Mama's Garden

Mama's Garden Baja Foliar (pati cecair) khusus untuk tumbesaran pokok dan meransang bunga diimport khas dari Austr

23/02/2024

Manfaat pokok di sekeliling rumah






Happy new year 2024
01/01/2024

Happy new year 2024

Ya Allah..., pada hari Khamis 10 Zulhijjah .. kami memohon untuk setiap amalan dan pekerjaan yg kami lakukan   dipermuda...
29/06/2023

Ya Allah..., pada hari Khamis 10 Zulhijjah .. kami memohon untuk setiap amalan dan pekerjaan yg kami lakukan dipermudahkan.
jua kami pohonkan perlindungan dari segala musibah, ancaman penyakit, kesulitannya yg nyata dan tersembunyi, khususnya bagi diri kami, keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.

Dipohon jua kami semua hidayah, rahmat, keamanan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan keredhaan-Mu jua.

Ampuni dosa kami, ibu-bapa kami, saudara kami, sahabat kami, muslimin dan muslimat yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia

آمِيّنْ آمِين.. يَارَبَّ العَـــالَمِيْن

DAUN POKOK KESAYANGAN MENJADI KUNING?Daun adalah organ penting tumbuhan yang berfungsi untuk membekalkan tenaga dan gula...
08/05/2023

DAUN POKOK KESAYANGAN MENJADI KUNING?

Daun adalah organ penting tumbuhan yang berfungsi untuk membekalkan tenaga dan gula ringkas kepada tumbuhan melalui proses fotosisntesis. Melalui fotosintesis, karbon dioksida, air dan cahaya matahari ditukarkan kepada gula ringkas dan tenaga serta oksigen sebagai hasil sampingan. Melalui fotosintesis, karbon dioksida akan meresap ke dalam sel daun melalui liang stoma yang terletak pada lapisan luar daun.

Masalah ini dikenali sebagai "Chlorosis" dimana daun berubah menjadi kekuningan oleh kerana kurangan "clorophyll".
Penyebab kekurangan "clorophyll" ini boleh disebabkan oleh masalah pengaliran air, akar yang rosak, alkali tinggi, dan masalah nutrien pokok anda (dimana kurangnya nutrien pada tanah atau sifat alkali pada tanah terlalu tinggi).

Kekurangan zat besi adalah salah satu sebab biasa terjadi pada masalah chlorosis ini. Manakala kekurangan "manganese" atau "zinc" juga boleh menjadi punca kepada chlorosis.

MACAM MANA NAK TAHU POKOK SAYA KURANG ZAT BESI ATAU MANGANESE DAN ZINC?

Ianya boleh dikenalpasti dengan perubahan warna kuning pada daun tersebut.
* Chlorosis zat besi- kekuningan choloris itu akan bermula dari bahagian daun yang muda dan akan merebak ke bahagian daun yang lebih tua.
* Cholorosis manganese dan zinc- sebaliknya chlorosis itu akan bermula dari bahagian yang lebih tua dan akan merebak keluar.
Oleh yang demikian, tumbuhan memerlukan zazt besi untuk pembentukan Chlorophyll dimana ianya memberikan warna hijau untuk daun dan untuk menghasilkan makanan bagi tumbesarannya.

SIMTOM

Simtom boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor.
Semakin tinggi nilai pH pada tanah, semakin terdedah tumbuhan dengan chlorosis. Juga secara umumnya chlorosis yang lemah bermula dengan pertukaran warna daun yang pucat dimana apabila daun bertukar menjadi kuning ia adalah indikator bahaya. Kawasan yang berjangkit boleh menyebabkan pokok anda gagal untuk berbunga dan berbuah. Jika chlorosis berpanjangan pada pokok anda, daun boleh berubah menjadi kuning dan merebak kepada ranting yang akan mati lantas keseluruhan pokok akan gagal dalam kelansungan hidupnya.

CARA MERAWAT

Cara untuk merawat masalah chlorosis ini berbeza dengan penyebabnya. Jika chlorosis itu berpunca dari masalah pengairan, masalah tumbesaran akar, oleh itu sistem pengudaraan, penggemburan tanah, ataupun cara berkesan lain yang diperlukan.
Rawatan Tanah- Pemeriksaan tahap pH tanah boleh dilakukan terlebih atau tidak, dimana jika ianya terlalu tinggi, ia terdedah dengan risiko chlorisis. Pastikan ianya tanah digembur terlebih dahulu dan letakkan baja yang mencukupi untuk memberikan nutrien kepada tanah dan secara langsung akan merendahankan nilai pH pada tanah.

Sistem pengairan- Ianya diaplikasikan pada tahap kepadatan tanah dan lubang pada pasu untuk air sentiasa mengalir. Tanah hendaklah digembur jika ianya telah mengeras dan padat supaya air boleh mengalir dan tanah dapat dikekalkan hanya dalam keadaan lembab.

Semoga posting ini dapat membantu masyarakat cintakan pokok diluar sana dapat memahami isi hati pokok-pokok anda

Panduan untuk semua yang nak belajar tanam sayur.Tanamlah walau sepokok duaInilah masanya kita tanam sendiri..
01/02/2023

Panduan untuk semua yang nak belajar tanam sayur.
Tanamlah walau sepokok dua
Inilah masanya kita tanam sendiri..

Cara betul tanam serai...Oooo...baru tauuu..Dulu kalau nk tanam serai...saya kdg2 ambik 2 @ 3 batang dan kadang2 satu ru...
31/01/2023

Cara betul tanam serai...
Oooo...baru tauuu..

Dulu kalau nk tanam serai...saya kdg2 ambik 2 @ 3 batang dan kadang2 satu rumpun dibagi 3 @ 4 bahagian kemudian tanam...mak mertua saya ckp..rugi kalau mcm tu..sayang serai tu kita boleh pakai utk msk..dia ajar saya potong bhgian bwh(dlm gambar)..kemudian rendam dlm sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuh akar tu..sehari dua..pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam..atau boleh ja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu....saya lebih s**a tunggu sampai tumbuh akar br ditanam..mudah kan..sokey la klau kwn2 dah tauu..saya br tauu..agak ketinggalan..hehe.. 😅

Hasil usaha Puan Lisa Yusuff yang membina kebun sayur sayuran di kediamannya di Taman Mutiara Height, Sg Karang Darat, K...
21/01/2023

Hasil usaha Puan Lisa Yusuff yang membina kebun sayur sayuran di kediamannya di Taman Mutiara Height, Sg Karang Darat, Kuantan, Pahang.
Tengok lah sayur2 tu fresh! Tanam sendri je. Ada sawi, kubis, lada, bendi dan banyak lagi.

Tips memilih bendi
20/01/2023

Tips memilih bendi

Menjadi satu ketakutan serta kekalutan bila jumpa Ulat kekek dlm medium tanah.Kenapa?Sebab ulat ini s**a makan akar poko...
19/01/2023

Menjadi satu ketakutan serta kekalutan bila jumpa Ulat kekek dlm medium tanah.
Kenapa?
Sebab ulat ini s**a makan akar pokok. Boleh menyebabkan pokok mati juga.
Bagaimana nak tahu Jika ada ulat kekek dlm tanah?
Tak perlu utk dibungkah seperti dlm gambar ini!
Tindakkan yg perlu diambil.
1. Cara utk periksa:
Gunakan
Option 1.
Bahannya
air 1 liter yg campur dgn
sabun cuci pinggan 2 sudu makan.
Ratakan bancuhan.
Siram pd tanah.
Jika ada ulat kekek, ia akan naik ke permukaan atas tanah. Ambil dan buangkan.
Option ke 2.
Gunakan air cucian baju bilasan ke 2 utk siram ke tanah.
Jika ada ulat kekek, ia akan naik ke permukaan atas tanah. Ambil dan buangkan.
2. Cara utk rawat boleh taburkan neam powder dan sembur pest & fungus control pd permukaan tanah.

19/01/2023

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Kalau ada bekas tong ikan polisterin lama-lama jangan dibuang boleh buat bekas tanaman self watering macam video di bawah semoga bermanfaat. 😊

Selamat pagi semua. Alhamdulillah..limau sunkist berbunga selepas penjagaan rapi..selama ni terabai. 😌
17/01/2023

Selamat pagi semua. Alhamdulillah..limau sunkist berbunga selepas penjagaan rapi..selama ni terabai. 😌

Tenangnya hidup di kampung takde hutang, cukup makan dengan hasil cucuk tanam. Tenang sgt siapa yang s**a suasana macam ...
16/01/2023

Tenangnya hidup di kampung takde hutang, cukup makan dengan hasil cucuk tanam. Tenang sgt siapa yang s**a suasana macam ni? 🙋‍♀️🙋‍♂️

Address

Kota Tinggi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mama's Garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mama's Garden:

Share