Citarasawan

Citarasawan 🍰 Resepi yang dihasilkan sendiri oleh kakwan dengan pelbgai experiment ke atas resipi dilakukan bagi memastikan iainya sedap dan menyelerakan untuk semua.

Juga disertakan beberapa resipi sedia ada dengan versi kakwan ^^

        Jom cuba Ketupat Nasi Adabi versi Korea, masakan fusion, bahan2 seperti Kimchi (Sawi Jeruk) dan Sos Gochujang bo...
02/06/2026




Jom cuba Ketupat Nasi Adabi versi Korea, masakan fusion, bahan2 seperti Kimchi (Sawi Jeruk) dan Sos Gochujang boleh di buat sendiri, masam, manis dan pedas di goreng dengan Ketupat Nasi Adabi rasanya sangat padu dan menyelerakan.

KETUPAT NASI GORENG KIMCHI

BAHAN-BAHAN:
5 buah Ketupat Mini Adabi, yang di rebus
1/2 cawan Kimchi (cincang)
1/2 cawan isi Ayam / Daging (dipotong kecil)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar Gochujang Pes
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Minyak Bijan
1 sudu besar Minyak Masak

Daun Bawang & Bijan (untuk hiasan)

CARANYA:
Potong ketupat Adabi kecil2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam, tumis hingga masak. Masukkan kimchi, tumis hingga keluar aroma. Masukkan ketupat nasi, pes gochujang, kicap cair dan minyak bijan.
Gaul rata dan masak selama 3–5 minit hingga semua bahan sebati.
Hidangkan dengan taburan daun bawang serta bijan.

SOS GOCHUJANG HOMEMADE:
1 cawan Air
2 sudu besar Tepung Pulut
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 cawan Cili Kisar
2 sudu besar Serbuk Cili
1/2 sudu besar Serbuk Bawang Putih
1 sudu besar Kicap Cair
1/2 sudu kecil Garam

CARANYA:
Masak tepung pulut dan air hingga jernih dan pekat. Masukkan bahan2 lain, masak sebati dan pekat. Sedia di gunakan.

KIMCHI HOMEMADE:
1 biji Kobis Napa
1/2 cawan Garam
1/2 cawan Tepung Pulut
1/4 cawan Gula
3 cawan Air
Secukupnya Air untuk merendam dan membilas

BAHAN PERAP:
1/2 cawan Bawang Putih
1/2 inci Halia
1 cawan Bawang Holland
1/2 cawan Sos Ikan
1 cawan Serbuk Cili Kasar
2 tangkai Daun Bawang, potong panjang
1/4 cawan Lobak Merah, hiris halus
2 cawan Lobak Putih, hiris halus

CARANYA:
Cuci dan potong kobis 2 inci panjang, rendam dalam air garam selama 1 jam. Bilas dan toskan.
Masak air, gula dan tepung pulut hingga menjadi pes. Biarkan sejuk.
Kisar bawang, halia dan sos ikan hingga halus. Gaulkan dengan pes tepung dan serbuk cili hingga sebati.
Tambah kobis, daun bawang, lobak merah dan lobak putih, lumur hingga rata.
Sedia di makan terus atau dijeruk dalam botol kaca kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 hari sebelum di gunakan.

        Ketupat Adabi sangat versatile, boleh di makan pelbagai cara, cara tradisi atau pun fusion.  Ketupat Bimbipat in...
01/06/2026




Ketupat Adabi sangat versatile, boleh di makan pelbagai cara, cara tradisi atau pun fusion. Ketupat Bimbipat ini ilham dari Bimbibap Korea yang di makan dengan hirisan daging, telur dan sayuran yang di goreng kilas serta sos Guchujang yang boleh di buat sendiri.

BAHAN-BAHAN:
Ketupat Adabi yang telah di rebus, potong kecil
Kangkung / Bayam, di celur dan potong kecil
Taugeh di celur sekejap
Daging di hiris nipis, gaul dengan minyak bijan dan kicap cair, goreng kilas
Lobak Merah, hiris batang mancis, goreng kilas dengan sedikit minyak
Cendawan di hiris dan goreng kilas dengan sedikit minyak dan kicap cair
Telur goreng mata
Satukan semua bahan dalam pinggan dan picit sos gochujang secukupnya, ketupat Adabi ala Korea sedia di nikmati.

SOS GOCHUJANG HOMEMADE
1 cawan Air
2 sudu besar Tepung Pulut
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 cawan Cili Kisar
2 sudu besar Serbuk Cili
1/2 sudu besar Serbuk Bawang Putih
1 sudu besar Kicap Cair
1/2 sudu kecil Garam

CARANYA:
Masak tepung pulut dan air hingga pekat dan jernih. Masukkan semua bahan2 lain dan masak hingga sebati dan pekat. Sedia di gunakan.

        Nasi Kerabu menggunakan Ketupat Nasi Adabi yang di rebus dengan bunga telang untuk mendapatkan warna biru nasi k...
31/05/2026




Nasi Kerabu menggunakan Ketupat Nasi Adabi yang di rebus dengan bunga telang untuk mendapatkan warna biru nasi kerabu, lengkap dengan sambal kelapa, sambal cili, ulam-ulaman dan telur masin. Serupa tapi tak sama.

he Rasa Warrior Showdown 2026Tahniah Juara Chef Farouk, Naib Juara Kak Wan Alhamdulillah dan tahniah buat Ti Wei, Suhaid...
30/05/2026

he Rasa Warrior Showdown 2026
Tahniah Juara Chef Farouk, Naib Juara Kak Wan Alhamdulillah dan tahniah buat Ti Wei, Suhaidi dan semua yang menyertai MFM The Rasa Warrior Showdown 2026 sebuah rancangan masakan berkonsepkan realty shows yang terbaik 😃




Jangan lupa tonton Last Episode (Final) The Rasa Warrior Showdown 29 Mei 2026 pada pukul 6 petang ini ya kawan2.  Dalam ...
29/05/2026

Jangan lupa tonton Last Episode (Final) The Rasa Warrior Showdown 29 Mei 2026 pada pukul 6 petang ini ya kawan2. Dalam Episod Akhir ini peserta perlu memasak 3 hidangan, Appertizer, Main Course dan Desserts untuk menentukan siapakah "The Champion"

Jika belum tonton Episode 1 - 3 boleh follow MFM Cap Ros di FB, Ig dan Youtube






Ketupat Nasi Adabi boleh di buat Begedil? boleh je tak kan la tak boleh 😃 kalau ada lebihan ketupat nasi pun boleh di ja...
26/05/2026

Ketupat Nasi Adabi boleh di buat Begedil? boleh je tak kan la tak boleh 😃 kalau ada lebihan ketupat nasi pun boleh di jadikan begedil krispi, dalamnya ketupat nasi lembut berperisa dan luarnya krisipi bersalut breadcrumbs yang di goreng keemasan. Boleh di jadikan snek di waktu santai.

Bahan-Bahan:
8 Ketupat mini yang di rebus
1 cawan Daging cincang
1 tangkai Daun Bawang, potong kecil
1 sudu makan Bawang Goreng, di ramas
1 sudu makan serbuk Nasi Goreng Kampung Adabi

Salutan:
1 biji Telur, di kocok
1 cawan Breadcrumbs

Caranya:
Tumis daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak.
Hancurkan ketupat hingga halus. Gaul dengan daging dan semua bahan hingga boleh di kepal. Isikan dalam acuan ring bulat dan mampatkan. Keluarkan dan celup dalam bancuhan telur, salut dengan breadcrumbs hingga rata.
Goreng hingga keperangan. Sajikan dengan sos kegemaran.


Menu Malaysia Ala Korea, Ketupat Theokbokki dalam paste Gochujang yang masam manis dan pedas sesuai selera Malaysia yang...
26/05/2026

Menu Malaysia Ala Korea, Ketupat Theokbokki dalam paste Gochujang yang masam manis dan pedas sesuai selera Malaysia yang inginkan rasa baru, kuih beras yang di gantikan dengan ketupat Adabi memang menjadi!.

8 Ketupat mini yang di rebus, belah, potong memanjang
4 sudu makan Gouchujang Paste
2 sudu makan Kicap Cair
2 sudu makan Sos Cili
2 sudu makan Madu
1 sudu kecil Minyak Bijan
1 paket Bebola ikan, ketam, crabstick pilihan
Bijan dan Daun Bawang untuk taburan

Caranya:
Didihkan 1 cawan air, masukkan semua bahan kecuali ketupat.
Bila sos mula mendidih dan pekat, masukkan ketupat, gaul rata.
Reneh sebentar hingga sos meresap.
Hidang dengan taburan daun bawang dan bijan


Tempahan kek lapis, kek butter Cempaka, Tart Nanas dan Mooncake Aidil Adha.Order - wasap 013-200 0318  Tempahan hendakla...
25/05/2026

Tempahan kek lapis, kek butter Cempaka, Tart Nanas dan Mooncake Aidil Adha.
Order - wasap 013-200 0318
Tempahan hendaklah di buat 3 minggu lebih awal
Terima kasih

K-Cooking Contest 2026Contest harini masak Gimbap, sebelum contest bermula sempat cuba pakai hanbok nak rasa vibes Korea...
21/05/2026

K-Cooking Contest 2026
Contest harini masak Gimbap, sebelum contest bermula sempat cuba pakai hanbok nak rasa vibes Korea sikit :D

Easy and healty crispy gimbab, crunchy outside and soft inside!, sushi rice filled with vibrants vegetables served with ...
20/05/2026

Easy and healty crispy gimbab, crunchy outside and soft inside!, sushi rice filled with vibrants vegetables served with gouchujang sos.
my

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Citarasawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Citarasawan:

  • Want your business to be the top-listed Home Improvement Business?

Share