Raja Kunyit

Raja Kunyit Kami urus dan bantu anda untuk ada tanah sendiri. Kami berkemahiran dalam bidang perladangan seperti Musang King dan kelapa sawit.

17/04/2022

Apa khabar semua? Dah sedia ke nak datang tengok dusun durian Musang King KITA raya ni?😍

Persediaan bersara anda bermula dari sekarang. Penanaman durian Musang King (MK) sebagai ‘cash cow’ apabila bersara nant...
12/04/2022

Persediaan bersara anda bermula dari sekarang.

Penanaman durian Musang King (MK) sebagai ‘cash cow’ apabila bersara nanti.

Mungkin anda ada 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 20 tahun rancangan untuk bersara tetapi persediaan boleh bermula sekarang.

Saya telah hadir banyak kursus anjuran FAMA dan Jabatan Pertanian mengenai tanaman durian MK dan boleh nampak potensi masa depan industri tanaman durian MK.

Ramai entrepreneur dari China telah mula invest bersama rakan kongsi orang Malaysia untuk menanam beribu ekar ladang MK di Malaysia, terutamanya di Gua Musang.

Pada ketika ini orang cina di China sudah mula ‘gila’ dengan durian MK walaupun harganya Rm188 sekilo.

Ya, RM188 sekilo.

Di Guangzhou sahaja terdapat 30 juta peminat MK dan ianya sudah mula merebak ke wilayah lain di negara China.

Bayangkan, 1 billion rakyat China yang gila durian MK kita.

Musang King kita adalah durian terbaik berbanding klon durian lain dari Thailand dan Vietnam yang diimpot oleh China.

Memang ianya akan menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan nanti.

Orang melayu yang skeptikal selalu bertanya apakah harga MK dapat bertahan apabila banyak estate MK mula mengeluarkan buah?

Rakan cina ramai sudah mengorak langkah menanam MK walhal bani melayu masih lena dan tertanya-tanya apa jadi bila MK sudah melambak nanti, walhal cangkul masih belum dipegang lagi.

Dengan permintaan tinggi dari Negeri China dan juga lokal, harga MK masih bertahan RM30 sekilo di dusun semenjak 5 tahun dahulu.

Market research yang dibuat oleh FAMA menjangka permintaan MK akan meningkat setiap tahun.

Anda tak perlu mempunyai tanah puluhan ekar untuk bermula penanaman MK ini.

Cukup sekadar menanam 5 batang sebagai permulaan, atau pun bermula dengan suku ekar.

Seorang penanam yang mempunyai 5 batang MK beroleh pendapatan Rm75k pada satu musim.

Jika anda mula sekarang, semasa bersara nanti anda hanya perlu ‘menuai’ hasil MK sebagai hobi sahaja.

MK yang ditanam dari anak akan mula berbunga pada usia 5 tahun dan berbuah sepenuhnya pada usia 7 tahun ke atas.

Bayangkan, apabila anda bersara pada umur 55 atau 60, sudah tersedia banyak pokok MK yang mendatangkan hasil lumayan.

Rugi kalau kita tak mula dari sekarang.

Tambah ilmu elak ditipu.Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya b...
11/04/2022

Tambah ilmu elak ditipu.
Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.
Isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya p**a kecil berbanding baka lain.
Manakala, baka anak pokok Musang King p**a, memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan beralun sedikit.
Jangan lupa, periksa sebelum beli apa-apa jenis barangan.

TAHUKAH ANDA?Semahal-mahal kelapa sawit, mahal lagi durian musang king.Tak percaya? Boleh rujuk infografik dibawahSumber...
11/04/2022

TAHUKAH ANDA?
Semahal-mahal kelapa sawit, mahal lagi durian musang king.
Tak percaya? Boleh rujuk infografik dibawah
Sumber sahih dari FAMA.

Berangan tak salah. Yang salahnya adalah bila kita sekadar berangan tanpa mengiringi angan-angan tersebut dengan usaha y...
11/04/2022

Berangan tak salah. Yang salahnya adalah bila kita sekadar berangan tanpa mengiringi angan-angan tersebut dengan usaha yg bersungguh-sungguh.
Tanpa usaha, angan-angan itu sia-sia dan membuang masa.
Angan-angan yang sekadar angan-angan.
Angan-angan yang tidak menjadi nyata.
RUGI

Ramadhan Kareem buat seluruh umat islam.Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan tahun-tahun lepas.Terus istiqa...
03/04/2022

Ramadhan Kareem buat seluruh umat islam.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan tahun-tahun lepas.
Terus istiqamah tambah amalan dibulan yg mulia ini, bulan yang mana setiap kebaikan diberi ganjaran berganda.

BERUBAT DENGAN CARA YG ANEHSedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikan sedekah ialah menyembuhk...
19/01/2022

BERUBAT DENGAN CARA YG ANEH

Sedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikan sedekah ialah menyembuhkan penyakit. Sesuatu penyakit itu akan sembuh dengan izinNya sahaja.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yg sakit di antara kalian dengan sedekah.”.

Hadis ini menegaskan, bahawa sedekah adalah salah satu cara mendatangkan kesembuhan.

Dengan demikian, bersedekahlah! Selain untuk keberkatan harta. Juga boleh menjadi wasilah datangnya kesembuhan dari Allah SWT atas penyakit yg diderita.

Sedekah juga mestilah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kita telah banyak sedekah. Tapi tidak berniat untuk mendapat kesembuhan dariNya.

Yakinlah bahawa Allah akan menyembuhkan penyakit yg dihadapi.

Berilah makan orang-orang fakir atau tanggunglah anak-anak yatim. Wakafkanlah hartamu atau keluarkanlah sedekah jariahmu.

Para salafus soleh juga bersedekah. Yg sepadan dengan penyakit dan musibah yg menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta yg paling mereka cintai.

“Wahai saudaraku yg sedang sakit. Janganlah anda bakhil terhadap diri anda sendiri. Sekaranglah waktunya untuk sedekah” (Shifatun ‘Ilaajiyyah Tuzilu Al-Amraadh bi Al-Kulliyyah).

Kisah Si Penebang PokokAlkisah, seorang pedagang kayu menerima lamaran seorang pekerja untuk menebang pokok di hutannya....
16/01/2022

Kisah Si Penebang Pokok

Alkisah, seorang pedagang kayu menerima lamaran seorang pekerja untuk menebang pokok di hutannya.

Kerana gaji yang dijanjikan serta kerja yang bakal diterima sangat baik. Sehingga si calon penebang pokok itu pun bertekad untuk bekerja sebaik mungkin.

Ketika mula bekerja, si majikan memberikan sebilah kapak. Dan menunjukkan kawasan kerja yang harus diselesaikan dengan tempoh waktu yang telah ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berhasil menebang 8 batang pokok. Petang hari, mendengar hasil kerja si penebang pokok.

Sang majikan terkesan dan memberikan pujian dengan tulus, “Hasil kerja kamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuanmu menebang pokok-pokok itu."

Keesokan hari si penebang bekerja lebih keras lagi, tetapi dia hanya berhasil menebang 7 batang pokok. Hari ketiga,
dia bekerja lebih keras lagi.

Tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin bertambahnya hari, semakin sedikit pokok yang berhasil ditumbangkan.

“Sepertinya aku telah kehilangan kemampuan dan kekuatanku.Bagaimana aku dapat buktikan hasil kerjaku kepada majikan?” fikir penebang pokok merasa malu dan putus asa.

Dengan kepala tertunduk dia menghadap ke sang majikan, meminta maaf. Sang majikan menyemak dan bertanya kepadanya, “bila terakhir kamu mengasah kapak?”

“Mengasah kapak? Saya tidak punya waktu untuk itu. Saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga ke petang dengan sekuat tenaga”. Kata si penebang.

“Patutlah! disinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru dan terasah, maka kamu boleh menebang pokok dengan hasil luar biasa.

_"Maka, sesibuk macam mana pun, kamu harus meluangkan waktu untuk mengasah kapakmu." Si penebang pokok lalu mula mengasah kapaknya.

Kita pun setiap pagi hingga malam seolah sibuk sehingga lupa perkara lain seperti beristirehat sejenak. Mengasah dan mengisi hal baru untuk menambah pengetahuan.

Moral of the story Setiap hari kita seharusnya menambah baik sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian kita.

Menangguh sesuatu yang baik bukanlah ajaran agama Islam. Sebaliknya, Islam mengajar Ummatnya agar Fastabiqul Khairat, Ma...
10/01/2022

Menangguh sesuatu yang baik bukanlah ajaran agama Islam.
Sebaliknya, Islam mengajar Ummatnya agar Fastabiqul Khairat,
Maksudnya, “bersegeralah melakukan kebaikan”.
Rebutlah peluang mengumpul pahala selagi hayat masih dikandung badan.

09/01/2022

Waktu,
Terasa cepat bagi yang bahagia
Terasa lambat bagi yang berduka
Terasa sesak bagi yang gulana
Terasa hampa bagi yang tidak bersedekah
"Harta tidak akan berkurang kerana sedekah, Allah pasti menambah kemuliaan seseorang yang s**a memaafkan"
(HR. Muslim)

Address

Lot 3591 Kedai Ting 1, Taman D Nik Jalan Besar Kg Gong Badang
Jerteh
22000

Telephone

+60103698485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raja Kunyit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category