Qayyum stores sdn.bhd

Qayyum stores sdn.bhd pakaian kanak2,tudung terbaru

Renungan
23/09/2022

Renungan

Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian, disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.

Maka ada seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.

"Banyak dapat sumbangan, boleh la jemput ramai sikit kenduri malam nanti...."

Waris yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat 4 orang anak yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.

Selesai urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan² yang akan dilakukan malam ini.

Di ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain p**a membantu apa yang patut di dapur.

Selepas isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan sedikit juadah rakyat marhaen.

"Ayam masak merah..." Kata tetamu apabila melihat hidangan.

Sementara di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata memikirkan sang suami di alam sana.

Sekejap p**a imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama dia teringat bahawa cuti sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.

"Manalah nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ...." Sambil matanya jauh merenung nasib diri dan anak-anak

Kisah Rakyat Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.

Sumber: Hafizul Syukri Al Fatih


Pjy05
26/05/2013

Pjy05

Pjy04
26/05/2013

Pjy04

Pjy03
26/05/2013

Pjy03

Pjy02
26/05/2013

Pjy02

Pjy01
26/05/2013

Pjy01

baju terkini
08/01/2013

baju terkini

Address

No 20 Jalan Pe 1/15 Tmn P**ai Emas
Johor Bahru
81110

Telephone

+60127420560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qayyum stores sdn.bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share