01/04/2020
Bakat?? Agama?? Kedua-duanya akan hilang jika tak diuruskan dengan baik. Kenapa?? Bakat cuma kelebihan kepada seseorang terhadap sesuatu perkara yg menjadikan seseorang itu lebih mahir dan lebih cepat belajar berbanding orang lain. Namun demikian, seandainya bakat itu tidak di asah dan tidak di tambah baik dengan latihan. Maka kemahiran seseorang itu makin lemah, bahkan mungkin kehilang bakat tersebut. Begitulah dengan agama, tiada nilainya sesuatu ilmu tanpa amal. Apabila diri sudah terbiasa meninggalkan ataupun tidak ambil berat soal keagamaan, maka tidak hairanlah segala apa jua yang di lakukan membelakangi agama tanpa rasa malu dan takut. Sejahat-jahat manusia masih ada secebis iman di dadanya. Kembalikan semula dengan ketaqwaan..
@ Seremban 2, negeri sembilan