12/11/2021
Apa beza tanam guna Sekam Bakar dengan Cocopeat ? 🤔🤔🤔
[ JAWAPAN ]
SEKAM BAKAR atau arang sekam adalah bahan yang terhasil daripada pembakaran sekam (kulit) padi. Sekam bakar merupakan media tanaman yang sering digunakan oleh pengusaha tanaman fertigasi di utara malaysia kerana di utara mudah didapati
COCOPEAT atau Habuk Kelapa yang telah diurai/dihancurkan oleh mesin pengurai sabut. Cocopeat mempunyai pelbagai kegunaan dalam sektor pertanian salah satu nya adalah sebagai media tanaman fertigasi
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
>
1) kelebihan
- harga lebih murah
- mudah menyerab air tetapi mudah kering
- dapat menjaga ph media
- tidak banyak mengalami masalah penyakit kulat akar pada pokok
- boleh neutralkan media
2) kekurangan
-tidak simpan air
-agak susah untuk didapati
-bila lama digunakan ia akan hancur jadi debu dan padat
>
1) kelebihan
- simpan air
- mudah didapati
- mudah menyerab air
- mudah diurusan mejoriti ramai guna
- kurang kena penyakit akar kalau pandai urus pH media dan baja
- boleh digunakan sampai 5-6 musim (tetapi kena rawat dulu sebelum musim baru)
2) kekurangan
- harga agak mahal
- kalau ada anai anai habis dimakan cocopeat, terutama masa rehat untuk tunggu tanaman akan adatang. Tetapi boleh diatasi dengan racun berangkai anai anai
KESIMPULAN
Kesimpulan adalah bergantung kepada pertani. masing-masing ada pro and con. Ada pertani yang berjaya dengan sekam bakar, ada pertani yang berjaya dengan cocopeat. Ikot keselesaan anda yang penting membuahkan hasil
Jika tanya saya, saya lebih s**a mengunakan cocopeat kerana ramai pertani guna dan mudah untuk saya dapatkan rujukan, tips dan bantuan nasihat kalau ada apa2 masalah
Anda dapat sesuatu? Kalau dapat "Share" jerr