Akim Maju Global Resources

Akim Maju Global Resources Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akim Maju Global Resources, Home improvement, PT63 IKS SUNGAI PETAI, Alor Gajah.

🏡✨ TINY HOUSE – BIG STYLE, SMART SPACE! ✨🏡Looking for a modern, cozy, and budget-friendly home?Introducing our Tiny Hous...
28/10/2025

🏡✨ TINY HOUSE – BIG STYLE, SMART SPACE! ✨🏡

Looking for a modern, cozy, and budget-friendly home?
Introducing our Tiny House design — where comfort, style, and practicality come together beautifully! 💡

🏗️ We build all types of house designs — fully customizable to your budget and style.
Choose from a wide range of beautiful designs, or share your own plan and let us bring it to life! 💭✨

💎 We promise the best quality and workmanship — built to last with care and precision.
🎉 PROMOTION now ongoing!
Get your dream home with a 6-month warranty for extra peace of mind. 🛠️💪

📞 Contact us today to start building your dream home.

https://www.wasap.my/+6016-6826358/tinyhouse

🌟 “We Build Your Dream.” ❤️

🏡RUMAH MODEN | TINY HOUSE 4 BILIK + 4 BILIK AIR ,🏡➡️ Mengekalkan seni bina MELAYU MODEN➡️ Mengunakan Bahan Yang Berkuali...
28/10/2025

🏡RUMAH MODEN | TINY HOUSE 4 BILIK + 4 BILIK AIR ,🏡

➡️ Mengekalkan seni bina MELAYU MODEN
➡️ Mengunakan Bahan Yang Berkualiti
➡️ Bebas Anai-anai Kerana Mengunakan Cement Board dan Besi

🔹 Tiny House 4 Bilik + 4 Bilik Air
🔹 Saiz: 24ft x 18ft
🔹 Rekaan moden, kemas & selesa

Sesuai untuk:
🏠 Rumah keluarga kecil
🏖️ Chalet / Homestay
💼 Rumah sewa jangka panjang

Kami membina semua jenis design rumah mengikut bajet anda — kecil, sederhana atau moden eksklusif ❤️

📞 PM kami sekarang untuk SEBUT HARGA PERCUMA!!!

https://www.wasap.my/+6016-6826358/tinyhouse

https://www.wasap.my/+6016-6826358/tinyhouse

https://www.wasap.my/+6016-6826358/tinyhouse

➡️Nak rumah nampak kemas, terlindung dan lebih selamat?Kami buat awning & kerja besi custom ikut citarasa anda!🟩Awning t...
18/05/2025

➡️Nak rumah nampak kemas, terlindung dan lebih selamat?
Kami buat awning & kerja besi custom ikut citarasa anda!

🟩Awning tahan panas & hujan
🟩Grill tingkap/pintu, pagar, handrail & banyak lagi!
🟩 Harga PROMOSI kaw-kaw sekarang!
🟩Harga serendah RM10.90/sqft

Boleh bincang bajet, kami buat sampai jadi.
Minat? Terus wasap kami – free survey & sebut harga!

https://www.wasap.my/60166826358/awningpromosi

https://www.wasap.my/60166826358/awningpromosi

Post ni tiada kaitan dengan mana-mana tukang.. baik tukang kampung , tukang bandar , tukang pekan mahupon tukang kebun s...
17/11/2024

Post ni tiada kaitan dengan mana-mana tukang.. baik tukang kampung , tukang bandar , tukang pekan mahupon tukang kebun serta tukang jadian..

Sekadar mengambil pengajaran atas apa yang telah berlaku pada seorang anonymous participant ini sahaja..

PERBEZAAN TUKANG DAN KONTRAKTOR

Secara umumnya semua org tahu bahawa semua KONTRAKTOR mempunyai TUKANG.
Tugas KONTRAKTOR adalah memantau kerja-kerja sebelum dan semasa tukang dalam proses membuat sebiji rumah. Bermula dari membuat tapak rumah dan setelah siap diplaster serta skim. Untuk memastikan semua kerja² mengikut spesifikasi seperti yg telah ditetapkan. Supaya semua berjalan lancar serta dapat result yg terbaik untuk "Tuan Rumah"

AKAN TETAPI

Jika TUKANG tiada pemantauan dr pihak KONTRAKTOR . "Tuan Rumah" p**a agak kurang ilmu bab pembinaan apa akan jadi ??

Ikut mengalaman sy.. sy pernah baiki rumah yg baru 1tahun dibina tapi banyak dinding dah retak.. paling terok retak sebesar 2cm.. boleh "skodeng" dari luar.. adalah beberapa cara sy selesaikan masalah tersebut.. jadi sangat penting untuk keluarkan sedikit kos tambahan untuk ambil KONTRAKTOR supaya dapat jimat dikemudian hari..

Inilah akan terjadi jika tidak dipantau..
- Rumah Baru Dibina Setahun Dua dah Retak Seribu
-Dinding Merekah
-Tiles Meletup²
- Tiles Tertanggal
- Siling Retak
- Yang paling terok boleh menyebabkan roboh

Nak mengumpul duit untuk membina rumah idaman bukannya mudah..

Korang nak ke rumah baru dibina Setahun dua dah ROSAKK??

Jadi pentingnya mengambil KONTRAKTOR untuk jangka masa panjang.. Memang ada perbezaan harga tapi untuk quality dan results yg terbaik semua harus dibayar!!

Jadi korang fikir-fikirkan lahh..

NAK BINA RUMAH HARGA MAMPU MILIK DENGAN KUALITI DAN WARRANTY YG TERBAIK?? BOLEH PM KAMI

https://www.wasap.my/+6016-6826358

Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Hari ke 10 pembinaan Twin Chalet di Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka..
12/08/2024

Alhamdulillah semua berjalan lancar..

Hari ke 10 pembinaan Twin Chalet di Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka..

12/08/2024

1. Subhanallah. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kump**an.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.

Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
Yang ini yang susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup. 🤭

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Kita sama- sama mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga diberkati hidup kita semua.

Akhir kata doa agar sahabat semua diberikan kesihatan yang baik...kerana kesihatan yang baik itulah yang memudahkan kita untuk melakukan ibadah.

Teruskan istiqamah dan bermujahadah dalam jalan Allah SWT.

Baca sharing ni memang menenangkan. Terima kasih kepada 'the original author'.

Assalamualaikum dan selamat pagi ✨️✨️✨️



Credit: Dr Azura Hashim

On Site✅✅✅Kerja² membuat Chalet Bertingkat 4Bilik Tidur dan 4Bilik Air.. Total : 18 Buah ChaletLokasi : Sungai Petai Alo...
30/07/2024

On Site✅✅✅

Kerja² membuat Chalet Bertingkat 4Bilik Tidur dan 4Bilik Air..
Total : 18 Buah Chalet
Lokasi : Sungai Petai Alor Gajah Melaka

Kepada yang Berminat membuat atau boleh PM kami!!

Asalamualikum tuan² dan puan²
Kami di Akim Maju Global Resources menawarkan servis² berikut..







Kepada yang berminat boleh pm kami

https://www.wasap.my/+6016-6826358

https://www.wasap.my/+6016-6826358

https://www.wasap.my/+6016-6826358

Setakat ini.. harga kami bawah dr harga market dgan kualiti yg sama

Saya mengalu-alukan kemasukkan anak muda dalam bidang binaan.Ada yang sudah masuk satu kaki, tapi bila lihat bidang ini ...
10/07/2024

Saya mengalu-alukan kemasukkan anak muda dalam bidang binaan.

Ada yang sudah masuk satu kaki, tapi bila lihat bidang ini penuh daki, tarik hand break. Tak sanggup teruskan.

Sepatah dua kata dari saya.

Rasuah, broker, untung atas angin, bawa lari duit, pecah amanah, kabel, kroni, gangster, kena paw semasa melakukan kerja, menipu industri dengan punya lebih dari satu lesen untuk merompak kerja yang bukan hak kita, serta amalan lain yang tidak dibenarkan dalam industri - memang ada kepercayaan kolot, jika mahu kaya cepat, masuk dan gunakan industri ini.

Memang benar Industri binaan semakin hilang nilainya kerana terlalu ramai yang beramal dengan moral rendah dan tidak beretika.

Tapi amalan ini bawa pengamalnya tidak kemana. Saya sudah jumpa ramai pengamalnya.

Istidraj, sakit, keluarga berpecah, cerai berai, aib, rugi dan pelbagai lagi kecelakaan datang menimpa.

Masuklah anak muda. Bila mencari yang baik-baik. Pasti baik-baik juga datang menghampiri. Carilah circle yang baik-baik. Yang boleh memagari kita dari melakukan perkara keji yang sebenarnya menzalimi diri sendiri.

Apabila melaksanakan kerja, jangan curang sukatan semata-mata mahu mengikat keuntungan.

Jika pilih untuk beri harga murah, berlaku jujurlah pada pelanggan dan maklumkan dengan harga murah itu apa risiko yang mereka bakal lalui selepas 3, 5 atau 10 tahun nanti.

Sampai satu ketika, apabila memilih untuk berundur diri, undurlah dengan satu kepuasan. Telah memberi yang terbaik, untuk diri, untuk masyarakat dan untuk agama.

🪄
Mahanom Mohammad

Address

PT63 IKS SUNGAI PETAI
Alor Gajah
78000

Telephone

+60166826358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akim Maju Global Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share