01/03/2021
Upah tukang buat rumah yang ada masalah unsur gharar.
Ada 3 cara untuk upah tukang rumah.
Tapi ada yang gharar dan haram tanpa sedar.
1.Gaji hari
------------
Apa yang aku nampak selepas tanya sendiri tukang rumah ni, mengenakan gaji hari sekarang standard RM70 sehari. Ok lets say buat bahagian pagar batu. Dia ambil upah sehari RM70.
Aku pernah tanya berapa lama boleh siap. Dia kata tak pasti secara tepat walaupun dah tengok sendiri tempat dan ukur luas secara realiti.
Ok sekiranya tak pasti, macam mana nak tetapkan harga secara keseluruhan. Mesti kena tahu dulu harga secara keseluruhan.
Kalau just tahu RM70 sehari tu, setakat mana boleh siap ? Apa yang dibuat dari awal sampai habis ? Setiap jam kerja apa yang boleh siap 1 hari tu ?
Sekiranya dia kata 30 hari siap dah bayar RM2100. Kalau 2 orang pekerja dah RM4200. Ini kalau betul 30 hari siap dah boleh tetapkan harga RM4200.
Kalau lebih sampai 40 hari ? Tak ke naya tuan rumah kena topup lagi sampailah siap. Tak tahu bila siap. Ini akan membebankan pihak pembayar khidmat iaitu tuan rumah.
Sebab apa ? Sebab makin lambat kerja siap, makin banyak kena topup duit sebab gaji kira by hari.
Ada member kontraktor bagitau kalau bagi gaji hari ni banyak masalah. Biasanya mereka sengaja melambatkan kerja.
Supaya lambat siap, banyak lah lagi gaji hari dia dapat.
Kalau nak buat cara ni kena tahu spesifik tempoh siap.
Sekiranya lebih lama dari tempoh siap, tuan rumah tak perlu bayar tempoh lambat siap tu.
Contoh gaji RM70 sehari
Tempoh siap selama 30 hari = RM2100
Bila realiti tengok2 35 hari baru siap. Selama 5 hari tu pekerja yang tanggung.
Tapi pada aku cara ni tetap bermasalah kepada dua dua pihak untuk bermuamalat.
Sebab masih lagi tak dapat lari dari hukum gharar, ketidak jelasan dalam bermuamalat.
Tukang rumah selalu akan sebut GAJI HARI.
Hari tu kira macam mana ? Ok lets say dia maksudkan hari tu bermula pukul 8 pagi masuk sehinggalah habis 5 petang.
Rehat pukul 1 sampai pukul 2.
Sebenarnya bila dia kata macam ni so setiap hari inilah masanya kerja, sekiranya dia datang 8.10 pagi, rehat pukul 1 petang masuk pukul 2.30 petang balik pulak pukul 4.30 petang.
So tahukah ni semua kerja haram ?
Sepatutnya tuan rumah boleh potong gaji ni kalau buat sistem punch card.
Kalau tukang rumah terima jugak gaji penuh maksudnya dia telah memakan rezeki haram.
2.Ikut keluasan kaki
-------------------------
Ok cara seterusnya kiraan kaki.
Contoh buat pagar batu. Sekaki tukang ambil RM30.
100 kaki = RM3000 siap semua sekali complete.
Dari awal deal harga RM3000 sampailah siap.
Cara bayaran tu boleh deal sama ada bayar minggu, ataupun bayar permulaan deposit dan dah habis siap semua baru bayar ini terpulang asalkan dari awal sampai habis bayar RM3000 jumlahnya jangan lebih.
Ini upah saja belum termasuk barang. Barang tuan rumah beli sendiri. So ini dah jelas awal2. Tiada unsur gharar.
Time ni tukang rumah tak boleh nak up kan harga sesuka hati lagi. Bila dah deal RM3000 untuk 100 kaki maka dia kena deal dengan harga ni.
Sekiranya berlaku apa2 risiko yang memerlukan dia naikkan harga selepas aqad RM3000, maka ini jelas haram. Sebab persetujuan mengikut harga aqad pada permulaan. Tak boleh ada 2 harga.
Sebab itulah untung rugi ni tak boleh lari dalam bisnes sama ada jual barang atau jual perkhidmatan.
Takut nak tanggung kerugian, lebih baik kerja jadi kuli itupun ada juga rugi bila bos tak bayar gaji.
3.Terus nilaikan harga
------------------------------
Ok cara seterusnya tukang rumah nilai terus harga.
Tuan rumah cakap dari A sampai Z dia nak buat apa.
Contoh dia nak buat pagar batu. Tukang nilaikan melalui harga borong terus.
Katalah dia ambil harga RM3200. Tuan rumah pun setuju so deal harga RM3200 untuk siapkan semua sekali.
Tuan rumah tunggu terima siap je. Cuma kena beli barang sendiri, upah je tukang rumah tu tadi.
Pada aku cara 2 dan 3 tidak terdedah kepada gharar.
Cara 1 tu jelas gharar, yang tertindas nanti adalah pemilik rumah bila tempoh siap tu tak pasti bila. Duit kena bayar.
Boleh jadi juga tukang rumah juga yang akan hadapi masalah, bila janji siap 30 hari tetiba tak siap dalam masa tu dan kena tangguh lagi 10 hari untuk siap.
Banyak kes berlaku end up dengan pergaduhan, masam muka.
Sebab tu dari awal tu penting buat aqad, harga mesti ditentukan dari awal sampai siap kerja harga kena sama seperti awal deal.