03/10/2022
Jenis-Jenis Kelapa Yang Sesuai Untuk Ditanam
Tahukah anda kelapa merupakan antara tanaman komoditi yang mendapat permintaan tinggi di pasaran untuk dijadikan produk makanan seperti santan, air kelapa muda dan dijadikan sebagai benih tanaman. Antara jenis kelapa yang pop**ar di Malaysia adalah kelapa Matag, kelapa Pandan, Kelapa SGG. kelapa Tinggi Malaya (Malaya Tall), kelapa mawa, kelapa Tacunan (baka Phillipines) dan sebagainya.
Menurut statistik pada 2019, kelapa antara 4 produk pertanian tertinggi permintaannya selain durian Musang King, Nenas MD2 dan pisang Saba. Ramai yang berminat menanam kelapa tetapi tidak pasti apa jenis atau baka yang sesuai ditanam. Saranan saya, sebelum menanam, tentukan dahulu apa tujuan anda menanam, sama ada untuk komersial atau untuk suka-suka.
Jika tanam belakang rumah, saya sarankan anda tanam kelapa pandan, pohonnya renek dan pelapah bersaiz lebih pendek. Jarak antara 15×15 kaki pun dah ok.Kelebihan kelapa ini adalah aromanya berbau wangi daun pandan. Cuma saiz buah agak kecil berbanding kelapa mataq. Jika di buat santan, tak banyak santan di perolehi dan kurang minyak.
Kelapa Mataq dan Tacunan sesuai untuk air kelapa muda dan santan kerana saiznya yang lebih besar. Santan lebih banyak. CEPAT berbuah dan RENDAH. Manakala kelapa mawa lebih sesuai ditanam sebagai pokok hiasan/landscape.