Inspire Kitchen

Inspire Kitchen It's all about cooking and baking οΏ½

🧼🏠 Rumah Bersih, Hati Tenang – Dengan Home Care Amway! 🏠🧽Sejak guna produk Home Care dari Amway, jujurnya kerja rumah ja...
26/06/2025

🧼🏠 Rumah Bersih, Hati Tenang – Dengan Home Care Amway! 🏠🧽

Sejak guna produk Home Care dari Amway, jujurnya kerja rumah jadi lebih mudah, lebih selamat dan lebih jimat!

✨ Kenapa saya pilih Home Care Amway?

βœ… Selamat & mesra alam - Bebas bahan kimia berbahaya, sesuai untuk anak-anak & haiwan peliharaan.
βœ… Pekat & tahan lama – Hanya guna sedikit je setiap kali. Jimat belanja bulanan!
βœ… Serba guna & berkesan – Satu produk boleh guna untuk pelbagai kegunaan. Cuci dapur, lantai, tingkap… semua bersih berkilat!

πŸ’‘ Paling best, saya tak perlu risau tangan jadi kasar atau kulit sensitif sebab produknya memang gentle dan diuji secara dermatologi.

🌿 Contoh produk yang saya guna:

L.O.C. Multi Purpose Cleaner

Dish Drops (Pencuci pinggan mesra tangan)

SA8 Premium (Pencuci pakaian tanpa sisa kimia)

Glass Cleaner (Cermin & tingkap berkilat tanpa kesan)

Kalau anda tengah cari cara untuk jaga rumah dengan lebih bijak dan sihat, saya sangat rekomen cuba Home Care Amway πŸ’―

05/10/2022

KUIH APAM GULA MERAH

Bahan A:
200 gram gula merah
150 gram gula pasir
600 ml air
3 helai daun pandan ikat simpul

Bahan diatas dimasak hingga gula larut smp mendidih toskan, biarkn sejuk

Bahan B:
450 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
8 gram yis mauripan
Secubit garam

Cara:
1. Dalam bekas campur bahan B kecuali garam, gaul rata lalu masukkan air gula merah (bahan A) sedikit demi sedikit sambil di gaul rata, lalu masukkan garam, adun hingga betul2 sebati, lalu perapkan -+ 50 mnt

2. Setelah adunan mengembang, tuang ke loyang brownies 20x20 yg terlebih dahulu disapu minyak
3. kukus adunan 30 mnt atau sehingga masak, sajikan dgn kelapa parut

Kelapa parut:
1/2 bj kelapa parut tambahkan garam sedikit, gaul rata dn kukus 15 mnt, masukin daun pandan biar wangi

kredit: yulichia88

16/09/2022

Resepi roti mudah...untk mkn sndiri...sy utk niaga gandakn bhn2
Bahan:
1 paket yis kering
1 sb gula
1 mug air suam
(Cmpurkn semua dn tunggu sehingga yis berbuih)
4 mug tepung gndum
4 sb gula
2 sb majerin
2 sb susu pekat manis
2 sk baking powder
1 sk garam
1 biji telur
(Juga cmpurkn semua bhn)
Bila bhn2 tepung sudah digaul rata... masukkn yis yg sudah berbuih... dn uli sehingga menjadi doh lembut... jika terlalu lembik... blh tmbhkn tepung sedikit2... p/s: doh mesti lembut ye... baru dpt hasil yg lembut
Bila doh dh tk melekat di tgn... blhlah diperap... saya uli lebih kurang 20,30 minit... pakai tgn je... πŸ˜„πŸ˜Š jika ada mesin lg senang..
Perap selama 1 jam sehingga doh naik 2x gnda... bila dn naik... buangkn angin dlm doh tu... tumbuk2 dohnye ye... πŸ˜„ setelah tu... blhlah bentukkn doh ikut roti yg kita nk buat... siap bentuk... kene perapkn sekali lg... sehingga doh naik semula dn barulah blh dibakar... seblm dibakar, sapu doh dgn kuning telur...jika oven saya... 180'c , 30 minit, api atas bwh... jika nk nmpk lebih brown... blh tmbh minitnye...setelah kluar dr oven, terus sapukn roti dgn majerin utk nmpk berkilat dn kekal lembut selmt mencuba... πŸ˜ŠπŸ˜‰

03/09/2022

Pisang goreng rangup πŸ˜πŸ˜‹

(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi : cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air sg. Amin)

πŸ’¦1 cawan tepung gandum
πŸ’¦1 cawan tepung beras
πŸ’¦1 cawan tepung jangung
πŸ’¦1 biji telor
πŸ’¦1 sudu kecil garam halus
πŸ’¦1 sudu kecil yis
πŸ’¦ Sedikit pewarna kuning
πŸ’¦2 cawan air
πŸ’¦ Biar 5 atau 10minit baru celop Dan goreng

Selamat Mencuba....

Kredit Resepi : siti asiah ismail

27/08/2022

Resipi Roti Arab aka Roti Puri

2 cwn tepung gandum
3 sdb minyak masak/marjerin yg dicairkan
1 sdb yis
1 sdt gula
1/2 sdt garam
1 cawan air panas

- Masuk semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm serbuk roti
- Masukkan air panas, uli smpi tak lekat ditangan & doh gebu
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong & rehatkan doh dlm 30min
- Leperkan doh. Goreng dlm minyak yang banyak & cukup panas. Api sederhana. Masa goreng curah minyak tanpa henti atas roti supaya roti kembung

Selamat mencuba 😊😊
Photos from Shahida Fariza

27/08/2022

RESEPI SARDIN ROLL FROZEN

Hasil : lebih kurang 48 biji

Pastry
4 cawan tepung
1sdm tpg beras
2sdm tpg jagung
2 sdk gula
1sdk garam
*campur semua

1/4 cawan myk
2 sdm penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit

Air (tambah sehingga terbentuk doh)
-tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk.
-tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh.
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata πŸ™‚ ).
-Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-).

-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
-Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear"
-canaikan seperti bentuk dlm gambar.
-utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Ia akan melekat.
*(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng πŸ˜‰

Inti
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis

-tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan.
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
-Masak sampai kering.

::::::》》》utk frozenkan bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180Β°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven

Kredit Resepi :Ellyna Abdul Azizβ€Ž

25/08/2022

PANKEK SUPER GEBU

130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali

1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.

3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.

4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.

5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.

*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.

Kredit resepi : Yus_Rania

18/08/2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘

29/07/2022

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar-Yatie tambah
5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

29/07/2022

RESEPI SARDIN ROLL

Bahan-bahan :
300 gram tepung gandum
120 gram marjerin/mentega
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais ( air dari peti sejuk )

Inti sardin :
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam/secukup rasa
Sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara untuk Inti sardin :
1.Lecek sardin ( keluarkan dulu sosnya ) gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata
2.Jika inti agak kering tambahkan sosnya

Untuk dos pastry :
1.Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti,Masukkan sedikit garam dan air ais hingga menjadi doh
2.Canai pastry hingga 3 mm tebal dan potong persegi 4Γ—4 in.Isikan setiap pastry dengan inti sardin.Sapu tepi pastry dengan putih telur dan gulung kemas.
3.Letakkan atas dulang pembakar dan glis dengan kuning telur
4.Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastry dengan garpu
5.Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180Β°C di tingkat atas selama 10 minit
6.Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur ( supaya warna kuningnya lebih terang )
7.Kurangkan suhu kepada 130Β°C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak

*Doh pastry agak keras tetapi jangan di tambah air,doh akan rangup selepas di bakar*

*sukatan air ais saya sukat lebih dari 3 sudu,saya tuang sedikit demi sedikit,sambil di uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan*

*untuk inti sardin saya ikut cara saya sendiri*

Credit : Azie Kitchen

24/07/2022

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)

Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)

Garam, gula, aji
Minyak masak

Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.

masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
masukkn garam, gula,aji.
Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!

Kredit: fatimah ibrahim

23/07/2022

Resepi Mini Cheesecake πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Bahan
Base:
3 cup biskut marie - kisar halus
1/2 cup butter - cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.

Kek keju:
250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum

Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan.

Sumber : wan suryana

Address

Cyberjaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 15:00

Telephone

+60108427369

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inspire Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share