Mekarindah Bentong

Mekarindah Bentong Kak Shambunga πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ πŸ“Bentong, Pahang πŸ„ Nurseri & Lanskap sejak 2008 🐝 Penternak Madu Kelulut

Kami menjual secara offline dan on line.
*Pokok hiasan.
*Pokok buah-buahan.
*Pokok herba.
*Pasu hiasan plastik
*Baja.
*Pelbagai jenis medium tanah.
*Rumput.
*Alatan perkebunan.
*Madu kelulut segar dari sarang

29/05/2026

Pokok aloevera jenis besar ni ramai yang cari. Banyak khasiatnya. Boleh lumur atas kepala sebagai penjagaan rambut boleh juga lumur dimuka untuk penjagaan kulit muka. Terima kasih customer.

28/05/2026

Terima kasih komuniti Taman bukit Indah Ampang datang melawat nurseri dan tapak ternakan madu kelulut Kak Sham. Ada yang nak merasai pengalaman menyedut madu kelulut Kak Sham. Terima kasih semua yang hadir.

27/05/2026

Customer Kak Sham ada yang sporting kalau diajak ambil video ada juga yang malu nak tunjuk muka. Takpela sis, janji uolls dah support bisnes Kak Sham. Terima kasih customer.

26/05/2026

Penuh motor isi tanah saja. Alang alang dah keluar singgah kejap beli tanah. Lepas ni boleh terus projek menanam. Terima kasih customer.

25/05/2026

Alang alang ada kerja di Bentong, singgah nurseri Kak Sham sekejap. Banyak juga pokok yang dibeli. Terima kasih customer selalu singgah nurseri Kak Sham kalau turun Bentong.

24/05/2026

Customer dari Raub singgah sekejap nurseri Kak Sham mencari pokok costus dan tizel.Katanya costus tu penawar kencing manis. Bunga rozel ni boleh je buat air rasa ribena. Siapa yang ada kencing manis tu bolehla cuba makan pucuk bunga dia.

23/05/2026

Masa kenduri menyambut menantu, Kak Sham buat goodies madu kelulut khas untuk tetamu VIP. Madu kelulut Kak Sham hasil sarang sendiri. Kalau nak doorgift madu kelulut, roger2 Kak Sham tau.

22/05/2026

Alhamdullilah siap keje menambah rumput untuk perkuburan arwah suami customer. Sejuk mata memandang. Rumput rumput pun berzikir sama buat arwah. 🀲🏻🀲🏻🀲🏻

21/05/2026

Musim bromeliad memang semua nak tanam bromeliad. Laku keras sabut cincang Kak Sham. Bromeliad senang jaga dan mudah membiak. Kalau dah biak tu penuhla keliling rumah nanti. Terima kasih Cik No beli sabut cincang dengan kami.

20/05/2026

Datang menemankan kawan beli pokok akhirnya dia pun beli jugak. Beli pokok yang senang jaga tak perlu penjagaan sangat. Terima kasih customer.

19/05/2026

Anak dara ni baru belajar belajar nak tanam pokok,baru merasa duit gaji. Amik pokok yang senang jaga. Biarkan aje tak yah banyak air. Senang je jaga kaktus ni. Sesambil tu dapat support bisnes maklong dia. Terima kasih anak sedaraku ❀️❀️❀️

Address

KT 303, Kampung Ketari
Bentong
28700

Opening Hours

Monday 09:30 - 14:00
15:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 14:00
15:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 14:00
15:30 - 17:30
Friday 09:30 - 13:30
14:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 14:00
15:30 - 17:30
Sunday 09:30 - 14:00
15:30 - 17:30

Telephone

+601128116864

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mekarindah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mekarindah Bentong:

Share