02/01/2022
DAPAT APA BERKEBUN NI?
Hobi berkebun ini boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.
Nik Intan Suhana Nik Mahlin, antara yang menjadikan hobi berkebun sebagai satu cara untuk dirinya bereksperimen dengan tanaman yang dianggap tidak sesuai ditanam di negara ini.
Menariknya, semua tanaman itu hidup subur, malah membuahkan hasil untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat.
βSelain untuk mengisi masa lapang, kita dapat makan sayuran organik. Selain itu, dengan berkebun setiap hari dapat menjadi satu senaman kerana kita akan berpeluh seperti berjoging. Malah, setiap kali tanam pokok, saya merasakan seolah-olah saya βtanamβ sekali semua masalah,β katanya.
Menurutnya, hobi ini banyak mengajar erti kesabaran kerana daripada percubaan pertama gagal, kita akan terus mencuba hingga berjaya, malah dapat makan hasil tanaman sendiri memang satu kepuasan tidak terhingga.
Hobi itu juga katanya sebagai anti tekanan yang baik, memberi ketenangan selepas melihat kehijauan setiap hari.
Like & share page Organic Soil untuk dapatkan infi yang lebih menarik.