13/12/2023
Selamat Datang Ke Halaman Kami, Kontraktor Jabatan Air (Helmi Enterprise), Syarikat Yang Berdaftar Dibawah Plumber Jabatan Air Negeri Sabah.
Kami Menyediakan Perkhidmatan Permohonan & Pemasangan Paip & Meter Air.
Biasanya Kami Akan Melawat Tapak & Membuat Kira² Kerja Serta Kos Bajet Yang Diperlukan.
Kami Sangat Mengesorkan Kepada Bakal Pengguna Untuk Menyediakan Dokumen² Penting Untuk Memudahkan Permohonan Meter Air Di Jabatan Berkenaan. Dokumen² Ini adalah Seperti Salinan Kad Pengenalan & Salinan Geran Tanah atau Apa² Bukti Kependudukan.
Sejak Kebelakangan Ini, Banyak Isu Yang Timbul Sehinggakan Ramai Pengguna Terkesan & Hilang Kepercayaan.
Kami Sentiasa Memahami Keperluan Bakal Pengguna & Sentiasa Mencari Inisiatif Kearah Penyelesaian Yang Menang-Menang.
Dalam Misi Menjadi Sebuah Penyedia Perkhidmatan Yang Terbaik, Kami Juga Sentiasa Menambahbaik Mutu Perkhidmatan Dari Masa Ke Semasa & Menyediakan Laluan Komunikasi Yang Tepat Serta Gerak Kerja Yang Betul Bagi Meningkatkan Lagi Kepercayaan Bakal² Pengguna Kami.
Dengan Ini, Kami Telah Melantik Syarikat Utama Infrastructure Sdn Bhd Bagi Mengambilalih Pengurusan Komunikasi Serta Menangani Isu Berbangkit. Syarikat Ini Juga Berdaftar Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) & Mempunyai Kewangan Yang Kukuh.
Semoga Dengan Kerjasama, Komunikasi dan Gerak Kerja Yang Baik Dapat Memenuhi Keperluan Bakal Pengguna Kami.
Kami Sentiasa Mengutamakan Keperluan Pelanggan Kami.
Sekian,
Norhayati Rashid,
Pengarah Urusan,
Utama Infrastructure Sdn Bhd.