Jom Berkebun

Jom Berkebun Ruangan ini adalah untuk sama2 berkongsi mengenai aktiviti berkebun dan bercucuk tanam. Fokus tana

Proses penyediaan & rawatan jambak2 benih kucai utk dihantar kpd yg membuat tempahan bagi tujuan tanaman komersial.  Kuc...
06/01/2026

Proses penyediaan & rawatan jambak2 benih kucai utk dihantar kpd yg membuat tempahan bagi tujuan tanaman komersial. Kucai sayur pelbagai guna yg setiap rumah perlu ada. Wsp www.wasap.my/60193835152

CARA YG MURAH UTK TANAM KUCAI ATAU LAIN2 SAYUR DI RUMAH ANDA.Gunakan kotak polistrin terpakai. Free & tahan lama. Tanah ...
13/10/2025

CARA YG MURAH UTK TANAM KUCAI ATAU LAIN2 SAYUR DI RUMAH ANDA.
Gunakan kotak polistrin terpakai. Free & tahan lama. Tanah top soil yg baik pergi ambil sendiri kat hutan. Campur sikit dgn baja taik ayam kering hancur & sekam padi kompos, memang cukup subur, kucai tumbuh dgn suburnya. Nak benih kucai boleh hubungi saya www.wasap.my/60193835152

Setiap Rumah Perlu Tanam Kucai, kenapa?Kucai adalah sayur pelbagai guna ✔Boleh ambil terus bila diperlukan ✔Boleh ambil ...
03/06/2025

Setiap Rumah Perlu Tanam Kucai, kenapa?

Kucai adalah sayur pelbagai guna ✔
Boleh ambil terus bila diperlukan ✔
Boleh ambil setakat yg perlu shj ✔
Kucai cuma perlu ruang yg sgt sedikit ✔
Penjagaan yg minima ✔
Tanam sekali shj, guna berterusan ✔
Organik, tak perlu guna racun serangga✔.

Saya ada kucai utk dikongsi. Daun kucai foc, benih ubi kucai saya jual, rm5 shj. Boleh ambil di Batu Caves, boleh pos👍.
www.wasap.my/60193835152

Kucai - Tanaman Anti Serangga Semulajadi.Ada beberapa jenis sayuran yg kurang diganggu serangga. Antara tanaman jenis in...
24/05/2025

Kucai - Tanaman Anti Serangga Semulajadi.

Ada beberapa jenis sayuran yg kurang diganggu serangga. Antara tanaman jenis ini ialah kucai, bebawang, serai, pandan & ulam raja.
Ini memberi kesan baik kpd kesihatan & tidak memberi kesan negatif berbanding sayur yg menggunakan racun serangga.
Dgn menanam sendiri, kita boleh pastikan keselamatan sayuran kita & sudah tentu kita akan berpuas hati dengannya.
Saya ada menjual benih ubi kucai (rm5 shj), boleh pos kemana saja.
Sila klik link utk wasap:
www.wasap.my/60193835152

Selamat menanam & semoga menjadi tanaman kucai anda, tkasih. Diskaun istimewa utk pembelian benih kucai secara pukal beg...
16/10/2023

Selamat menanam & semoga menjadi tanaman kucai anda, tkasih.
Diskaun istimewa utk pembelian benih kucai secara pukal begini. Wsp www.wasap.my/60193835152

TANAM KUCAI DARI BENIH BIJI MEMANG SUSAH TUMBUH, PERLU TANAM KUCAI DARI BENIH UBIRamai kawan merungut tanam kucai tak tu...
30/07/2023

TANAM KUCAI DARI BENIH BIJI MEMANG SUSAH TUMBUH, PERLU TANAM KUCAI DARI BENIH UBI
Ramai kawan merungut tanam kucai tak tumbuh. Ya. Benih kucai dari biji biasanya susah untuk tumbuh atau bercambah. Kalau tumbuh pun biasanya susah & lambat memberi hasil & lambat membiak.
Anda perlu guna benih dari ubi kucai. Ini perlu bagi pertumbuhan kucai yg baik, mudah, hasil yg cepat & boleh membiak dengan lebih menggalakkan.
Saya ada jual benih ubi kucai, secara pos atau ambil sendiri (diGombak). Benih yg dibekal berupa ubi pokok kucai. Telah disiapsedia utk ditanam terus. Sejambak terdiri dari 4-5btg ubi kucai. Harga 1jambak rm5. Jika beli 5j, free 1j. Poslaju ke Semenanjung rm5, ke Sabah/Sarawak rm10.
Belian benih kucai secara pukal (utk komersial) diberi diskaun istimewa.
PERCUMA: Benih ulam raja ATAU benih bayam dengan setiap pembelian benih kucai selagi stok masih ada. Tk.
WA www.wasap.my/60193835152.

PANDUAN MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN (juga sayuran lain).Kucai boleh ditanam di dlm pasu, polybag, kotak polistri...
10/09/2022

PANDUAN MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN (juga sayuran lain).

Kucai boleh ditanam di dlm pasu, polybag, kotak polistrin dan juga atas tanah yg dibuat batas. Kali ini saya akan berkongsi cara menanam kucai dlm kotak polistrin.
Ada org bertanya, perlukah ditebuk lubang, dimana boleh dpt kotak polistrin, berapakah kosnya, malah ada yg bertanya adakah selamat kucai dlm kotak polistrin.
KELEBIHAN KOTAK POLISTRIN.
Sebenarnya menanam kucai atau sayuran dlm kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dpt percuma, tahan lama, selamat, ringan & senang diuruskan penjagaannya.
DI MANA BOLEH DAPAT?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yg menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yg masih elok & saiz yg sesuai. Kotak yg baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yg besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya s**a guna yg free, banyak dipasar borong, pilih shj mana yg mahu.
TEBUK LUBANG.
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dgn saiz sekitar 2.5cmx5cm (+-1inx2in).
MENGISI MEDIA TANAMAN.
Letakkan kotak ditempat yg sesuai yg telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yg banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti & mungkin susah utk dipindahkan.
Masukkan media tanaman yg subur dlm kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos & baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira2 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa2 sayuran.
Selamat menanam kucai, dan juga sayuran lain.
Saya ada jual benih ubi kucai.
Wasap www.wasap.my/60193835152

KEISTIMEWAAN TANAMAN KUCAIKucai adalah tanaman keperluan dapur yg unik. Ianya mudah ditanam, mudah dijaga & tahan lasak....
13/08/2022

KEISTIMEWAAN TANAMAN KUCAI
Kucai adalah tanaman keperluan dapur yg unik. Ianya mudah ditanam, mudah dijaga & tahan lasak. Jarang diserang penyakit atau serangga.
Tidak memerlukan kawasan yg luas. Boleh ditanam dlm pasu, kotak polistrin atau atas tanah. Selain dijadikan bahan sayuran berkhasiat, kucai juga penahan serangga secara semulajadi.
Saya ada bekalkan benih kucai wasap www.wasap.my/60193835152

KENAPA KUCAI KURUS & TIDAK MEMBIAK?Faktor utama biasanya media tanaman yg kurang subur. Oleh itu perlu pastikan media su...
11/07/2022

KENAPA KUCAI KURUS & TIDAK MEMBIAK?
Faktor utama biasanya media tanaman yg kurang subur. Oleh itu perlu pastikan media subur masa mula menanam, itu masa paling kritikal. Jika media tidak subur masa menanam, kucai tidak akan gemuk & tidak membiak walaupun anda membubuh baja yg banyak selepas menanam.
Media yg subur biasanya terdiri dari campuran top soil, kompos dan/atau najis haiwan kering reput & hancur. Baja seterusnya boleh diberikan 1bul atau 2bul sekali, seeloknya baja organik.

Address

Kampong Selayang

Telephone

+60193835152

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Berkebun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jom Berkebun:

Share