27/12/2023
~ Salam sejahtera ~
Seorang warga tanah yang diberkahi menjalankan aktiviti jual beli buah-buahan dan sayuran yang sebahagian besarnya adalah hasil dari pertanian LokaL.
Aktiviti jual beli ini dijalankan di salah satu pintu masuk ke Kota Lama (Old City) dipanggil Herod's Gate melalui gerbang menara batu menuju ke
"Dome of the Rock" dan AL-Aqsa.
Tanaman makanan LokaL utama adalah pokok zaitun yang merangkumi 72% luas lahan bertanam dari keseluruhan lahan tanaman buah-buahan. Diikuti ditempat kedua lahan terbesar adalah tanaman pokok anggur manakala yang ketiga terbesar adalah lahan tanaman almond dan selebihnya adalah tanaman pokok figs dan citrus.
Sesungguhnya, ia adalah tanah yang diberkahi, menjadi "hub" para nabi dengan pecahan pengikutnya yang terdiri dari golongan kaum yahudi, nasrani dan ajaran islam.
Tidak hairan ia menjadi tempat rebutan kesemua kaum menjadikan nya sebagai claim yang "bertindih-tindih" dek kerana sejarah yang panjang disitu.
In fact, bandar Jericho adalah tanah dimana ketamadunan terawal bermula dan silih berganti tanpa putus sehingga ke hari ini.
Semoga tanah yang diberkahi ini diamankan dan bangkit semula sebagai pusat ketamadunan yang gemilang dan membawa menafaat buat seluruh manusia dimuka bumi ini.
~ Salam bahagia ~
Irwan | grow with greensoil