22/08/2025
assalamualaikum dan salam sejahtera..
penting ke cat sealer (undercoat) sebelum cat warna ya..?
ya,penting sangat2 dan dapat jimat kan banyak masa..
salah satu nye boleh melindung dinding dari kerosakan.contoh dinding berkulat,dinding berlumut dan cat tertanggal..
ok ni fungsi sealer:
Cat sealer berfungsi sebagai lapisan asas (primer) sebelum mengecat. Antara fungsi utama cat sealer ialah:
1. Meningkatkan lekatan cat – Membantu cat melekat lebih kuat pada permukaan dinding atau kayu.
2. Menutup liang & pori – Mengisi liang pada permukaan berpori seperti simen, plaster atau papan, supaya cat akhir tidak cepat meresap.
3. Menghalang alkali – Untuk dinding simen atau plaster baru, sealer menghalang kesan alkali yang boleh menyebabkan cat menggelembung atau berubah warna.
4. Mengurangkan penyerapan cat – Jimat penggunaan cat kerana lapisan kemasan tidak perlu diserap terlalu banyak oleh permukaan.
5. Memberi permukaan rata & sekata – Hasil cat akhir jadi lebih cantik, sekata, dan tahan lama.
👉 Ringkasnya, cat sealer adalah lapisan pelindung asas yang memastikan cat akhir tahan lebih lama, tidak mudah mengelupas, dan warna lebih menyerlah.
cara penggunaan nye
1.pasti kan dinding bersih dari lumut dan cat tertanggal..
2.lepas bersih..lap dinding pakai kain lembab..tak nak ada habuk dekat dinding..kalau tak nanti sealer tak melekat..
3.cat satu lapisan sahaja
4.biakan kering dalam 4 jam atau sehari..kalau ikutkan setengah jam dah boleh..cuma nya nak bagi sealer tu masuk betul2 dalam dinding..
5.lepas tu baru cat warna pilihan..
SELAMAT MENCUBE..😁
📲Boleh wassap kami 🆙
wasap.my/60134024731/catrumah/kuncilangit
wasap.my/60134042330/catrumah/kuncilangit