinan bapa atau golongan lelaki dalam keluarga menjadi fokus utama wacana kerana faktor kelemahan kepimpinan seorang ayah adalah penyumbang utama gejala anak luar nikah di negara kita.

KRISIS PENAFIAN EMOSI.

Apabila ibu Arthur menceritakan kepada Pakar Psikiatri tentang Arthur yang sentiasa gembira semasa kecil dan dia tidak pernah melihat anaknya menangis, saya terus terfikir itu bukanlah sifat seorang anak yang seharusnya melegakan bagi seorang ibu.
Anak yang tidak menangis belum tentu menggambarkan anak yang sihat perkembangan mental dan emosinya. Setiap kanak-kanak akan menangis dan perlu menangis. Menangis bukanlah sesuatu yang negatif baik bagi anak perempuan ataupun anak lelaki.
Menangis bukanlah lambang kelemahan tetapi menangis adalah luahan emosi yang perlu diizinkan dan dibimbing kerana anak sedang membina kekuatan dalaman.

Bagi saya, menggelarkan Arthur dengan nama panggilan ‘HAPPY’ adalah satu cubaan oleh ibunya untuk memaksa Arthur supaya menyembunyikan perasaan dan memendam kedukaannya.
Memendam perasaan tidak akan menyahkan perasaan itu, sebaliknya memendam perasaan hanya akan merobek-robek jiwa dan kewarasan secara perlahan-lahan dari dalam diri.

Penafian emosi akan melahirkan masyarakat yang tiada empati, yang tidak dapat memahami perasaan orang lain, yang tidak peduli dengan kesengsaraan dan kedukaan orang lain yang akhirnya akan meruntuhkan masyarakat sebagaimana yang berlaku di Gotham City.

KRISIS KEPERCAYAAN.

Arthur mengalami krisis kepercayaan yang sangat kritikal dalam hidupnya. Arthur diabaikan dan didera fizikal, mental dan emosi oleh individu yang rapat dengannya sewaktu kecil. Usia awal adalah fasa di mana seorang kanak-kanak membina kepercayaan kepada orang sekelilingnya dan membina kepercayaan kepada kemampuan dirinya sendiri. Penderaan semasa kecil akan meninggalkan kesan yang berpanjangan sekiranya anak yang didera tidak mendapat bantuan dan intervensi yang sewajarnya.

Seumur hidupnya dia tercari-cari individu yang boleh dipercayainya.
Hilangnya kepercayaan ini jugalah yang menyebabkan dia membunuh ibunya sendiri iaitu satu-satunya insan yang dipercayainya selama ini dan telah mengkhianatinya.

Kemarahan Arthur memuncak menjadi satu kegilaan apabila Murray Franklin, individu yang dibayangkan sebagai figura seorang ayah dan dikaguminya selama ini juga telah mengkhianati kepercayaannya. Arthur dimalukan oleh Murray di kaca tv untuk tontonan semua.

Plot ‘PUBLIC SHAMING’ sebegini mengingatkan saya kepada kejadian di tanah air kita sendiri di mana seorang ayah tergamak memalukan anak kandungnya sendiri di media sosial setelah anak itu dipukulnya. Begitu juga seorang ibu yang sanggup memalukan anak kandungnya sendiri di media sosial setelah ‘mengajarnya’ dengan melukis mata panda.
Tiada bezanya public shaming di dunia realiti di tanahair kita ini dengan public shaming dalam filem Joker ini.

KRISIS PERHATIAN.

In my whole life, I didn’t know if I even really existed. But I do. And people are starting to notice.” Luah Arthur.
Apabila kewujudan seseorang diberikan perhatian hanya setelah dia melakukan kesalahan (atau jenayah), maka individu tersebut akan terus melakukan jenayah kerana hanya dengan cara itu dia menjadi perhatian dalam masyarakat.

Anak-anak kita juga begitu.
Sekiranya dengan melakukan kesalahan, kesilapan, tidak mendengar kata, sepah, melawan, degil anak mendapat perhatian kita sedangkan apabila dia berbuat kebaikan kita langsung tidak hargai dan endahkan, maka dia akan terus melakukan perkara yang negatif itu kerana hanya dengan begitu dia mendapat perhatian.
NEGATIVE ATTENTION IS ATTENTION.

Semoga krisis ketiadaan bapa, krisis kepercayaan, krisis penafian emosi, krisis perhatian dan ‘sad parenting’ tidak berlaku dan berleluasa dalam negara kita ini kerana kita belum tentu dapat melahirkan BATMAN untuk berhadapan dengan Joker tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Kredit foto: Niko Tavernise.

11/05/2011

sape ada short film utk dikongsi..sila la share

08/11/2010

WNNER !! ARCHITECTURE MULTIMEDIA WEEK 2010

08/11/2010

Tentang Alih Suara Ceritera Kehidupan Pelajar Architecture Five Batch 2008.... Tentang Subject Yang SubJEctiVe.... Fahami Lah... Enjoy... hahaha..

08/11/2010

Montage for Architecture Multimedia Week 2010. at Merlimau Polytechnic, Melaka.. Using After effect CS4..

10/10/2010

Tolong hantar semua peyertaan anda pada hari ini..sebelum pukul 12 malam..

10/10/2010

Kepada semua peserta untuk pertandingan MONTAGE, SHORT VIDEO, EDUCATION INTERACTIVE dan DUBBING VIDEO..
Sila hantar penyertaan dan borang untuk pertandingan multimedia week pada hari ini..
Sila berhubung dengan AJK yg tertera bagi menghantar penyertaan..
TQ~

09/10/2010

batch sem 2b sudah menghantar 2 peryertaan..kami masih menanti..peryertaan yang lain..satu cabaran untuk batch lain...gud luck..

09/10/2010

We
still have not received any entry .. hope all batches to provide
cooperation ..

Address

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Architecture Multimedia Creative posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share