11/07/2022
kitab sabil al muhtadin littafaqquh fi amreddin . yang bermaksud " jalanan orang2 yang mendapat petunjuk untuk mendalami di dalam urusan ugama "
Sebuah kitab yang masyhur karya Syaikh Muhammad Arsyad Al Banjari , yang terkenal di seantero nusantara ...
kitab yang ditulis pada 1779M (1193H) pada zaman pemerintahan Sultan Tamjidullah , merupakan kitab yang menerangkan mengenai ilmu fiqh dalam madzhab Imam Syafi'e ra...
Keseluruhan huraian serta ambilan didalamnya , diambil dari kutub yang dikarang oleh ulama' bermadzhab Syafi'iyyah , seperti Syarah Minhaj : Syaikh Zakaria Al Ansori , A Mughni : Khatib Syarbini , At Tuhfah : Ibnu Hajr Al Haitamiy , An Nihayah : Syaikh Ramli dan lainya Rahimahumullah ...
Syaikh Muhammad Arsyad rahimahullah dilahirkan disebuah kampung Lok Gadang , Matapura ( 1710-1812 - berumur 102 ) di daerah kesultanan Banjar , Kalimantan ...
Jalur salasilah beliau sampai kepada Al Imam Saiyduna Husin , anak Saiyidah Fathimah bt. Rasulullah SAW...
Cetakan Asli dari Percetakan Maktabah Mustofa Halabi Mesir(bukan reprint)
Juga tersedia di tepi kitab karangan Syeikh Nuruddin AlRaniri ,Ulama Acheh iaitu Sirotol Mustaqim bicara ilmu ibadah.
Telah dicetak pada tahun 1343H(100tahun)
Dua juzuk sekitar 500 muka surat
Ditashihkan oleh Ulama Perak Lubuk Merbau, Syeikh Idris AlMarbawi AlAzhari, Ketua Pentashih kitab jawi di Percetakan Mustofa Halabi Mesir
Berhajat boleh tulis pm atau terus pm di ws in sya Allah.
Bagi yang berhajat boleh pm www.wasap.my/+60174608061/sabilalmuhtadin