D Zara's Garden

D Zara's Garden Kami menjual berbagai jenis bunga termasuk bibit dan biji benih

Menjual sayur-sayur organik (terhad

11/11/2022

Salam Jumaat semua

02/11/2022
30/10/2022

Boleh call kami kalau mau cari bunga-bunga ya... kami masih simpan bibit-bibit murah untuk siapa yang berminat

Salam Nuzul Al Quran 2022 (1443H)Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qurโ€™an yang pertama kepada baginda ...
19/04/2022

Salam Nuzul Al Quran 2022 (1443H)

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qurโ€™an yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Seterusnya al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam selama 23 tahun, iaitu 13 tahun diturunkan di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Ayat yang mula-mula sekali diturunkan adalah lima ayat daripada Surah Al-Alaq.

Perkataan โ€œNuzulโ€ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah s.a.w.

Memperingati peristiwa Nuzul al-Quran bukanlah sekadar mengetahui sejarah dan tarikh penurunannya. Bahkan, apa yang lebih penting adalah menginsafi matlamat ia diturunkan dan melaksanakannya.

Al-Quran merupakan satu-satunya kita yang kekal terpelihara sehingga kini. Allah tidak menjadikan sebarang jaminan kepada kitab Taurat dan Injil, lalu ia diubahsuai oleh manusia. Tetapi Allah telah menjamin al-Quran ini terpelihara hingga hari kiamat.

Pun begitu, al-Quran bukan hanya untuk disimpan sebagai perhiasan dinding atau dalam almari serta bukan juga sebagai selingan ketika sunyi atau menghadapi gangguan makhluk halus.

Sebaliknya, al-Quran adalah panduan harian kita, yang membimbing kita dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara. Barulah kita benar-benar menghargai al-Quran dan memahami tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT.

Semoga pada tahun ini kita terus menghayati peristiwa yang bersejarah ini.

Salam Nuzul al-Quran.

Credit to theinspirasi

Address

Kampung Skim Pamalan (Tetiku), Jalan Keningau Communication 3
Keningau
89008

Telephone

+60146859447

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D Zara's Garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share