Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti 100% HALAL

Tanpa Pengawet
Tanpa Pewarna
Tanpa Perasa Tiruan
(2)

πŸ“’ Rempah Ratus Mak Siti kini di pasaran! πŸŒΏβœ¨πŸ›’ Shopee: shopee.com.my/maksiti1981πŸ“ž Kelantan & Terengganu: 012-838 3270πŸ“ž KL ...
05/06/2026

πŸ“’ Rempah Ratus Mak Siti kini di pasaran! 🌿✨

πŸ›’ Shopee: shopee.com.my/maksiti1981
πŸ“ž Kelantan & Terengganu: 012-838 3270
πŸ“ž KL & Selangor: +60 12-838 3536
πŸ“ž Johor, N.9 & Melaka: +60 12-383 3581
πŸ“ž Perak, Kedah, Perlis & P. Pinang: +60 12-838 3536
πŸ“ž Industri: +60 12-563 9330

Jom beli sekarang! πŸ›οΈπŸ₯°

Salam Jumaat πŸŒ™Semoga hari yang penuh barakah ini membawa ketenangan, rezeki yang melimpah, dan doa-doa yang dimakbulkan....
05/06/2026

Salam Jumaat πŸŒ™
Semoga hari yang penuh barakah ini membawa ketenangan, rezeki yang melimpah, dan doa-doa yang dimakbulkan. Jangan lupa perbanyakkan selawat dan amal kebaikan. 🀍

Serbuk Rempah Rendang, semuanya jadi lebih mudah! Aroma wangi, rasa padu, sekali cuba memang jadi kegemaran seisi keluar...
05/06/2026

Serbuk Rempah Rendang, semuanya jadi lebih mudah! Aroma wangi, rasa padu, sekali cuba memang jadi kegemaran seisi keluarga 😍

Resipi Paru Sambal BerladoBahan-bahan:Paru @ kelempung secukupnyaGaramSerbuk kunyit1 batang serai – dititikGula dan gara...
05/06/2026

Resipi Paru Sambal Berlado
Bahan-bahan:
Paru @ kelempung secukupnya
Garam
Serbuk kunyit
1 batang serai – dititik
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan Kisar kasar:
Cili merah
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
(jumlahnya bergantung pada jumlah paru yang digunakan)
Crara-cara:
1. Bersihkan paru @ kelempung dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2. Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda s**a. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
5. Sementara itu, kisar kasar cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jumlahnya bergantung pada berapa banyak paru yang dimasak.
6. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, tumis serai yang telah dititik.
7. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar. Tumis sampai pecah minyak. Untuk rasa sambal yang lebih sedap, boleh masak guna api sederhana dan lama supaya lebih menaikkan rasa sambal.
8. Tambah gula dan garam dengan secukup rasa.
9. Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal.
10. Paru @ Kelempung Sambal Berlado sedia untuk dinikmati.
Kredit: Haznita Hadzmi
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Sambal HitamBahan-bahan:Belimbing buluh secukupnyaGaram kasarBahan Tumbuk/ Kisar Kasar:Bawang merah – kisarCili p...
05/06/2026

Resepi Sambal Hitam
Bahan-bahan:
Belimbing buluh secukupnya
Garam kasar
Bahan Tumbuk/ Kisar Kasar:
Bawang merah – kisar
Cili padi – ikut kepedasan yang digemari
Ikan bilis (beli online disini)
(nisbah s**atan: 1 cawan buah belimbing : 2 cawan bilis : 1 cawan cili padi)
Cara-cara:
1. Rebus belimbing buluh dengan sedikit garam tanpa letak air. Masak guna api kecil hingga belimbing kecut dan bertukar warna gelap. Keringkan airnya.
2. Bila siap direbus, lenyekkan belimbing dan buang airnya.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk @ kisar kasar. Masukkan belimbing buluh yang telah direbus mengikut nisbah bilis dan cili.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Gaul semua bahan hingga sebati. Tunggu hingga sambal kering antara 5-10 minit. Kacau sentiasa.
6. Bila Sambal Hitam sudah pecah mintak dan kering, padamkan api.
7. Toskan bagi membuang lebihan minyak. Ia bertujuan untuk memastikan sambal tahan lama.
Kredit: Fazima Yahya
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Resepi Kerabu ManggaBahan-bahan:Mangga muda – diracikUdang kering – disangai & kisar kasar atau ditumbukKacang goreng – ...
05/06/2026

Resepi Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
Mangga muda – diracik
Udang kering – disangai & kisar kasar atau ditumbuk
Kacang goreng – ditumbuk
Bawang merah – dihiris
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Semua bahan diracik, dihiris dan dimayang halus dicampurkan sekali.Gaul hingga sebati.
2. Masukkan sos sotong, air limau nipis, garam dan gula. Gaul dan sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.
Kredit: Chef Asma Nordin
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Jom uji otak sikit 🧠πŸ’₯ Jawapan ada ke tak? Cuba komen πŸ˜†
04/06/2026

Jom uji otak sikit 🧠πŸ’₯ Jawapan ada ke tak? Cuba komen πŸ˜†

04/06/2026

Hi semua, Assalamualaikum! 🌸
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba Ikan Goreng Kari dengan Rempah Ratus Mak Siti! πŸ˜πŸ›
πŸŽ₯ Kredit kepada empunya video πŸ₯°
Ada video masakan guna produk Mak Siti? Jangan lupa tag kami di
πŸ“Œ FB: Rempah Ratus Mak Siti
πŸ“Œ TikTok: MakSiti1981
πŸ“Œ IG: maksiti1981 πŸ₯°βœ¨

Resepi Sup SayurBahan Tumbuk Halus:Bawang putihBawang merahBahan-bahan:Lobak merahKubisBebola dagingKentangDaun bawangCa...
04/06/2026

Resepi Sup Sayur
Bahan Tumbuk Halus:
Bawang putih
Bawang merah
Bahan-bahan:
Lobak merah
Kubis
Bebola daging
Kentang
Daun bawang
Cara-cara:
1. Hiris semua bahan sayur.
2. Haluskan perasa bawang besar.
3. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan air dan masak hingga air mendidih.
4. Masukkan semua sayur yang telah dipotong. Masak hingga empuk, kemudian masukkan garam, perasa dan gula pasir.
5. Sup sayur sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Titin Mulyani

Resipi Pajeri NenasBahan-bahan:1 biji nenas | potong tebal, jangan terlalu nipis4 ulas bawang merah | diracik nipis3 ula...
04/06/2026

Resipi Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
1 biji nenas | potong tebal, jangan terlalu nipis
4 ulas bawang merah | diracik nipis
3 ulas bawang putih | diracik nipis
1 inci halia | diracik nipis
Rempah 4 sekawan
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging | dibancuh dengan air
50gm ikan bilis | ditumbuk halus terlebih dahulu
1 sudu besar udang kering | ditumbuk halus terlebih dahulu
100ml santan
2 sudu besar kerisik
2 – 3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Β½ cawan minyak masak
Sedikit air
Cara-cara:
1. Panaskan dalam Β½ cawan minyak. Perlukan minyak yang banyak agar rempah masak elok nanti.
2. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong nipis.
3. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
4. Bila bawang sudah layu elok, masukkan bancuhan rempah. Tumis hingga mula pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan udang, gaul hingga sebati. Masukkan sedikit air (anggaran ΒΌ cawan atau lebih), tumis sehingga nampak rempah kering.
6. Ulang lagi masukkan air (ΒΌ cawan) tumis sehingga rempah kering. Ulang begini dalam 4 kali supaya rempah masak elok dan sebati.
7. Bila rempah dah masak elok, masukkan nenas yang telah dipotong dan gaul sebati dengan nenas. Jika rempah terlalu kering, boleh ditambah sedikit air tapi jangan banyak sangat.
8. Tutup tudung dan kecilkan api, biarkan mereneh dalam 10 – 15 minit. Sekali sekala perlu kacau supaya rempah tak hangit.
9. Masukkan sedikit santan (anggaran 100ml atau setengah kotak). Jangan terlalu banyak santan. Pajeri Nenas yang elok tak perlukan santan yang banyak.
10. Masukkan kerisik dalam 2 sudu besar. Saya s**a kuah pajeri yang pekat sebab tu masukkan 2 sudu besar. Kalau anda nak kurangkan pekat, boleh kurangkan kerisik.
11. Masukkan 2 atau 3 sudu gula. Pajeri ni rempahnya perlu rasa manis, barulah terangkat rasa pajeri nenas ini.
12. Masukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasanya. Selepas masukkan santan dan bahan tadi dan mula mereneh elok, dah boleh ditutupkan api.
Kredit: Mohd Rozmie
Sertai kami di Telegram Menu Apa Hari Ni πŸ‘‰ https://t.me/MAHIOFFICIALY
LIKE, KOMEN & SHARE supaya lebih ramai dapat cuba! πŸ’–πŸ˜Š
Langgan YouTube Mak Siti di sini: shorturl.at/gszFR
πŸŽ₯πŸ’•

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

0173309330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rempah Ratus Mak Siti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rempah Ratus Mak Siti:

Share