Termizi Madley Engineering

Termizi Madley Engineering Membuat barangan besi

26/02/2022
12/02/2022

Tahi kuda kering sangat sesuai digunakan sebagai baja organik untuk tanaman - Buy Baja Subur Tahi Kuda Asli

11/02/2022
*Jujurlah, kita semua banyak buat dosa*Kadang menipu, kadang berbohong.Setiap dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan...
25/08/2021

*Jujurlah, kita semua banyak buat dosa*
Kadang menipu, kadang berbohong.
Setiap dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan, mintalah keampunan dari Allah, Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Moga Allah perkenankan.
https://www.facebook.com/UmmahMediaNetwork/posts/4289007447856423

BERDOA MOGA DIAMPUNKAN DOSA

Dalam keadaan kehidupan diakhir zaman ini. Kita tak dapat lagi dari melakukan dosa dan kesalahan. Setiap dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan, mintalah keampunan dari Allah, Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Moga Allah perkenankan.
Itulah kuasa doa.

*BERDOALAH, SENTIASALAH MOHON KEAMPUNAN*

"Doa merupakan ubat yang paling bermanfaat dan ia merupakan musuh musibah"
- Ibn Qayyim -

*Rasulullah pernah bersabda:*

*اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيْرًا, وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ, فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ, وَارْحَمنِي, إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَحِيْمُ*

Maksudnya:
“ Ya Allah, Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Riwayat Al Bukhari dan Muslim

Allah SWT bukan sahaja menyuruh kepada para hambaNya untuk menjauhi dosa semata-mata, bahkan hambaNya perlu memohon keampunan dari dosa dan kesalahannya.

Ringankanlah tangan kita untuk berdoa dan memohon agar Allah beri panduan dan laluan yang benar dalam menjalani kehidupan di dunia ini.. Amin!!!

01/07/2021

Minda YB Dr. Aliakbar

NILAI KETUHANAN: MENDIDIK MANUSIA TERBAIK

PAS telah membawa arus pendidikan berasaskan cinta, sayang dan beramal dengan perintah Tuhan.

Semua pusat pendidikan yang diwujudkan seawal pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan didedahkan dengan nilai ketuhanan. Sasaran paling tinggi pastilah melahirkan generasi bertakwa yang melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan semua yang dilarang.

Kenapa nilai ketuhanan ditekankan? Jawapannya mudah. Apabila manusia takut Allah; mulut, kaki, tangan dan seluruh anggota akan tunduk kepada Allah. Mereka tidak akan melakukan perkara dosa dan maksiat.

Tiada salah guna kuasa, tiada rasuah. Tiada khianat dan adu domba. Tiada segalanya yang bertentangan dengan perintah Allah. Mereka sedar dan yakin akan adanya dosa dan pahala.

Sebab itu penddikan yang dibawa oleh semua institusi di bawah PAS bukan hanya melahirkan pelajar yang cerdik dan berilmu tetapi juga beramal dengan ilmu.

Sebagai contoh, ramai orang yang boleh menghafal rukun iman tetapi berapa ramai yang boleh mengeluarkan nas dan dalil berkaitan rukun iman. Di sekolah-sekolah di bawah naungan PAS perkara seumpama ini sangat ditekankan.

Walaupun secara fizikal, bangunan dan prasarana institusi yang dibangunkan tidaklah terlalu lengkap dan jauh dari kemewahan, tetapi kurikulum yang dibangunkan cukup sempurna bagi pembangunan sahsiah dan akhlak manusia.

PASTI, SRITI, SMITI dan semua institusi pendidikan ini cuba melahirkan golongan agamawan, profesional dan teknokrat yang berjiwa takwa. Mereka boleh bekerja, berusaha, membangun dunia dengan agama.

Pendidikan ini milik semua. Pendidikan mesti mempunyai visi dan misi yang suci. PAS Sabah belum meletakkan titik noktah. Membangun manusia dengan nilai ketuhanan menjadi sasaran utama.

YB DR. ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Sabah
1 Julai 2021

30/06/2021

Address

Kg Taun Gusi
Kota Belud

Telephone

0138866897

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Termizi Madley Engineering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Termizi Madley Engineering:

Share