27/04/2025
Banyak yang salah guna terma pokok hybrid. Majoriti tumbuhan di atas dunia ini adalah hybrid, terma hybrid dalam tumbuhan bermaksud anak yang dihasilkan setelah pendebungaan silang. Contoh pokok bukan hybrid adalah manggis, ianya mengunakan proses apomixis, proses tanpa pendebungaan silang. Pokok yang cepat berbuah adalah pokok klon bukan hybrid (ada pokok hybrid yang berbuah selepas 10-15 tahun, seperti pokok durian yang disemai melalui biji). Kaedah klon boleh dilakukan melalui cantuman mata tunas, tut, keratan batang, tisu kultur dll.