03/01/2021
[26/05, 13:07] MohdHamri: Kitosanplus adalah perangsang organik.
(Serba ringkas)
*Proses Pembuatan*
Diperbuat secara komersial dari kulit udang dan ketam. Disisihkan protein dan kalsium, di bentuk sehingga ke bentuk paling halus secara mekanikal.
Kemudian didedahkan ke sinaran radioaktif untuk memecahkan kepada molekul ringkas iaitu mulekul chittin.
Serbuk nano /seni molekul chittin ini kemudian dilarutkan kedalam cuka buah dengan formula yang khas untuk *kitosanplus*.
*Pra penggunaan.*
Ia perlu dibancuh ke dalam air bersih mengikut kadar dose yang di perlukan oleh pokok. Dose bergantung kepada jenis tanaman, usia tanaman dan masalah tanaman.
Teknik yang biasa digunakan adalah teknik semburan dan injeksyen.
Bancuhan kitosan dan air tidak sesuai untuk disimpan. (bancuh dan spray hingga habis)
*Cara tindakan*,
*(1 dari 7 tindakan)*
1. Apabila bancuhan kitosanplus disembur ke pokok, ia akan terus meresap melalui membran sel tumbuhan dan liang stomata terutama daun dan pucuk muda.
Sebaik ia meresap, reseptor sel akan mendapat isyarat terdapat bendasing telah memasuki dinding sel.
Seterusnya isyarat ini sampai ke nukleas untuk bertindak balas.
Dalam masa yang sama, Nukleas akan menghantar isyarat kecemasan ini kepada sel yang berhampiran dan seterusnya sehingga semua sel pokok menerima isyarat kecemasan ini.
Pokok akan mula menghasilkan hormon tumbesaran pucuk dan hormon tumbesaran akar dengan kadar yang lebih banyak dari kadar biasa. Begitu juga enzyme daya tahan yang akan terhasil dengan lebih banyak sebagai tindakan pertahanan.
Bila enzyme ini telah terhasil, tetapi didapati molekul kitosanplus yang memasuki sel bukan sel yang membawa mudarat kepada tumbuhan. Maka enzyme akan kekal tersimpan didalam sel tumbuhan.
Sementara hormon pertumbuhan terus terhasil, pucuk dan akar terus berkembang seperti arahan yang telah di perolehi.
Bersambung utk cara tindakan ke2.
[26/05, 13:07] MohdHamri: Melalui tindakan yang pertama...
1. Molekul telah berada di dalam sel pokok.
2. Enzyme daya tahan pokok juga telah tersedia didalam sel pokok.
Apa bila serangga (ada 3 kumpulan perosak, menghisap, memakan dan mengorek.) menyerang..
Molekul kitosan dan enzyme akan di makan oleh perosak tanpa disedari..
Tindakan ini berlaku juga pada bakteria dan kulat.
Apabila enzyme dan kitosan berada didalam tubuh perosak..
Kitosan akan mula memegang sel sel dinding perut dan sendi. Membuatkan semua sel jadi kaku.
Manakala dalam sesetengah kes, enzyme mampu menghadamkan sel perosak. Samada perut ulat atau akar kulat atau sel bakteria.
[26/05, 13:07] MohdHamri: Saya sambung tindakan ke2 kitosan pada tumbuhan..
*pembentukan membran bio polimer di permukaan daun /pokok*
Bila kitosan di bancuh dan selepas 24jam di spray ke pokok.. Ia akan mula memegang antara satu sama lain dan membentuk semula polimer.
Polimer ini akan menyelaputi permukaan yang terkena semburan.
Untuk daun yg telah mempunyai lapisan polimer ini, ia seakan baju atau balutan pada tumbuhan.
Kulat, bakteria, telur perosak yg berada didalam selaput/membran kitosan ini akan mulai diselaputi oleh kitosan juga..
Dalam keadaan ini. Bakteria, kulat dan telur perosak akan menyerap kitosan dan sistem metabolism a Mereka akan terganggu seterusnya mati.
Dalam masa yang sama.. Jika ada perosak yg jenis mengunyah spt belalang dll.. Ia akan cuba utk tidak makan daun yg telah mempunyai membran kitosan ini.
Jika ia makan. Kitosan akan menggagalkan sistem penghadaman ya.. Seterusnya serangga akan mati selepas beberapa hari atau jam. Bagi yg mati serta merta.. Itu telah terkena semburan dan polimer telah menutupi liang trakeol (pernafasan) yg berada di sisi badan serangga.
Sebabtu.. Di awal pertumbuhan.. Saya masih cadangkan penggunaan racun sentuh ( dicampurkan dgn kitosan atau,sebaiknya disembur berasingan)
Kita namakan.. Kitosan bertindak sebagai racun pasif.
[30/05, 22:52] MohdHamri: Ciri ciri ke 3 kitosanplus..
Sifat memegang.
(bonding).
Ikatan molekul kitosanplus yg ringkas akan memberi ruang yg banyak untuk molekul kitosanplus ini memegang apa jua molekul yg bersentuhan dgnnya.
[30/05, 22:53] MohdHamri: Sifat ini dimanfaatkan apabila ia di semburan pada tanah atau pokok...
[30/05, 22:57] MohdHamri: Jika di tanah.. Ia akan memegang baja dan akar..
Ia akan mengelakkan baja terlarut lesap atau hanyut di bawa air.
Kesan jelas dapat dilihat pada tanam padi sawah.
Penggunaan. Kitosan. Pada padi sawah dgn berjadual.. Dapat menjimatkan baja sehingga 30%.
[30/05, 22:59] MohdHamri: Penggunaan Kitosan pada peringkat awal akan memegang Baja yg berlebihan, baki musim terdahulu, ..
Kemudian akan mula melepaskan secara perlahan lahan selari dengan proses degradation kitosan yg berlaku.
[30/05, 23:02] MohdHamri: Jika menggunakan kitosan pada daun.. Kemudian di sembur baja atau racun.. Ia juga akan memegang racun atau baja yg di sembur itu dgn lebih lama...
[30/05, 23:02] MohdHamri: Ini memberi tempoh perindungan lebih lama Kepada pokok.
[30/05, 23:06] MohdHamri: Apa bila saya cadangkan waktu semburan di waktu malam /petang. Ada. Sebabnya..
Iaitu memberi tempoh lebih lama kpd pokok untuk menyerap sebelum ia kering atau membentuk jaringan / membran bioplastik kitosan.
[30/05, 23:18] MohdHamri: Ke 4.. Berkait rapat dgn bonding agen.. Iaitu Slow release agen... Pegang dan lepas secara perlahan lahan...
[30/05, 23:18] MohdHamri: Ke 5..
Pemulihan kesuburan tanah..
[30/05, 23:24] MohdHamri: Sifat ke 5..
Kesan kepada media atau tanah..
Saya rangkumkan sekali sifat ke 6..
Iaitu kesan kpd microb.
[31/05, 08:04] MohdHamri: Kesan kitosanplus terhadap bakteria dan kesuburan tanah.
Secara Ringkasnya..
Bakteria dikelaskan kepada 2 kumpulan mudah. Bakteria jahat yang memberi keburukan kepada pokok dan bakteria baik yang memberi kesan baik kepada pertumbuhan pokok dan alam sekitar.
Kelebihan bakteria baik ni.. Ia adalah tidak menyerap chittin, malah ia adalah pemakan chittin (kitosan) ..
Sifat inilah yang akan digunapakai untuk meningkatkan aktiviti bakteria baik didalam tanah / media tanaman.
Bakteria jahat yang akan menghasilkan asid dan merosakkan kesuburan tanah adalah bakteria yg kuat kerana mampu hidup di persekitaran tanpa oksigen..
Tetapi dengan semburan kitosanplus ke tanah atau media tanaman, akan memberikan persekitaran berkitosan kepada semua bakteria samada. Bakteria baik atau jahat.
Kitosan akan meresap kedalam sel microorganism yg ada didalam. Media atau tanah, semua microorganisma termasuk nematodes..
Apa bila kitosan telah meresap kedalam microorganisma ini, mereka akan berada didalam keadaan kaku dan tidak berupaya utk mengganas.
Ketika ini, bakteria baik akan memulakan tindakan.. Bakteria baik (chittin eater / pemakan chittin) akan semakin aktif dengan memakan microorganisma lain yang telah mengandungi kitosan tadi..
Akhirnya tanah atau media bebas dari bakteria jahat..
Itulah secara ringkasnya.
[31/05, 08:29] MohdHamri: Tindakan ke7..
Asid adalah sebatian yang mempunyai orbit luar yang mengandungi elektron tidak stabil dan mampu mendermakan elektron tersebut.
Seterusnya kehadiran kitosan yang sememangnya bercas +ve (kitosan *plus*) akan bergabung dgn sebatian asid dan mengambil ion - ve sebatian tersebut.
Selepas itu,,.. Ion Hydrogen akan membentuk Ikatan dgn oksigen dan terhasil H2O iaitu air.
Dengan ayat yg mudah..
Kitosanplus Membantu meneutral kan media dengan Memerangkap ion logam dan meninggalkan ion Hydrogen.
[31/05, 08:35] MohdHamri: Selepas kitosan memerangkap ion ion yg lebih berat (berbanding H) dari sebatian asid tadi..
Kitosan akan mula degrade (mereput).
Proses penguraian kitosan ini akan bermula pada hari ke 4 dan selesai pada hari ke 14.. Tempoh hayat kitosan...
Bila ikatan rangkaian kitosan ini terurai.. Maka.. Ion yg sebelum ini tidak dapat diserap oleh pokok. Akan bebas di tanah dlm bentuk ion yg boleh diserap dan digunakan oleh pokok..
Walaupun tindakan ini nampak Ringkas.. Tetapi ia berupaya menjimatkan baja sehingga 30% pada industri padi sawah.
[31/05, 08:36] MohdHamri: AllahuAlam..