Kebun Bandar Sungai Bunus

Kebun Bandar Sungai Bunus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kebun Bandar Sungai Bunus, Gardener, Jalan 1/65A Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kebun bandar dengan hasil kerjasama pemegang taruh dan Local Agenda 21 (LA21 DBKL) KL telah diusahakan kan semenjak 2014 daripada tanah gersang sehingga menghijau dan pelbagai aktiviti penanaman, penyelenggaraan dan aktiviti sosial dijalankan.

Kebun Bandar Sungai Bunus telah merangkul tiga anugerah pada Majlis Anugerah Kebun Bandar LA21KL bertempat di Taman Tasi...
22/10/2025

Kebun Bandar Sungai Bunus telah merangkul tiga anugerah pada Majlis Anugerah Kebun Bandar LA21KL bertempat di Taman Tasik Titiwangsa pada 21 Oktober 2025. Anugerah yang dirangkul adalah Kebun Bandar Bertaraf 5 Bintang, Video Terbaik, dan Anugerah Khas Juri - Eco Education. Semoga dengan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat dan sumbangan pemegang - pemegang taruh Kebun Bandar Sungai Bunus. Tahniah!

Semalam AJK Persatuan Kebun Bandar Sungai Bunus  bersama-sama makan tengahari dan perbincangan persediaan untuk KL Park ...
14/10/2025

Semalam AJK Persatuan Kebun Bandar Sungai Bunus bersama-sama makan tengahari dan perbincangan persediaan untuk KL Park Festival 2025 pada 17-26 Oktober 2025 . Diikuti lawatan tapak festival di Taman Tasik Titiwangsa.

Tahniah Kebun Bandar Sungai Bunus penerima Anugerah Kecemerlangan atas Sumbangan Luar Biasa Kepada Komuniti dan Usaha Di...
08/10/2025

Tahniah Kebun Bandar Sungai Bunus penerima Anugerah Kecemerlangan atas Sumbangan Luar Biasa Kepada Komuniti dan Usaha Dipacu Badan Bukan Kerajaan Terhadap Krisis Dalam Bandar pada Majlis Anugerah 'Malaysia Scroll of Honour 2025' yang diadakan di Dewan Semarak Cyberjaya pada 7 Oktober 2025. Majlis Anugerah ini dianjurkan bersempena Hari Habitat Sedunia yang jatuh pada 6 Oktober 2025.

08/10/2025
Pagi tadi Sekretariat Rakan Muda UTMKL telah bersama-sama membantu membersihkan kawasan sekitar Kebun Bandar Sungai Bunu...
04/10/2025

Pagi tadi Sekretariat Rakan Muda UTMKL telah bersama-sama membantu membersihkan kawasan sekitar Kebun Bandar Sungai Bunus. Terima kasih kami ucapkan kepada UTMKL yang dikendalikan oleh pengarah program En. Muhammad Harraz bin Shamsaidi.

Sekitar pasar pagi di Perpustakaan Negara semalam. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan, terutamanya kaedah baru jual...
18/09/2025

Sekitar pasar pagi di Perpustakaan Negara semalam. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan, terutamanya kaedah baru jualan pokok di dalam polybag. Juga dikongsi gambar2 pokok ulam raja, cili padi dan bayam brasil yg tumbuh subur di kebun kami.

Lawatan jawatankuasa penilaian LA21 ke Kebun Bandar Sungai Bunus hari ini. Lawatan dimulakan dengan pembentangan ringkas...
03/09/2025

Lawatan jawatankuasa penilaian LA21 ke Kebun Bandar Sungai Bunus hari ini. Lawatan dimulakan dengan pembentangan ringkas, diikuti dengan lawatan tapak dan minum petang. Menu mi kari, rojak buah, pengat pisang, popia basah, chocolate brownies, crème caramel, karipap pusing, dan bingka ubi. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sumbangan.

Address

Jalan 1/65A Off Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebun Bandar Sungai Bunus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category