KRT P18R8

KRT P18R8 Kawasan Rukun Tetangga Presint 18R8 Putrajaya

25/09/2025
Latihan mingguan Kumpulan Kompang Paluan Seni di Bilik Gerakan KRT 18R8. Diketuai oleh Saudara Kamal Hairon, Timb.Penger...
29/05/2025

Latihan mingguan Kumpulan Kompang Paluan Seni di Bilik Gerakan KRT 18R8. Diketuai oleh Saudara Kamal Hairon, Timb.Pengerusi KRT 18R8.

POST TANDA JADI! Alhamdulillah, rewang sempena Majlis Iftar Perdana dan Kacau Bubur Lambuk Ramadhan 2025 pagi ni selesai...
22/03/2025

POST TANDA JADI!

Alhamdulillah, rewang sempena Majlis Iftar Perdana dan Kacau Bubur Lambuk Ramadhan 2025 pagi ni selesai. Suasana sekitar agihan bubur lambuk di Surau Istiqamah 18R8 Putrajaya berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK KRT 18R8 atas tajaan serta sumbangan bubur lambuk ini. Semoga usaha murni ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua!

Jom Infaq/Sedekah ke tabung Surau Istiqamah Fasa 18R8. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun bank melalui QR code berikut.











Tahniah Tn Hazmir Hasan  Pengerusi KRT P18R8 dan ajk yg hadir   kerana menganjurkan kejohanan sepak takraw remaja U16 da...
27/10/2024

Tahniah Tn Hazmir Hasan Pengerusi KRT P18R8 dan ajk yg hadir kerana menganjurkan kejohanan sepak takraw remaja U16 dan U14 ,Presint 18 dengan kerjasama Kestar18 dan Pestap. Terima kasih kerana menganjurkan kejohanan sepak takraw remaja ini, yang menjadi platform penting dalam membangunkan bakat dan potensi anak-anak muda kita dalam sukan tradisi ini. Usaha ini bukan sahaja membantu memperkasakan sukan sepak takraw, malah menyemai semangat kesukanan dan daya saing yang sihat di kalangan generasi muda. Kami amat menghargai dedikasi dan komitmen anda dalam menjayakan kejohanan ini.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peri...
28/09/2024

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan bersempena pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) di Putrajaya pada hari ini.
Program gotong royong yang diadakan di Perumahan Penjawat Awam Presint 18 tersebut merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun dan menjadi komitmen berterusan bagi mempromosikan amalan kebersihan persekitaran kepada masyarakat.

Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan akan diteruskan di peringkat negeri dan daerah sepanjang bulan Oktober dan November 2024.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datin Dr. Nor Mazny binti Abdul Majid, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya



06/08/2024

𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera

Kementerian Perpaduan Negara mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Agenda Perpaduan Negara.

Suarakan pandangan anda melalui pautan berikut :

https://forms.gle/NQQ8W7LnxRXs61xU8
ATAU
Imbas kod QR pada poster.

Terima kasih atas kerjasama anda!! Cadangan anda amat kami hargai!!



30 minit lg gais. masih sempat tadah air.
19/07/2024

30 minit lg gais. masih sempat tadah air.

30/05/2024
Perjumpaan pertama bagi sesi 2024 bersama pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Teri...
10/05/2024

Perjumpaan pertama bagi sesi 2024 bersama pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terima Kasih JPNIN Wilayah Persekutuan Putrajaya atas jemputan.











Address

Jalan P18L
Putrajaya
62100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT P18R8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share