06/08/2021
Polyscias adalah genus tumbuhan dalam keluarga Araliaceae. Ia tidak mempunyai bunga, hanya dedaunan yang merimbun indah.
Ia boleh menjadi pokok hiasan di dalam rumah justeru mampu mentransformasi suasana ruang menjadi luar biasa. Kerana Polyscias tumbuh lurus ke atas, dan dedaunannya merimbun, jadi pokok dalaman ini juga sesuai untuk ruang yang lebih kecil. Oleh kerana batangnya tersembunyi di sebalik daun, ia memberi lebih banyak nuansa hutan di rumah anda.
Polyscias boleh mencapai ketinggian hingga satu setengah meter jika diletakkan di dalam rumah.
Bergantung pada komposisi tanah, persekitaran dan kesuburannya, kebiasaanya daun pokok jenis polyscias ini ditemukan berwarna hijau, kuning atau hijau putih (variegated), dan berbentuk bulat , berbentuk hati atau seakan-akan daun Clover bergerigi.
Di AR Nursery kami memiliki 2 daripada spesis ini iaitu Polyscias fruticosa atau lebih dikenali sebagai Ming Aralia dan Polyscias Roble atau Aralia Roble. Berminat? Whatsapp sekarang untuk tempahan.
www.wasap.my/601126267072