Tanabasa Sanctuary

Tanabasa Sanctuary Nama "Tanabasa" kependekan dan gabungan perkataan "tanah basah" dipilih sebagai nama taman perlindungan hutan berembun Jelebu, N.9

Nama "Tanabasa" kependekan dan gabungan perkataan "tanah basah" dipilih sebagai nama taman perlindungan hutan berembun Jelebu, Negeri Sembilan atas sebab taman ini yang tanahnya sentiasa basah dengan tiga anak sungai yang mengalir tanpa henti sepanjang tahun, manakala udaranya akan basah dengan embun setiap pagi. Taman Perlindungan Hutan Berembun Tanabasa ringkasnya disebut Tanabasa Sanctuary terl

etak di pinggir hutan simpan, dalam Kampung Rambai Baris, Jelebu, Negeri Sembilan dapat diakses melalui jalan kebun getah sepanjang 3 km dari jalan besar Jelebu - Pantai. Keluasan taman ini adalah 3.884 ekar dengan sebahagiannya mempunyai tanaman getah dan sebahagain lainnya merupakan hutan berembun asal. Tanabasa Sanctuary diwujudkan atas beberapa objektif iaitu:

1) Memelihara khazanah hutan berembun termasuk tumbuhan-tumbuhannya serta hidupan yang asalnya tinggal di situ.
2) Memulihara tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui serta serangga pendebunga yang penting untuk kelestarian hutan berembun iaitu lebah dan kelulut.
3) Memasarkan benih-benih tumbuhan hutan berembun dan tumbuhan yang menjadi makanan serangga pendebunga.
4) Memasarkan hasilan daripada serangga-serangga pendebunga seperti madu lebah, madu kelulut, produk berasaskan propolis dan sebagainya.
5) Menyediakan khidmat nasihat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berembun serta serangga-serangga pendebunga penting iaitu lebah dan kelulut. Tanabasa Sanctuary mengharapkan sokongan orang ramai untuk terus bergerak melaksana objektif-objektifnya demi kelestarian hutan kita.

Address

Jelebu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanabasa Sanctuary posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tanabasa Sanctuary:

Share

Category