19/08/2026
Torque Winch adalah winch yang sangat berkuasa untuk tugasan berat dan perlumbaan dalam dunia offroad.
Untuk memastikan pelaburan winch anda berbaloi dan beroperasi dengan selamat, berikut adalah pengetahuan asas yang wajib anda fahami mengenai sistem pendawaian kabel untuk Torque Winch (dengan syarat bateri anda dalam keadaan cemerlang)
1.Torque Winch memerlukan tenaga yang sangat besar apabila menarik beban. Oleh itu, kapasiti kabel bateri ke winch mestilah cukup tebal untuk mengalirkan arus yang ekstrem dari bateri terus ke motor winch
2.Isu Kehilangan Kuasa (Voltage Drop)
Jika kabel yang digunakan terlalu kecil, ia akan berlaku rintangan elektrik yang tinggi. Rintangan ini menyebabkan berlakunya voltage drop (kejatuhan voltan). Akibatnya, winch tidak mendapat kuasa penuh dan akan beroperasi dengan sangat perlahan serta kehilangan daya tarikan sebenar, walaupun bateri kenderaan anda dalam keadaan penuh.
3.Faktor Keselamatan
Apabila arus elektrik yang tinggi dipaksa melalui kabel yang nipis atau berkualiti rendah, kabel tersebut akan menjadi terlalu panas (overheating). Penebat plastik boleh mencair, mencetuskan litar pintas, dan berisiko tinggi menyebabkan kebakaran pada kenderaan anda. Kabel gred premium direka khas dengan penebat tebal yang tahan haba tinggi
4.Melindungi Jangka Hayat Motor Winch
Menggunakan kabel yang salah bukan sahaja membahayakan kenderaan, malah merosakkan winch itu sendiri. Apabila kekurangan bekalan voltan yang stabil, motor winch terpaksa bekerja di luar kemampuan normal, menyebabkan komponen dalamannya cepat terbakar (burnout). Pendawaian yang betul memastikan winch anda tahan untuk jangka masa panjang.
5.Risiko Kerosakan Besar pada Solenoid (Solenoid Damage)
Solenoid berfungsi sebagai "suis elektronik" automatik yang menyalurkan kuasa ke motor winch. Apabila anda menggunakan kabel bateri yang terlalu nipis, voltan akan jatuh mendadak. Kekurangan voltan ini mendatangkan risiko besar kepada solenoid. Antaranya;
Solenoid Melekat (Welding/Sticking): Arus elektrik yang tidak stabil menyebabkan percikan api (arcing) di dalam solenoid, membuatkan “contactor” cair dan terlekat. Akibatnya, winch mungkin tidak boleh berhenti berpusing walaupun anda sudah melepaskan sebarang suis kawalan.
Solenoid Terbakar: Voltan rendah memaksa solenoid bekerja lebih keras dan menghasilkan haba melampau, menyebabkan ia terbakar terus dan gagal berfungsi.
Adalah disarankan untuk memasang kill switch yang berkualiti untuk mematikan arus elektrik ke winch sekira berlakunya “self winching”
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kami untuk pemasangan winch anda!