Architecture Designer - Quintech

Architecture Designer - Quintech Berpengalaman di dalam menguruskan pelan-pelan berkelulusan arkitek dan Majlis. Turut menyediakan pe

24/01/2026
Rumah PersaraanKecil dan molek. Berlokasi di Temerloh. Pemilik tak mahu rumah besar sangat supaya mudah nak urus kebersi...
26/10/2025

Rumah Persaraan

Kecil dan molek. Berlokasi di Temerloh. Pemilik tak mahu rumah besar sangat supaya mudah nak urus kebersihan dan penyelenggaraan.

Dengan spesifikasi 3 Bilik, 2 Tandas, Ruang Tamu, Dapur dan 2 Beranda cukup memberikan keselesaan kepada pemilik.

Alhamdullilah semua berjalan lancar. Cuma cabaran besar kami disini adalah overflow. Tanah pulak jenis banyak punca air. Bertakung. Buat soakway-pit pun tetap ada air bertakung. Selain dari itu, semua dipermudahkan urusan.

QUINTECH
"Bina Rumah Impian Anda"

Barang udah sampai. Kita kasi pulun la.
23/10/2025

Barang udah sampai. Kita kasi pulun la.

23/10/2025
LAUNDRY AREASelesai kerja tambahan ruang laundry di Taman Jaya 4. Bolehlah nak mendobi dan menjemur.Eh, Quintech buat ke...
03/10/2025

LAUNDRY AREA

Selesai kerja tambahan ruang laundry di Taman Jaya 4. Bolehlah nak mendobi dan menjemur.

Eh, Quintech buat ke tambahan kecil-kecilan?

Jangan risau, kerja kecilan pun kami buat. Walaupun kecilan, kami tetap buat yang terbaik. Bagi visual 3d pada klien untuk bantu memudahkan imaginasi mereka.

Kisah SST dan pembinaan
22/06/2025

Kisah SST dan pembinaan

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia memberi amaran bahawa pengguna bakal menanggung beban akibat pelaksanaan SST yang diperluas mulai 1 Julai, yang boleh melambatkan projek dan menjejaskan kualiti kerja.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan menyeru industri pembinaan agar kekal profesional dan tidak menjadikan SST sebagai alasan untuk menurunkan mutu.

Kerajaan juga mendakwa telah memberikan kelonggaran dengan mengekalkan cukai 0% untuk barangan asas termasuk bahan binaan tertentu.

Ya ke?

Sebelum ini, ramai pemain industri pembinaan tak bising sebab bahan mentah utama seperti simen dan pasir masih dikecualikan.

Tapi ramai kini tersedar bahawa ratusan bahan lain, mesin dan perkhidmatan yang dahulunya dikecualikan SST, kini kena cukai di bawah perintah SST baharu 2025.

Antara yang akan menyebabkan kos pembinaan naik mendadak mulai 1 Julai:

1. Bahan Mentah Kini Dikenakan Cukai Jualan 5%
• Papan lapis, plywood, dan panel kayu – dulunya 0%, kini 5%
• Paip plastik (PVC) – dulu exempt, sekarang 5%
• Jubin seramik lantai & dinding – masuk cukai 5%
• Bitumen dan asphalt – untuk jalan dan kalis air, kini kena cukai
• Kabel elektrik – kini tiada pengecualian
• Cat dan varnis – bahan finishing pun tak terlepas
• iron mesh – bahan asas untuk pre-fab, dulu 0%, kini 10%

2. Jentera Pembinaan Kini Dikenakan Cukai Jualan 5%
• Excavator, bulldozer, crane – dulu exempt sebagai aset modal, kini dikenakan SST
• Concrete mixer, forklift, mesin penggerudi – semua kini dikenakan cukai 5%
• Alat ganti untuk jentera pun turut kena

3. Perkhidmatan Pembinaan Kini Dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%
• Dulu perkhidmatan pembinaan tak dikenakan SST. Sekarang semua kerja pembinaan – bangunan komersial, infrastruktur, M&E, pembaikan, ubahsuai – dikenakan cukai perkhidmatan 6%
• Hanya pembinaan rumah kediaman PENUH dikecualikan

4. Servis Sampingan Kini Turut Kena SST 6%-8%
• Sewa jentera dan tapak projek – kini dikenakan cukai 8%
• Perkhidmatan arkitek, jurutera, perunding projek – semua masuk cukai 6%
• Perkhidmatan logistik, penghantaran barang, penyimpanan – kini kena cukai 6%

Dulu bahan-bahan dan servis ini semua dikecualikan untuk elak kos berlapis (cascading tax).

Tapi bermula 1 Julai ini, hampir semua lapisan dalam rantaian pembinaan - dari bahan mentah ke sewaan jentera hingga ke kos pengurusan - akan dikenakan cukai SST.

Akhirnya, harga bina rumah, pejabat, kilang, gudang semua akan meningkat.

Tapi jangan risau sebab Madani kata Rakyat “tidak akan terbeban”.

Macam mana tak terbeban atau tak terkesan bila dalam Perintah Cukai Jualan (Barang Dikecualikan daripada Cukai) 2018, sebanyak 8,094 kod tarif dikecualikan daripada cukai.

Namun di bawah perintah baharu tahun 2025, hanya 1,813 kod tarif yang masih dikecualikan.

Ini bermakna lebih 6,281 jenis barang, kebanyakannya bahan input industri, yang sebelum ini bebas cukai, kini akan dikenakan cukai jualan?

Macam mana tak terkesan jika kerajaan dah kata niat mereka bagi "tambah baik" SST kali ini ialah untuk kaut hasil tambahan lebih RM10 bilion?

Adakah kerajaan fikir bahawa sektor industri akan sangat bermurah hati untuk tanggung sepenuhnya kos cukai tambahan RM10 bilion ini tanpa menaikkan sebarang harga tambahan?

——

The Malaysian Malay Contractors Association has warned that consumers will bear the brunt of the expanded SST implementation from July 1, which could delay projects and affect the quality of work.

On the other hand, the Finance Ministry has called on the construction industry to remain professional and not use the SST as an excuse to lower quality.

The government also claims to have provided flexibility by maintaining the 0% tax on basic goods including certain building materials.

Is that true?

Previously, many construction industry players were quiet because key raw materials such as cement and sand were still exempted.

But many are now realizing that hundreds of other materials, machines and services that were previously exempt from SST are now subject to tax under the new SST order 2025.

Among those that will cause construction costs to rise sharply starting July 1:

1. Raw Materials Now Subject to 5% Sales Tax

• Plywood, chipboard, and wood panels – previously 0%, now 5%
• Plastic pipes (PVC) – previously exempt, now 5%
• Ceramic floor & wall tiles – subject to 5% tax
• Bitumen and asphalt – for roads and waterproofing, now subject to tax
• Electrical cables – now no exemption
• Paint and varnish – finishing materials are also included
• Iron mesh – basic material for pre-fab, previously 0%, now 10%

2. Construction Machinery Now Subject to 5% Sales Tax
• Excavators, bulldozers, cranes – previously exempt as capital assets, now subject to SST
• Concrete mixers, forklifts, drilling machines – all now subject to 5% tax
• Spare parts for machinery is also subject

3. Construction Services Now Subject to 6% Service Tax
• Previously, construction services were not subject to SST. Now, all construction work – commercial buildings, infrastructure, M&E, repairs, renovations – are subject to 6% service tax
• Only FULL residential house construction is exempt

4. Ancillary Services Now Also Subject to 6%-8% SST
• Machinery and project site rental – now subject to 8% tax
• Architect, engineer, project consultant services – all subject to 6% tax
• Logistics, delivery, storage services – now subject to 6% tax

Previously, all of these materials and services were exempt to avoid cascading tax.

But starting July 1, almost all layers in the construction chain – from raw materials to machinery rental to management costs – will be subject to SST.

Eventually, the price of building houses, offices, factories, warehouses will all increase.

But don't worry because Madani said the people "will not be burdened".

How can we not be burdened or unaffected when in the Sales Tax (Goods Exempted from Tax) Order 2018, a total of 8,094 tariff codes are exempted from tax.

However, under the new order of 2025, only 1,813 tariff codes are still exempt.

This means that more than 6,281 types of goods, mostly industrial input materials, which were previously tax-free, will now be subject to sales tax?

How can we not be affected if the government has said that their intention to "improve" the SST this time is to collect additional revenue of more than RM10 billion?

Does the government think that the industrial sector will be so generous as to fully bear the cost of this additional RM10 billion tax without raising any additional prices?

Ada ni. Kami tengah buat kemasan mengecat.
04/06/2025

Ada ni. Kami tengah buat kemasan mengecat.

Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab kami buat pelanggan. Nanti kmai share ya
03/06/2025

Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab kami buat pelanggan. Nanti kmai share ya

*BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI*🏡 Bina rumah di tanah sendiri dengan bajet yang berpatutan! Tidak perlu risau tentang kos...
07/04/2025

*BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI*

🏡 Bina rumah di tanah sendiri dengan bajet yang berpatutan! Tidak perlu risau tentang kos yang terlalu tinggi – kami boleh mengikut bajet anda yang cadangkan.

✅ Tanah Sendiri, Rumah Sendiri – Bina rumah mengikut cita rasa anda!
✅ Harga Mampu Milik – Kami bantu anda merealisasikan impian rumah pertama!
✅ Pelbagai Rekabentuk & Saiz – Sesuai dengan bajet dan keperluan keluarga!

💡 Jangan tunggu lagi! Hubungi kami sekarang untuk konsultasi percuma dan ketahui bagaimana untuk membina sesuai dengan bajet anda.

📞 PM kami untuk lebih maklumat!
Jika anda berminat, klik link di bawah 👇🏻
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech

untuk saksikan video lebih lanjut, klik link dibawah 👇🏻
https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8v3IARb9Jht&_r=1

Lokasi pejabat:
📍No 69 (aras 2 ), Jalan Dagang 1, Dynaton Bukit Angin, Temerloh 28000 Pahang

"RUMAH ANDA, IMPIAN KAMI"

🔥 PERKHIDMATAN BINA MAHLIGAI IMPIAN ANDA 🔥Anda ada hasrat bina rumah impian?Anda teringin nak:-✅ Bina rumah sepadan deng...
09/08/2024

🔥 PERKHIDMATAN BINA MAHLIGAI IMPIAN ANDA 🔥

Anda ada hasrat bina rumah impian?
Anda teringin nak:-
✅ Bina rumah sepadan dengan bajet
✅ Hasil kerja yg berpadanan dengan bajet
✅ Kontraktor yang dapat memahami citarasa dan keinginan rumah idaman anda
Jika begitu,
Apakata, anda cuba menggunakan perkhidmatan kami dan rasai pengalaman berurusan dengan kami.
Kerana kami tidak hanya membina rumah, tetapi berusaha untuk memenuhi hasrat anda tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan keselesaan...
Kami juga:
✔️ Berdaftar dengan CIDB
✔️ Berpengalaman sebagai perunding senibina & merekabentuk
✔️ Berpengalaman membina rumah kediaman sesebuah
✔️ Menawarkan harga yang berpatutan seiring kualiti yang ditawarkan
Kami menawarkan khidmat bina rumah dan ubahsuai yang meliputi kawasan SELURUH PAHANG
Jika anda berminat, klik link di bawah 👇🏻
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech
Lokasi pejabat:
📍No 69 (aras 2 ), Jalan Dagang 1, Dynaton Bukit Angin, Temerloh 28000 Pahang

"RUMAH ANDA, IMPIAN KAMI"

NAK BUAT RUMAH TAPI IKUT BAJET❓NAK KONTRAKTOR YANG PAKAR DAN CEPAT❓Jangan risau, QUINTECH kan ada 😁👉🏻 Kami menawarkan kh...
12/07/2024

NAK BUAT RUMAH TAPI IKUT BAJET❓
NAK KONTRAKTOR YANG PAKAR DAN CEPAT❓

Jangan risau, QUINTECH kan ada 😁
👉🏻 Kami menawarkan khidmat bina rumah dan renovasi yang meliputi kawasan SELURUH PAHANG
👉🏻 Berdaftar dengan CIDB
👉🏻 Berpengalaman sebagai perunding senibina dan merekabentuk
👉🏻 Menawarkan harga yang berpatutan seiring kualiti yang ditawarkan
👉🏻 Keselamatan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami

PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN
✅ Penyediaan pelan dan mereka bentuk
✅ Ubahsuai dan tambahan rumah kediaman
✅ Membina rumah kediaman
✅ Membina rumah melalui pinjaman LPPSA dan bank

Jadi tunggu apa lagi ⁉️
Mari kita bina rumah idaman anda sekeluarga 🤩🤩

Anda berminat? Klik link dibawah 👇🏻:
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech
http://wa.chatfuel.com/quintech

"RUMAH ANDA, IMPIAN KAMI"

Address

No. 69, Tingkat 2, Jalan DaGang 1
Dynaton Bukit Bendera
28000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Architecture Designer - Quintech posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Architecture Designer - Quintech:

Share