Melur Kota Tinggi

Melur Kota Tinggi Wholesale and retail plant nursery. We have various herbs and ornamental plant at a very reasonable price. Do drop by
(1)

25/04/2025

Mohon maaf kami terpaksa tutup kerana ada urusan hari ini. kepada yang nak drop parcel boleh ke BEST express , sebelah maklam seafood( block yang ada ofis GLOMAC) . kepada yang nak collect parcel, hari ahad kami akan buka. Apa-apa urgent call 01163531005. Salam jumaat

Pokok Napir/Nape/terapai/napih/kenapih/terapih/gin berry Nama botani: Glycosmis pentaphyllaAntara kegunaan :akar dan bat...
29/10/2024

Pokok Napir/Nape/terapai/napih/kenapih/terapih/gin berry
Nama botani: Glycosmis pentaphylla

Antara kegunaan :
akar dan batang direbus minum masa patang untuk jarakkan anak
Daun untuk mandian selepas bersalin
akar direbus untuk ubat medu ( pedih ulu hati)
Daun guna untuk peram pisang / nangka dll
daunnya diramas dalam air untuk jelom kepala demam
air rebusan akat untuk ubat cacing
pucuk boleh buat ulam
Buah boleh menyebabkan keracunan ( pening atau mabuk istilah ore kelate) jika dimakan banyak. Elakkan kanak-kanak dari makan buah ini.
buah manis , tapi bijinya sangat pahit kalau tergigit.
Daun boleh celur buat ulam

Pokok ni mengingatkan saya kembali pada tahun 2016-2018. 2 tahun kami di PCB ( pantai cahaya bulan ) kelantan. Balik dari ambik anak di tadika Che Deris setiap saya akan guna jalan kecil tak berturap . tanah berpasir (dekat pantai kan) dikelilingnya banyak sangat pokok ni. Saya tak kenal pun pokok ni masa tu, tapi seseorang pernah berkata ( lupa siapa) pokok herba ini Allah jadikan ia outstanding pada pandangan mata manusia. jadi berada dalam semak atau hutan setebal mana pun akan nampak outstanding. Saya terfikir apa nama pokok ni ya.. kenapa nampak cantik dan menarik. tapi masa tu google lense pun belum ada , nak cari info pokok hutan ni tak mudah macam sekarang. jadi tertanya-tanya sajalah.
Sampai satu hari kami bersembang dengan jiiran( guru mengaji anak) Hashim namanya. Ada bengkel batik di kampung badang (rumah kami taman SPP indah itu berada dalam kampung badang). Arwah bapa hashim ni merupakan tok bomoh ( perawat) badang( eczema/edema) yang terkenal dikelantan( kebetulan p**a tinggal dikampung badang yang banyak pokok badang diseklilingnya..:-P). what a coincidence ( or not?). Hashim merawat juga tapi tidak menjadikan kerjaya fulltime seperti bapanya. jadi bila saya tanya hashim bagitau itu pokok nape/napir namanya. ubat orang lepas bersalin. banyak laigi kegunaan lain. bila disebut pokok nape , it really rings a bell. teringat masa kecik2 dulu sebab banyak masuk dalam semak, berguling bergolek atas rumput tak termasuk berenang dalam parit tepi sawah lagi... selalu terkena kudis kecil yang dalamnya ada air. macam blister. mak selalu cakap ish... banyaknya, macam buah nape. mungkin sebab nampak berkilat dan bersinar.kalau masuk hutan mak pesan , jangan makan buah nape, buah kecik warna merah jambu, berkilat. itu mabuk( beracun) tapi di kampung che deris inilah baru saya pertama kali jumpa pokok nape. masa kat kampung tak pernah terjumpa.

Panjang p**ak cerita pokok nape ni ye. lama tak menulis panjang-panjang. well saya tepek gambar kat sini untuk tatapan generasi kita dan akan datang.

Pokok naga buana , nama botaninya  Phyllanthus pulcher atau juga dikenali dengan nama naga jumat hampir menyamai bentuk ...
18/10/2024

Pokok naga buana , nama botaninya Phyllanthus pulcher atau juga dikenali dengan nama naga jumat hampir menyamai bentuk pokok dukung anak tetapi pokok ini lebih besar dan tinggi. Ketinggian pokok hanya mencapai sehingga 0.7m. Daun pokok naga buana akan menguncup pada waktu malam. Bunga berwarna merah putih yang bersaiz kecil keluar di sepanjang tangkai daun. Di gunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat bisul dan bengkak

Didalam manuskrip perubatan melayu lama MSS 2515 disebutkan kegunaan ialah dengan cara menghancurkan pokok ini bersama hujung melukut ( beras) serta kunyit dan digunakan untuk merawat bisul.






Nak beli pokok lee kwan yew klik sini je :https://www.melur.com/cart/?add-to-cart=203750 Prompt : Tolong tulis 1 cerita ...
16/10/2024

Nak beli pokok lee kwan yew klik sini je :
https://www.melur.com/cart/?add-to-cart=203750

Prompt : Tolong tulis 1 cerita pendek yang mengisahkan bagaimana seorang surirumah mencadangkan penanaman pokok lee kwan yew atau curtain creeper untuk mengelakkan bahagian anjung rumah mereka dari terkena sinaran matahari yang panas. setelah ditanam rumah mereka menjadi sangat cantik hingga orang yang lalu lalang di kawasan itu pun terpesona dan pokok tersebut. mekasih

ChatGPT said:

Pada suatu hari, Aina, seorang surirumah yang tinggal di sebuah kawasan perumahan kampung, mula merasa risau kerana anjung rumahnya sering terdedah kepada sinaran matahari yang sangat panas. Panas terik pada waktu tengah hari menyebabkan dinding dan lantai anjung rumah menjadi panas membara, sehingga menyukarkan Aina dan keluarganya untuk berehat di situ. Setiap kali suaminya, Razak, p**ang dari kerja, dia mengeluh tentang bagaimana terik matahari membuatkan kawasan rumah mereka tidak selesa.

Aina sering mendengar cerita daripada jiran-jirannya tentang pokok-pokok yang dapat membantu mengurangkan haba, namun belum ada yang sesuai di fikirannya. Suatu hari, ketika melayari laman internet mencari idea untuk hiasan rumah, Aina terbaca tentang pokok yang dipanggil lee kwan yew atau curtain creeper. Pokok ini bukan sahaja mampu meneduhkan rumah, malah mampu menjadikan rumah kelihatan lebih cantik dan alami.

“Razak, apa kata kita tanam pokok lee kwan yew kat tepi anjung ni?” cadang Aina suatu petang. "Kalau kita tanam dan biar dia menjalar naik atas bumbung, ia boleh jadi langsir semula jadi. Panas pun kurang, rumah kita pun nampak cantik."

Razak agak skeptikal pada mulanya, tetapi setelah Aina meyakinkannya dengan gambar pokok tersebut, dia setuju. Mereka pun bersama-sama membeli anak pokok dan mula menanamnya di sepanjang tepi anjung rumah. Setiap hari, Aina dengan penuh semangat menyiram dan menjaga pokok-pokok itu. Dalam beberapa minggu sahaja, pokok-pokok itu mula menjalar dan merimbun dengan cepat, menutupi dinding anjung seperti langsir hijau yang indah.

Beberapa bulan kemudian, hasilnya sangat menakjubkan. Anjung rumah mereka bukan sahaja menjadi sejuk dan nyaman, malah pokok lee kwan yew itu tumbuh subur, menjalar dengan rimbunan hijau yang menutup keseluruhan anjung, seolah-olah rumah mereka dilitupi oleh langsir semula jadi. Sinaran matahari yang terik tidak lagi mampu menembusi lapisan hijau itu.

Orang yang lalu-lalang di kawasan itu mula memperhatikan rumah Aina dan Razak. Ramai yang kagum dengan kecantikan dan keunikan rumah mereka yang kelihatan seperti sebuah taman kecil. Ada yang berhenti untuk mengambil gambar, malah ada yang mengetuk pintu untuk bertanya tentang pokok yang mereka tanam. Aina tersenyum puas setiap kali mendengar pujian daripada jiran dan orang sekeliling.

“Rumah kita ni macam dalam gambar poskad,” kata Razak sambil tersenyum bangga.

Mereka berdua tahu, apa yang bermula dengan niat untuk mengurangkan panas kini telah menjadikan rumah mereka satu tarikan di kawasan itu. Pokok lee kwan yew itu bukan sahaja memberikan keselesaan, tetapi juga telah menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Prompt gambar guna BINGAI:
seorang surirumah melayu menanam pokok lee kwan yew atau curtain creeper untuk mengelakkan bahagian anjung rumah mereka dari terkena sinaran matahari yang panas. setelah ditanam rumah mereka menjadi sangat cantik hingga orang yang lalu lalang di kawasan itu pun terpesona dan pokok tersebut. real photos

***mentang-mentangla melayu dibaginya tak pakai selipar. nama lee kwan yew tetiba je ada nyonya tu... kekekee

Address

Lot 6137, Jalan Kota Tinggi-Johor, Taman Seri Saujana
Kota Tinggi
81900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melur Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Melur Kota Tinggi:

Share