AFAZ Aesthetic

AFAZ Aesthetic Kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan berikut :
Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan
Pengurus

21/04/2025
26/01/2025
23/01/2025
10/12/2023
05/07/2022

CARA PENGIRAAN BATA
1 IKATAN STRETCHER / DATAR BATA (Tebal 1 Bata) :

Cari keluasan tembok iaitu = Panjang x tinggi tembok
Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² = 60 biji bata - Stretcher )
Jumlah bata = 900 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

1) Berpandukan bil. bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³
2) Berpandukan luas tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³
Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit
= 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir
= 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (Tebal 1/2 Bata) :

Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu
= Panjang tembok x tinggi tembok

Contoh 2.
= Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m²
= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)
Jumlah bata = 1800 ketul
Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :
1) Berpandukan bil. bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90m³
2) Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90m³
Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

FORMULA KERJA-KERJA MELEPA (PLASTER) :
Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan lepaan adalah 19 mm = 75 m² x 0.019 m
Jumlah Mortar = 1.43 M³
Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³
Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 = 8 beg simen
Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

FORMULA PENGIRAAN JUBIN / MOZEK :
LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN
Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m²
Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

FORMULA KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) :
Panjang x Lebar 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.0003.
Jumlah Mortar = 1.5 M³
Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³
Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg simen
Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³

KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :
Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m²
Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³

FORMULA PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT :
= Panjang x Lebar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )
Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg
= 303 bag/kampit
Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³
Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³

FORMULA PENGIRAAN ATAP
Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan:
Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²
Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping
Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

FORMULA PENGIRAAN SILING :
Keluasan siling rumah ditentukan oleh horizontal. Jika sama timbangan air boleh terus gunakan formula begini.
Kira luas sekeping siling.
Contoh 0.6 m x 1.2 m = keluasan sekeping siling
Jadi keluasan = nilai x darab nilai y.
Jumlah tersebut bahagi dengan keluasan sekeping siling . Dapat jumlah keping yang akan digunakan.

FORMULA PENGIRAAN CAT :
CAT AIR (dinding bersimen)
Kira dahulu keluasan yang akan di cat.
Formula cat adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 15 meter persegi (untuk 1 lapisan)

1 liter = 15m2. Jadi keluasan keseluruhan bahagi dengan 15m2 kita akan mendapat jumlah liter cat yang akan digunakan. Pengiraan ini adalah untuk 1 lapisan yang dicat sahaja.

CAT MINYAK (Besi / kayu / zink)

Formula yang digunakan adalah 1 liter cat boleh meliputi dinding seluas 18m2.
1 liter = 18m2
Pengiraan untuk cat diatas adalah untuk permukaan yang telah disapu dengan cat alas (undercoat) pengiraan untuk undercoat adalah 1 liter cat bersamaan 20m2.

Semoga nota ini dapat dijadikan panduan dan manfaat.

Rujuklah dengan orang yang pakar supaya anda tidak buang duit  & masa.  Nak bina rumah kediaman anda tapi tak ada ilham ...
22/02/2022

Rujuklah dengan orang yang pakar supaya anda tidak buang duit & masa.

Nak bina rumah kediaman anda tapi tak ada ilham & idea ????

Jom kami bantu merealisasikan rumah impian anda ..

BERBALOI KE BELI PELAN RUMAH?

"En. Azizul, saya dah beli pelan siap dah. Nanti kena ubah jenis pintu jek dari swing jadi sliding.. Lepas tu boleh submit slaluh (terus)."

Hurmm.. Kawe tengok je dulu file pdf Klien forward kat WhatsApp.

Nak kata layout ni special, takde lah jugak. Kawe tak faham kenapa kena beli online.

"Tuan bagi salinan geran dulu boleh? Bagi saya check." Kawe nak buat kepastian samada layout tu sesuai ke tak dengan saiz lot.

Sah!

Bila masukkan layout yang dibeli ke dalam lot tanah, 'terlanggar' setback!

Muncung wife Klien bila kawe tunjuk pelan yang dibeli tu takleh pakai untuk lot tanah. Tak tahu lah berapa harga pelan ni tapi yang pasti, Klien dah membazir duit dan juga masa bagi cari pelan tu.

Nasihat kawe, carilah Arkitek untuk buat pelan rumah. Kenapa?

1) Rekabentuk rumah ikut keperluan ruangan Pemilik;
2) Saiz rumah ikut bajet;
3) Sesuai dengan orientasi lot nak mengadap kiblat, pantai, jalan utama dll.;
4) Design sekali harung untuk buat submission pelan bangunan;
5) Tak buang masa survey pelan rumah, tapi takleh pakai pun.

Banyak nak berhabis duit buat rumah ni. Jadi luangkanlah masa dengan Arkitek untuk design rumah anda.

-Ar. Azizul-



06/10/2021

Address

Lot 14 , Kompleks Perniagaan Peladang , Jalan Kulim
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFAZ Aesthetic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AFAZ Aesthetic:

Share