24/09/2023
10 TIP ELAK MASALAH RENOVATE RUMAH UNTUK PERMULAAN..
Tiada siapa yang rela tengok duit ‘hangus’ sia sia..
Bagi memilih kontraktor untuk renovasi rumah, penting untuk kita tahu beberapa perkara.
Sebelum buat keputusan melantik mana-mana kontraktor untuk urusan renovasi rumah, ada baiknya fahamkan dan ikuti tip ringkas yang kami senaraikan di bawah ini :
Tip 1 : Siapa kontraktor yang patut anda gunakan?
▶️Buat survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.
Tip 2 : Lantik kontraktor yang bagi sebut harga yang rendah dan berbaloi.
▶️Dapatkan sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut.
Tip 3 : Buat satu kontrak untuk lindungi diri anda
▶️Sediakan satu Kontrak Renovasi Rumah yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor tersebut.
Tip 4 : Cukup ke lantik satu kontraktor
▶️Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah. Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.
Tip 5 : Anda berhak untuk tamatkan kontrak secara eksklusif
▶️Tidak menepati cadangan pelan kerja dan spesifikasi seperti yang korang mahukan,
▶️Tidak mengikut mutu kerja dan sifat ketukangan yang di kehendaki.
Tip 6 : Elak bayar secara lump sum kepada kontraktor
▶️Segala bayaran hendaklah mengikut progres kerja. Elakkan bayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor.
Tip 7 : Perlu ke dapatkan resit daripada kontraktor?
▶️Dapatkan resit atau sebarang bukti penerimaan bayaran daripada kontraktor tersebut untuk setiap bayaran progres yang telah dijelaskan.
Tip 8 : Minta tempoh waranti kerosakan kat kontraktor
▶️Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut terdapat kerosakan, minta kontraktor tersebut membaiki kerosakan tersebut
Tip 9 : Apa nak buat kalau kontraktor gagal siapkan kerja?
▶️Failkan Tuntutan Gantirugi di Tribunal Pengguna.
Tip 10 : Raikan hak anda sebagai seorang pelanggan
▶️Yang penting, jangan terburu-buru dalam urusan perlantikan kontraktor.
Berfikirlah dengan tenang dan waras, serta fahami dan gunakanlah sepenuhnya hak anda sebagai pelanggan.
Ini kerana anda yang akan keluarkan wang. Jadi biarlah wang yang and keluarkan tu, berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
⚒️ Syarikat Bumiputera 💯 Kerja kerja pembinaan serta ubahsuai kediaman..kerja kerja pertukangan..pemasangan air-cond..elektrikal..khidmat nasihat..harga mengikut bajet anda..
☎️wasap. http://Www.wasap.my/+60186289447
☎️wasap. http://Www.wasap.my/+60123969447