Abi Agro

Abi Agro Kedai Hidroponik Online menjual barangan hidroponik seperti fertigasi, akuaponik dan nutripot. Abi Agro (M) Sdn Bhd
202501052223 (1653630-D)

Abi Agro - 200703154982 (RA0010770-X)
Lorong Abi 2,
Abi Kampung Tengah,
01000 Kangar,
Perlis.

Jom tanam sekarang mana la tau boleh tuai dalam bulan Ramadhan kali ni ☺️Nak tanam apa musim ni? Semua ada → jagung 🌽, t...
06/03/2026

Jom tanam sekarang mana la tau boleh tuai dalam bulan Ramadhan kali ni ☺️

Nak tanam apa musim ni? Semua ada → jagung 🌽, tomato 🍅, tembikai 🍉, timun 🥒, terung 🍆, kailan 🥬, sawi, bayam merah & hijau 🌿, cili 🌶, salad 🥗 … lengkap untuk kebun rumah atau projek fertigasi.

✔ Benih Green World – mudah bercambah
✔ Sesuai iklim Malaysia
✔ Hasil cepat & tahan lasak

👉 Comment sayur apa yang anda paling teringin nak tanam.

📩 PM untuk order benih original dengan stok terhad!Hubungi 010-445 4000

‎Grafting tape digunakan dalam teknik cantuman pokok untuk membantu penyatuan antara batang bawah (rootstock) dan batang...
05/03/2026

‎Grafting tape digunakan dalam teknik cantuman pokok untuk membantu penyatuan antara batang bawah (rootstock) dan batang atas (scion). Fungsi utama grafting tape adalah:

1. Melindungi Cantuman – Membantu mengekalkan kelembapan dan menghalang udara serta kuman masuk ke dalam bahagian cantuman, mengurangkan risiko kegagalan.

2. Memberikan Sokongan – Memegang bahagian cantuman dengan kuat supaya tidak terpisah semasa proses penyembuhan.

3. Elastik & Biodegradable – Kebanyakan grafting tape boleh meregang dan akan terurai sendiri selepas beberapa minggu, jadi tak perlu dibuka secara manual.

4. Mengurangkan Kehilangan Air – Mengelakkan bahagian cantuman daripada kering, yang boleh menyebabkan kegagalan penyatuan.

Biasanya digunakan untuk mencantum tanaman seperti mangga, durian, cili, tomato, dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 010-445 4000

TAAVEEKUN Soil Amendment kini berwajah BARU❗❗❗APA FUNGSI SOIL AMENDMENTS NI❓🤔✅Meningkatkan Nutrien Tanah-Membantu menyim...
04/03/2026

TAAVEEKUN Soil Amendment kini berwajah BARU❗❗❗

APA FUNGSI SOIL AMENDMENTS NI❓🤔

✅Meningkatkan Nutrien Tanah

-Membantu menyimpan pelbagai nutrisi sebelum diserap.
-Kaya dengan zat makanan asas dan tambahan.
-Membantu penghasilan Co2 dan meningkatkan kadar metabolisma.
-Keupayaan akar menyerap nutrisi lebih maksimum.

✅Meningkatkan Kegiatan Mikrob

-Merangsangkan pertumbuhan dan kegiatan mikrob.
-Mengawal keseimbangan ekologi mikrob dalam tanah.
-Membantu mengurangkan perosak.
-Membantu mencegah penyakit akibat kulat.

✅Memperbaiki Ciri-ciri Tanah

-Membantu merawat dan baikpulih tanah.
-Merangsang pertumbuhan akar dan tumbesaran pokok.
-Membantu mengawal kadar PH tanah.
-Membantu menyimpan air.

✅Jimat dan Mesra Alam

-Menjimatkan kadar penggunaan baja kimia.
-Mempercepatkan masa tuaian dan meningkatkan hasil.
-Bebas dari bahan toksid.
-Mesra alam dan selamat kepada manusia.

☎️📱Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami Abi Agro agen SAH TAAVEEKUN Perlis di talian
010-445 4000

📌Lokasi kedai kami
https://g.co/kgs/7MhJPux

🌟 Kelebihan Perangkap Serangga Kuning (Sticky Trap):1. Menarik dan Memerangkap Serangga Perosak • Warna kuning terang sa...
02/03/2026

🌟 Kelebihan Perangkap Serangga Kuning (Sticky Trap):

1. Menarik dan Memerangkap Serangga Perosak
• Warna kuning terang sangat menarik kepada serangga seperti:
• Lalat putih
• Afid
• Thrips
• Pengorek daun (leaf miner)
• Kutu fungus (fungus gnat)
• Bila serangga hinggap, ia akan melekat pada permukaan perangkap yang melekit dan tak dapat lari.

2. Mengurangkan Populasi Serangga Perosak
• Secara langsung membantu mengurangkan jumlah serangga perosak yang boleh merosakkan tanaman dan menyebarkan penyakit.

3. Alat Pemantauan Kawalan Perosak
• Boleh digunakan untuk pantau kehadiran serangga secara awal dan lihat trend populasi.
• Membantu anda buat keputusan sama ada perlu sembur racun atau tidak, jadi racun tidak digunakan sewenang-wenangnya.

4. Kawalan Serangga Tanpa Bahan Kimia
• Kaedah ini mesra alam dan sesuai untuk pertanian organik, tidak membunuh serangga baik seperti lebah dan tidak mencemarkan persekitaran.

5. Murah dan Berkesan
• Kaedah ini kos rendah tetapi berkesan untuk kebun kecil, sistem fertigasi, atau dalam rumah lindungan hujan.

🌿 Tips Penggunaan:
• Gantung atas sedikit dari paras daun
• Tukar perangkap bila dah penuh atau kotor.
• Letak perangkap setiap 3 hingga 5 meter untuk kawasan yang luas.

Dulu saya tanam sayoq depan rumah, pokok naik segan-segan ja 😩Sekali try Baja XY, elok ja naik dan daun hijau segar, bua...
25/02/2026

Dulu saya tanam sayoq depan rumah, pokok naik segan-segan ja 😩

Sekali try Baja XY, elok ja naik dan daun hijau segar, buah pun mula lebat.🥰

La ni dok guna untuk sawi, cili, tomato, siap pokok strawberi pun jadi.

Tak bubuh banyak pun dah nampak hasil.Dah jimat dah kat situ..

Kalau hangpa s**a berkebun, baja ni memang berbaloi nak try..😉

Call/whatsapp 010-445 4000

PENGGALAK AKAR ROOTING KINGFungsi Rooting King:- Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.- Merangsang tunas...
24/02/2026

PENGGALAK AKAR ROOTING KING

Fungsi Rooting King:
- Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.
- Merangsang tunas, membajak, berbunga dan berbuah.
- Mengurangkan masalah kejatuhan buah muda, buah yang besar dan cantik, kualiti yang lazat dan meningkatkan daya tahan terhadap perosak dan penyakit.
- Meningkatkan hasil tanaman untuk membantu buah-buahan hijau yang baik menghasilkan daun yang besar, menambah kekurangan mikronutrien dalam tanah...
- Selamat untuk alam sekitar, tidak mengubah ekosistem tanah, memperbaiki kekurangan nutrien tanah..

Boleh hubungi kami di talian 010-445 4000

Nak benih cepat naik, tanah pun kena betoi!Hangpa dok semai biji benih ka? Cuba guna tanah semai peatmoss ni. Tanah ni k...
23/02/2026

Nak benih cepat naik, tanah pun kena betoi!

Hangpa dok semai biji benih ka? Cuba guna tanah semai peatmoss ni. Tanah ni khas buat kerja semai saja - lembut, haluih, dan pegang air elok-elok, jadi benih senang nak bercambah.

Tak payah dok risau akar muda tu rosak ka, sebab tanah ni ringan ja, elok sangat untuk peringkat awal pokok nak hidup.

Nak semai sayoq, bunga, atau pokok hiasan pun boleh. Benih cepat naik, anak pokok pun nampak sihat segar ja

Kalau hangpa baru nak mula semai, peatmoss ni memang pilihan cun!

Nak info lebih lagi contact kami di talian 010-445 4000







Produk baru dari Taaveekun dah mendarat di Abi Agro.Cuka kayu - racun organik yang membantu menghalau serangga perosak y...
21/02/2026

Produk baru dari Taaveekun dah mendarat di Abi Agro.

Cuka kayu - racun organik yang membantu menghalau serangga perosak yang menyerang tanaman.

Smart Silica - dapat membantu tanaman menjadi lebih kukuh dan kuat,lebih tahan penyakit dan dapat meningkatkan hasil tanaman.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 010-445 4000

Restock baru‼️😍‼️😍Musim membalut harumanis telah tiba. Mari dapatkan pembalut harumanis di kedai kami sementara stok mas...
20/02/2026

Restock baru‼️😍‼️😍

Musim membalut harumanis telah tiba. Mari dapatkan pembalut harumanis di kedai kami sementara stok masih ada.

Plastik Pembalut Buah Putih:
- Ada jalur wayar bagi memudahkan pembungkusan buah.
- Selamat dari serangan lalat buah.
- Terlindung dari kesan racun di ladang.
- Kalis air tahan lama.

Sesuai untuk saiz buah-buahan seperti mangga, jambu batu dan belimbing.

Harga 100pcs / rm16 (warna putih)

Postage + rm10 saja. Whatsapp saya 010-445 4000 . Lekas dapatkan 😘.

Ramadan Mubarak 🌙Menyemai kebaikan, menuai keberkatan.Selamat menyambut Ramadan daripada kami di Abi Agro.Terima kasih a...
18/02/2026

Ramadan Mubarak 🌙

Menyemai kebaikan, menuai keberkatan.
Selamat menyambut Ramadan daripada kami di Abi Agro.

Terima kasih atas sokongan anda dalam perjalanan kami membangunkan pertanian moden sejak 2007.

🌱 Kebun Hidroponik Abi Agro
📍 Kangar, Perlis

🍊 Selamat Tahun Baru Cina 2026 🧧Abi Agro mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan, rakan niaga dan sah...
17/02/2026

🍊 Selamat Tahun Baru Cina 2026 🧧

Abi Agro mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan, rakan niaga dan sahabat yang meraikan.

Semoga tahun baru ini membawa:
✨ Kesihatan yang baik
✨ Rezeki yang berkat
✨ Kebahagiaan bersama keluarga

📌 Untuk makluman, Abi Agro beroperasi seperti biasa sepanjang Tahun Baru Cina.
Kedai dan kebun dibuka seperti biasa untuk anda.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Gong Xi Fa Cai!

BUKU PANDUAN PENANAMAN FERTIGASI ROCK MELON🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱Buku yang sesuai bagi mereka yang ingin belajar teknik tanaman rock ...
14/02/2026

BUKU PANDUAN PENANAMAN FERTIGASI ROCK MELON🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Buku yang sesuai bagi mereka yang ingin belajar teknik tanaman rock melon secara fertigasi.

Kandungan buku ini mengupas tentang bahagian pokok rock melon (morfologi tanaman),pengenalan ferigasi,medium tanaman,baja fertigasi rock melon,pengurusan tanaman,rumah pelindung hujan,jualan hasil dan manual kerja tanaman rock melon.

Formulasi baja rock melon juga ditulis di dalam buku ini.Harga Rm 39.90 tidak termasuk kos postage.Untuk pelanggan yang walk-in diskaun istimewa 10%.🥰

Nak beli kat Shopee kami pun boleh, telan ja link dibawah 👇👇👇
https://my.shp.ee/YzZLVNF

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 010-445 4000

Address

Lorong Abi 2, Abi Kampung Tengah
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:30
14:45 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60104454000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abi Agro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abi Agro:

Share

Kedai Hidroponik Online

www.abiagro.com.my adalah sebuah Kedai Hidroponik Online yang menjual barangan hidroponik seperti takung hidroponik, nutripot, fertigasi, akuaponik dan baja organik sesuai untuk home gardening.