15/02/2022
ILLUMINATI DATANG KE MARVEL CINEMATIC UNIVERSE?
Perkembangan yang dapat dilihat dari trailer Dr Strange In The Multiverse of Madness menggambarkan bahawa Illuminati akan datang ke dalam Marvel Cinematic Universe. Tidak, telinga anda tidak menipu anda, ia sememangnya adalah suara Patrick Stewart sebagai Charles Xavier. Untuk melihat konteks yang lebih besar, versi MCU ini akan membuka pelbagai ruang kemungkinan.
Di dalam komik, ahli Illuminati terdiri daripada Dr Strange, Iron Man, Charles Xavier, Black Bolt, Reed Richard (Mr Fantastic), Black Panther, Captain America, Beast dan Namor. Mereka terdiri dalam kalangan bijak pandai dan tujuan mereka ditubuhkan adalah untuk menghalang ancaman sebelum ia berlaku.
Bagaimana MCU akan memperkenalkan Illuminati ini? Kemungkinan variant Iron Man yang digembar-gemburkan pelakonnya Tom Cruise akan menjadi Superior Iron Man. Terdapat spekulasi juga bahawa Namor (Aquaman Marvel) akan membuat penampilan dalam Black Panther : Wakanda Forever. Beberapa pelakon lain yang tidak disangka juga akan muncul. Yang pasti, kehadiran Charles Xavier akan memberi peluang kepada mutan lain untuk beraksi bersama. Ya, anda tahu : Wolverine, Cyclops, Jean Grey, dan ahli X-Men yang lain.
Zombie Wanda, Sinister Supreme, Shuma Gorath juga akan menjadi antagonis di dalam filem ini. Adakah ia berkaitan dari siri Marvel What If…? Sedikit sebanyak ia akan membuatkan peminat Marvel tidak senang duduk dengan teaser filem ini. Bagaimana dengan teori anda?
Doctor Strange In The Multiverse of Madness akan muncul di pawagam pada 6 Mei 2022.