Consultant perumahanku

Consultant perumahanku Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Consultant perumahanku, House Painting, bandar permaisuri, Cheras, Selangor.

���
�mengecat
�memasang tiles
�mesin rumput
�ubahsuai rumah
�Buat car porch parking
�paiping
�Mengecat rumah/pejabat
�Wiring lampu kipas/
�buat table top
�Pasang/tukar pintu
�tambah rumah depan.belakang

04/06/2024

CONSULTANT RUMAHANKU SDN BHD
🏡Looking for Home Improvement & Renovation? We are your one stop solution contractor.

🏚🏘
We specialized in

➡️ PASANG TILES
➡️ PEMASANGAN WATER PROOF
➡️ EXTENSION WORK
➡️ PLUMBING
➡️ MENGECAT
➡️ PLASTER CEILING
➡️ LIGHTING
➡️ WIRING
➡️ CONCRETE WORK
➡️ TABLE TOP
➡️ UBAHSUAI RUMAH
➡️ MESIN RUMPUT
➡️ JCB BACKHOE
📲Call/WhatsApp us now
@ +6011-74299571
or email to :
[email protected]
📲http://www.wasap.my/601174299571/renovation

sure good service and quality

Operasi membuat menyambung belakang.ada siapa siapa berminat untuk menyambung belakang atau depan boleh la kita bincang....
16/01/2023

Operasi membuat menyambung belakang.ada siapa siapa berminat untuk menyambung belakang atau depan boleh la kita bincang.saya akan buat dengan baik dan harga yang berpatutan..

CONSULTANT PERUMAHANKU SDN BHD
🏡Looking for Home Improvement & Renovation? We are your one stop solution contractor.

🏚🏘
We specialized in

➡️ PASANG TILES
➡️ PEMASANGAN WATER PROOF
➡️ EXTENSION WORK
➡️ PLUMBING
➡️ MENGECAT
➡️ PLASTER CEILING
➡️ LIGHTING
➡️ WIRING
➡️ CONCRETE WORK
➡️ TABLE TOP
➡️ UBAHSUAI RUMAH
➡️ MESIN RUMPUT
📲Call/WhatsApp us now
@ +6011-74299571
or email to :
[email protected]
📲http://www.wasap.my/601174299571/renovation

sure good service and quality


Open job untuk minggu ini.siapa nak potong rumput dekat rumah/gudang/office atau kebun.Boleh beri alamat.siap potong bar...
07/01/2023

Open job untuk minggu ini.siapa nak potong rumput dekat rumah/gudang/office atau kebun.
Boleh beri alamat.siap potong baru bayar.

CONSULTANT PERUMAHANKU SDN BHD
🏡Looking for Home Improvement & Renovation? We are your one stop solution contractor.

🏚🏘
We specialized in

➡️ Tiles
➡️ Water proofing
➡️ Hacking
➡️ Extension Work
➡️ Plumbing
➡️ Painting
➡️ Plaster ceiling
➡️ Lighting
➡️ Wiring
➡️ Concrete Work
➡️ Home repairing and maintenance
➡️ Renovation
➡️ Kitchen Cabinet
📲Call/WhatsApp us now
@ +6011-74299571
or email to :
[email protected]
📲http://www.wasap.my/601174299571/renovation

good service and quality


5 Jenis Apartment Rumah Selangorku & Ciri-CirinyaType A700 kpsRM 42,000Type B750 kpsRM 100,000Type C800 kpsRM150,000Type...
06/01/2023

5 Jenis Apartment Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya
Type A
700 kps
RM 42,000
Type B
750 kps
RM 100,000
Type C
800 kps
RM150,000
Type D
900 kps
RM 200,000
Type E*
900 kps
RM 250,000
4 Jenis Rumah Bertingkat (Teres/ Townhouse) Rumah Selangorku & Ciri-Cirinya
Type A
700 kps
RM 42,000
Type B
750 kps
RM 100,000
Type C
1,000 kps
RM 200,000
Type D
900 kps
RM 250,000
* Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).
** Rumah bandar di bawah skim ini diperuntukkan pada dua (2) pemilik setiap satu lot / blok rumah bandar.

Rumah Selangorku: Semak Kelayakan, Projek Terkini & Cara Mohon!Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari ker...
06/01/2023

Rumah Selangorku: Semak Kelayakan, Projek Terkini & Cara Mohon!

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.
Negeri Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terkenal, dan ada penduduk yang ramai.
Oleh sebab tu lah perumahan mampu milik adalah isu yang serius untuk kebanyakan orang yang nak menjadikan negeri ni sebagai rumah abadi dorang.
So, kiranya lagi mencabar untuk keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana untuk mencari rumah yang sesuai.
Skim ni memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.
Inisiatif ini diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), organisasi perumahan negeri itu tersendiri.
Ia mula diperkenalkan pada tahun 2014, dan direka untuk bagi semangat dan sokongan pada pemaju untuk membina rumah mampu milik Selangor yang selari dengan matlamat organisasi tu.
Jadi, rumah tu perlu lah berkualiti dan memenuhi keperluan warga tempatan yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan.
Malah dilaporkan yang pada separuh pertama 2021, 7,000 unit Rumah Selangorku dijangka dibina menggunakan kaedah IBS.

Siapa Yang Layak Untuk Rumah Selangorku?
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.
Kiranya macam skim-skim lain, mesti ada syarat-syarat tertentu yang pemohon kena penuhi sebelum dikira layak untuk mendapat skim ni:
-Berumur lebih dari 18 tahun
-Warganegara Malaysia
-Penduduk Selangor
Belum lagi memiliki hartanah
-Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
-Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
-Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

Apakah Jenis Hartanah Yang Terlibat Dengan Rumah Selangorku?
Skim ni memang dah mula pada tahun 2014 lagi, tapi ada perubahan yang dibuat sejak tahun 2018 dan ke atas.
Dibawah initiatif Rumah Selangorku 2.0 yang baru, telah wujudnya rangka kerja yang baru untuk perumahan mampu milik dibawah skim ni.
Rumah Selangorku adalah skim yang mempromosikan pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan dan tahap pendapatan korang.
Ia dibahagikan pada kategori rumah A, B, C, D, dan E, dengan kriteria kelayakan yang berbeza bergantung kepada pendapatan isi rumah pemohon:
Type A: Maksimum RM3,000/bulan (pendapatan isi rumah)
Type B, C, D, E: Maksimum RM3,001 – RM10,000/bulan (pendapatan isi rumah)
Perubahan pada Rumah Selangorku 2.0 paling banyak sekali bagi impak pada rumah kategori D, yang ni kira kategori dengan harga tertinggi dalam skop rumah mampu milik yang dibina bawah Rumah Selangorku.
Nak tau apa jenis unit dan saiz yang ada pada Rumah Selangorku 2.0?
Okay, jenis unit tu memang ada macam-macam yang korang boleh pilih, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan (info ni diambil dari REHDA Selangor)

APA RUMAH MAMPU MILIK YANG BOLEH ANDA MOHON.????Ada banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia, dari peri...
03/01/2023

APA RUMAH MAMPU MILIK YANG BOLEH ANDA MOHON.????

Ada banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia, dari peringkat persekutuan, hingga ke peringkat negeri.
Di sini saya telah senaraikan skim-skim yang anda boleh mohon:
1) Skim Rumah PR1MA
Di peringkat persekutuan, Rumah PR1MA adalah satu skim yang dilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran yang semakin mahal.
Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga RM100,000 hingga RM400,000.

Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia
-Bujang ataupun berkahwin -berumur 21 tahun ke atas
-Pendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000
-Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja

2) Johor
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) adalah menawarkan rumah bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Kebanyakan rumah datang dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
-Telah tinggal di Johor selama 10 tahun
-Satu permohonan bagi setiap pasangan berkahwin
-Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri
-Gaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan
-Pemohon yang sudah ada rumah yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak

3) Melaka
Lembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik berharga sekitar RM150,000 hingga RM400,000, dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia
-Gaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulan
-Sekiranya bujang, anda perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon

4) Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP).

Buat masa sekarang, laman rasmi bagi bahagian perumahan adalah tidak berfungsi, namun anda boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk sebarang pertanyaan!

5) Selangor
Rumah SelangorKu menawarkan rumah berharga RM40,000 hingga RM250,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
-Tinggal di Selangor
-Gaji kasar bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000
-Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 5 tahun pertama

6) Pahang
Terdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.
Antara syarat-syarat am yang dikenakan bagi skim-skim ini:
-Warganegara Malaysia yang tinggal di Pahang selama 5 tahun
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
-Tidak boleh memiliki rumah sedia ada di bawah nama pemohon ataupun pasangan
Bukan di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula

7) Perak
Rumahku Aman Jaya adalah skim rumah mampu milik yang disediakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Buat masa ini, anda boleh dapatkan rumah sekitar RM130,000 hingga RM480,000.

8) Terengganu
Rumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM) boleh didapati di sekitar Terengganu meliputi daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.
Antara antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia yang menetap di Terengganu
-Berumur 21 tahun ke atas
-Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah
-Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan
-Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
-Bagi pemohon dan pasangan yang merupakan penjawat awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
-Isteri kedua/ketiga/keempat layak memohon sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500

9) Kelantan
Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.
Malangnya buat masa kini, tiada sebarang laman rasmi buat skim ini, namun anda boleh hubungi kerajaan negeri untuk membuat pertanyaan.

10) Kedah
Rumah Mesra Rakyat SPNB ditawarkan daripada harga RM45,000 hingga RM65,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 65 tahun
-Pendapatan isi rumah kasar bulanan sekitar RM750 hingga RM3,000
-Tanah yang mahu didirikan rumah jenis ini mestilah milik anda (yang tiada sebarang sekatan atau pun gadaian) ataupun tanah milik orang lain yang telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada tuan tanah
-Luas tanah tersebut mesti sekurang-kurangnya 2,800 kaki persegi
-Masih tiada rumah lagi, ataupun rumah yang sedia ada sudah usang dan rosak teruk

11) Pulau Pinang
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.
Syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan jenis rumah yang anda pilih, dan anda boleh rujuk laman sesawangnya untuk maklumat lanjut.

12) Perlis
Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai rumah mampu milik di Perlis adalah di bawah rumah PR1MA sahaja.

13) Sabah
Kerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk asal Sabah
-Berumur 21 hingga 60 tahun
-Bukan kakitangan kerajaan
-Pendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500
-Pemohon belum mempunyai rumah sendiri
-Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran
-Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful)

14) Sarawak
Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000
Buat masa ini laman tersebut masih menanti kemas kini, namun anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan maklumat lanjut.

15) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan

Residensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
-Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
-Telah tinggal di Wilayah Persekutuan selama tiga tahun
-Gaji bulanan tidak melebih RM10,000. Bagi pasangan berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000
-Tidak boleh memiliki sebarang rumah di kawasan wilayah tersebut
-Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 10 tahun pertama
-Rumah ini haruslah digunakan untuk kediaman sendiri dan tidak boleh disewa melainkan dengan kebenaran kerajaan persekutuan
-Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang tinggal berdekatan kawasan projek tersebut

Selamat beli rumah!

Jom share langkah langkah untuk membeli rumah...10 Langkah Beli Rumah Baru Di Malaysia Anda Perlu TahuKalau korang rasa ...
29/12/2022

Jom share langkah langkah untuk membeli rumah...

10 Langkah Beli Rumah Baru Di Malaysia Anda Perlu Tahu

Kalau korang rasa yang umur dah makin tua, dan anda dah tak larat nak menyewa.Jadi anda bercadang nak miliki hartanah. Anda ada dua pilihan:

Beli rumah subsale, juga dipanggil sebagai rumah second hand.

Beli rumah baru, juga dikenali sebagai rumah undercon.

Kali ni, kita akan fokus pada rumah baru.Artikel ini akan menerangkan perkara-perkara yang anda perlu ambil kira dalam membeli rumah baru.

Di hujung artikel ini, kami akan ringkaskan kelebihan dan kekurangan membeli rumah baru buat rujukan anda. Sekarang, jom kita mula!

1) Tentukan Kemampuan Kewangan

“Kalau gaji RM3,000, boleh beli rumah macam mana ni?” Selalunya inilah soalan pertama yang orang akan tanya.

Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, contohnya:

Affordability Calculator: Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.

Home Loan Calculator: Kalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.

Senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar.

Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman perumahan.

Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.

Di sini, kami sediakan beberapa tip untuk berjimat dalam membeli hartanah:

Anda boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman.

Tengok inisiatif kerajaan seperti PR1MA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Selangorku.

Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.

Hubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (ataupun Skim MyDeposit).

Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi.

Kena munasabah diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat.

Gaji ni bukan untuk rumah je, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda.

2) Pilih Rumah Yang Anda Mahu

Bila anda tahu jumlah pinjaman mana yang anda mampu, anda dah boleh mula survey rumah. Ini antara faktor penting dalam memilih rumah:

Dekat tak dengan tempat kerja? Banyak traffic jam? Senang ke nak balik kampung?

Berapa kaki persegi (kps)? Ada bilik spare tak, kalau mak abah nak singgah?

Dekat tak dengan sekolah yang baik? Ada mamak, ada 99 SpeedMart, ada klinik?

Ada parking? Ada gym dan swimming pool ke (yang anda mungkin tak akan guna tapi bunyinya gah bila bagitau member)?

Adakah ia kawasan berpagar? Ada pak guard? Pernah berlaku banjir?

Anda juga mungkin nak pilih antara jenis-jenis rumah yang berbeza seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo, dan juga SOHO.

Bila anda dah tahu apa yang anda mahu, sangatlah penting untuk anda cari ejen hartanah yang mempunyai rekod baik.

Kenapa perlu ejen hartanah? Kerana ejen hartanah yang bagus akan nasihatkan anda tentang banyak perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.

3) Cari Peguam Hartanah

Pihak pemaju mungkin akan menawarkan khidmat peguam mereka secara percuma. Tapi peguam tersebut adalah mewakili pemaju, jadi apa-apa pun, mereka akan utamakan pemaju dulu.

Anda sendiri pun tak wajib nak lantik peguam, tapi ia sangat membantu bila melibatkan urus niaga beratus-ratus ribu Ringgit ni!

Ini antara perkara yang peguam boleh buat untuk anda:

Bantu fahami proses yang terlibat – Pembelian hartanah melibatkan banyak proses, dokumen, dan istilah yang asing buat pemilik baru. Anda boleh research semua ni, tapi lebih baik ada peguam yang betul-betul hafal buku perundangan tu daripada kulit depan sampailah belakang.

Pihak yang neutral – Peguam yang dilantik bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda, dan boleh mengelakkan mana-mana pihak ketiga daripada mengambil kesempatan.

Menyemak dokumen yang terlibat – Dokumen seperti perjanjian pinjaman adalah terikat secara sah (legally binding), bila dah sain tak boleh tukar dah. Jadi anda kena dapatkan khidmat peguam untuk menulis draf, memastikan anda tak terlepas pandang perkara penting, dan mengesan kalau ada apa-apa klausa yang meragukan.

Carilah peguam yang biasa dengan hal-hal hartanah, bukan peguam kes jenayah pulak ye.

4) Fahami Dokumen Jual Beli Rumah

Bila anda dah pasti rumah mana nak beli, anda kena bayar yuran tempahan (booking fee) sebanyak 2% – 3% daripada harga rumah. Jangan bimbang, yuran ini adalah sebahagian daripada downpayment anda.

Bayaran booking fee ni adalah sekali dengan pengisian Letter of Offer to Purchase, iaitu dokumen rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk membeli rumah tersebut.

Antara maklumat yang anda kena isi dalam Letter of Offer to Purchase (borang tawaran pembelian) adalah:

Maklumat dalam Letter of Purchases

Maklumat pembeli dan penjual.

Jumlah yuran tempahan yang telah dibuat (2% – 3%) dan jumlah downpayment selebihnya.

Tempoh untuk bayar baki jumlah downpayment.

Tempoh nak tanda tangan Sales and Purchase Agreement (SPA), biasanya dalam 2-3 minggu.

Tempoh untuk bayar baki 90% harga rumah.

Seterusnya, anda dan pemaju kena tanda tangan Sales and Purchase Agreement (Perjanjian Jual Beli), atau singkatannya SPA.

Kebanyakan perkara dalam Letter of Offer to Purchase tadi akan dibawa ke SPA, melainkan anda nak buat apa-apa perubahan yang perlu dipersetujui oleh pemaju dan pembeli.

Antara perkara-perkara lain yang perlu diteliti dalam SPA adalah:

Maklumat terperinci akan rumah yang nak dibeli termasuklah alamat, keluasan tanah ataupun unit, dan sebagainya.

Jenis hak milik sama ada pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold).

Maklumat terperinci tentang binaan rumah seperti bahan yang digunakan untuk pintu, tingkap, dan dinding.

Tempoh bila rumah dijangka siap.

SPA ini adalah dokumen paling penting sebab ia menyatakan kesemua terma dan syarat bagi pembelian anda. Sebab tu lah anda digalakkan untuk melantik peguam sendiri.

*Nota: Letter of Offer to Purchase kadang-kadang dikenali sebagai Letter of Intent to Purchase, ataupun Agreement to Purchase.

5) Buat Permohonan Untuk Pinjaman Perumahan

Untuk memohon pinjaman bank, anda perlu tunjukkan resit tempahan yang anda dah bayar kepada pemaju tadi.

Bergantung kepada bank yang anda pilih, ini antara dokumen yang anda perlu sediakan:

Resit tempahan

Kad pengenalan/pasport

Slip gaji

Penyata bank

Resit cukai pendapatan

Penyata EPF

Pinjaman perumahan (juga dipanggil sebagai pembiayaan perumahan) ada banyak jenisnya. Untuk memudahkan pemahaman, kami terangkan asas tiga jenis pinjaman perumahan ni.

Pinjaman perumahan konvensional

Tempoh bayaran tetap
Pinjaman perumahan fleksi

Boleh buat bayaran lebih
Pembiayaan perumahan Islamik

Patuh syariah- tanpa riba

Bank beli rumah dan jual kepada anda pada kadar keuntungan dipersetujui

6) Fahami Dokumen Pinjaman Perumahan

Dokumen pinjaman perumahan (loan agreement) adalah persetujuan antara anda dengan pihak bank.

Tiga perkara paling penting dalam loan agreement adalah jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pinjaman. Anda boleh semak kiraan ni guna Home Loan Calculator.

Selain tu, ini perkara yang terkandung dalam loan agreement:

Lock-in period – Sesetengah bank mengenakan lock-in period/tempoh terkunci antara antara 3 hingga 5 tahun. Kalau anda langsaikan pinjaman dalam tempoh ini, anda akan dikenakan sejumlah denda.

Base Lending Rate (BLR) – BLR adalah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, tapi diubah mengikut bank masing-masing. Contohnya Bank Negara mungkin tetapkan BLR kepada 6.6%, tapi bank tawarkan 5.7% je. BLR inilah yang akan mempengaruhi kadar faedah yang anda kena bayar tiap-tiap bulan.

Kadar berubah atau tetap – Seperti namanya, pinjaman kadar faedah berubah adalah dipengaruhi BLR, manakala pinjaman kadar faedah tetap kekal sama. Anda boleh pilih berdasarkan strategi dan cashflow anda.

Kadar siling (cap rate) – Ada pinjaman yang mengenakan jumlah maksimum yang akan dikenakan terhadap kadar faedah anda, supaya anda tak perlu bayar lebih.

Jadual Bayaran Berperingkat (progressive billing) – Bagi rumah undercon, anda mungkin perlu membuat bayaran pada fasa-fasa berbeza sewaktu rumah dibina. Segala bayaran ini juga akan ditolak daripada bayaran penuh.

Terma dan syarat bagi setiap pakej pinjaman adalah berlainan dan kompleks, biasanya bank tak paparkan kat laman web mereka.

Jadi anda kena tanya betul-betul dengan pegawai bank dan rujuk kembali dengan peguam anda.

7) Tandatangan SPA Selepas Pinjaman Diluluskan & Buat Bayaran

Anda kena faham kronologi SPA dan pinjaman rumah ni betul-betul:

Sewaktu hantar Letter of Offer to Purchase, anda kena bayar booking fee sebanyak 2% – 3%.

Anda perlukan resit booking untuk memohon pinjaman rumah. Pinjaman biasanya diluluskan dalam 1 – 2 hari.

Dalam 2 – 3 minggu selepas Letter of Offer to Purchase, anda kena tanda tangan SPA di mana anda perlu bayar jumlah down payment yang selebihnya. Jadi pastikan permohonan pinjaman siap sebelum tanda tangan SPA.

Macam mana kalau pinjaman tak diluluskan? Sesetengah pemaju takkan pulangkan booking fee tadi.

Tapi sewaktu menulis Letter of Offer to Purchase, anda boleh dapatkan persetujuan untuk mendapatkan semula wang tersebut kalau pinjaman tak lepas (ini kena disokong dengan bukti bertulis dari bank).

Selain daripada down payment, ini antara perkara-perkara lain yang anda perlu bayar bila menandatangani SPA:

Duti setem bagi Loan Agreement

Duti setem bagi SPA

Duti setem bagi Memorandum of Transfer

Yuran guaman

Jadi selagi boleh, jangan terburu-buru beli rumah sebab nampak tawaran yang menggugat iman!

Kaji selidik dalam-dalam dan sediakan banyak duit lebih, barulah hati aman tenteram sebab anda dah usaha sebaik boleh.

8) Lawat Lokasi Rumah Secara Berkala

Dah tentulah sewaktu survey lagi anda dah digalakkan untuk melawat tapak pembinaan, tengok apa kemudahan yang ada berdekatan.

Bila dah tanda tangan SPA, lawat proses binaan sekali-sekala untuk tengok perkembangan rumah anda.

Kalau ada apa-apa yang tak sama dengan SPA contohnya keluasan tanah/unit, bahan yang digunakan, malah kalau pembinaan lambat sekalipun, anda boleh bangkitkan dengan pemaju.

Nak lagi sebab anda dah mula bayar progressive billing tu!

9) Pindahan Milik Rumah Kepada Anda

Dah mengah dah baca semua langkah-langkah ni? Teguk air segelas, kita dah nak habis dah.

Ini dokumen-dokumen yang akhirnya mengesahkan anda sebagai pemilik rumah:

Notis pemilikan kosong (vacant posession) – Adalah bila pemaju bagi anda kunci rumah. Proses ni biasanya mengambil masa 24 hingga 36 bulan selepas menandatangani SPA.

Sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) – Dokumen yang disahkan pihak berkuasa untuk menyatakan yang rumah anda selamat untuk didiami.

Memorandum pemindahan (MOT) – MoT mengesahkan pemindahan hak milik rumah dari pemaju kepada nama anda bagi rumah strata atau rumah individu.

*Nota: Rumah kediaman strata (Strata Title) biasanya adalah unit di dalam apartmen atau kondo, manakala rumah kediaman individu (Individual Title) biasanya di atas tanah.

10) Periksa Rumah Untuk Sebarang Kerosakan (Defect Liability Period)

Dalam SPA, ada beberapa perkara yang akan melindungi anda daripada sebarang kerosakan pada rumah:

Seperti yang kami sebut sebelum ni, SPA ada jelaskan butir-butir tentang binaan rumah seperti bahan yang digunakan. Anda kena periksa kesemua ni bila dapat kunci dan jika ada yang tak sama, pemaju perlu menukar atau membayar ganti rugi.

Tempoh tanggungan liabiliti (defect liability period) menggariskan hak anda untuk menuntut sebarang kos pembaikan dan ganti rugi jika ada sebarang kerosakan.

Selain daripada kerosakan, terdapat caj untuk sebarang kelewatan (late delivery charges) di mana anda boleh menuntut denda jika pemaju lambat menyudahkan pembinaan seperti yang dipersetujui.

Kelebihan Dan Kekurangan Membeli Rumah Baru

Kelebihan membeli rumah baru

Kelemahan membeli rumah baru

Biasanya tiada sebarang kecacatan yang ditinggalkan penghuni lama

Lebih mahal daripada biasa

Pihak pemaju biasanya menawarkan pelbagai rebat dan menampung kos seperti duti setem dan sebagainya

Kena tunggu 24-36 bulan untuk rumah siap dan dapatkan kunci

Anda boleh meminta pihak pemaju untuk mengubahsuai reka bentuk dan pemasangan dalam rumah mengikut cita rasa anda

Tiada rekod pengalaman penghuni sebelumnya yang boleh membantu anda membuat keputusan

Anda boleh pilih unit yang yang khusus untuk keperluan dan kehendak anda

Lebih sukar untuk buat perbandingan akan harga dan nilai rumah

Strata Title dan Individual Title diperlukan dari segi undang-undang buat tempoh yang tertentu

Ada pihak pemaju yang membiarkan projek mereka terbengkalai (boleh dielakkan jika anda survey syarikat yang ada rekod baik)

Biasanya ada kemudahan yang lebih moden

Tiada peluang nak bertegur sapa dengan jiran baru (melainkan kalau anda duduk kat bandar, siapa sangat yang kenal jiran kan)

Tempoh defect liability period selama 12-24 untuk anda mengadu sebarang kerosakan dan meminta pemaju membaiki atau membayar ganti rugi

Selamat membeli rumah!

Address

Bandar Permaisuri
Cheras, Selangor
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Consultant perumahanku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Consultant perumahanku:

Share

Category