12/06/2022
DUIT AJAIB
Duit ajaib ialah wang yang kembali kepada anda semula dalam bentuk wang semula atau dalam bentuk bukan wang seperti kita dan keluarga kita bersama sihat jasmani dan rohani, pasangan yang baik, hati yang tenang dan sakinah.
Apakah wang ajaib?
Cikgu Syahrunnas pernah membaca dan membuat kesimpulan bahawa ada tiga jenis duit AJAIB yang akan kembali kepada pemiliknya.
Wang yang kita berikan kepada ibu bapa dan anak-anak serta saudara terdekat.
Wang yang kita sedekahkan kepada anak yatim, fakir miskin dan dakwah.
โMereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka peroleh. Jawab, 'Harta apa saja yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan.' Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 215)
Lebih Afdol kepada Carib (tutup dahulu)
"Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar dibelanjakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu, paling besar pahalanya adalah apa yang kamu nafkahkan untuk keluargamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Duit yang kita gunakan untuk menimba ilmu yang bermanfaat seperti duit infaq pelajaran membaca Al-Quran, kursus Bahasa Arab/Inggeris, sumbangan mengaji dsb.
Lebih hebat lagi, wang itu diberikan atau dibeli untuk makanan/barangan seawal mungkin.
Rujukan:
Bertanding infaq di pagi hari
Lebih-lebih lagi pagi Jumaat
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู
ู
ูุง ู
ููู ููููู
ู ููุตูุจูุญู ุงููุนูุจูุงุฏู ููููู ุฅููููุง ู
ูููููุงูู ููููุฒูููุงูู ููููููููู ุฃูุญูุฏูููู
ูุง ุงููููููู
ูู ุฃูุนูุทู ู
ูููููููุง ุฎูููููุง
ููููููููู ุงููุขุฎูุฑู ุงููููููู
ูู ุฃูุนูุทู ู
ูู
ูุณูููุง ุชูููููุง
(ุงูุจุฎุงุฑู)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidak ada satu subuh/pagi pun yang dialami oleh hamba-hamba Allah melainkan turun kepada mereka dua malaikat. Salah seorang dari mereka berdoa: Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfaq, sedangkan yang lain berdoa, Ya Allah, berikanlah kerusakan kepada orang yang menahan infaqnya.
(HR Bukhary 5/270)
S n K (terma n syarat) dikenakan
Duit tu duit halal
Niat murni tidak bercampur dengan niat lain (ikhlas hanya kerana taat kepada Allah)
Btw. Anda infaqkan kuota/kredit anda dengan berkongsi info ini, niat ikhlas, nescaya Allah membalas sedekah anda dengan kebaikan.
Amin!