15/04/2019
Syukur sangat...sebab rumah 7 bilik 7 bilk air ni berjaya disiapkan dalam masa 3 bulan 28 hari...
___________________________________
Ya...kami serahkan kunci rumah kepada owner pada hari ke 28 sekali dengan "Handover Letter" untuk ditandatangani dan juga kami serahkan semua sekali kunci kepada tuan rumah dengan warranty sekali di rumahnya di Bandar Rimbayu, Selangor.
Rumah ini pada asalnya hanya mempunya keluasan sekirar 2117sqft saja...tapi setelah dibesarkan ianya telah menjadi 3770 sqft. Dari hanya mempunyai 4 bilik (termasuk master) dan juga 5 bilik air telah bertukar kepada rumah yang mempunyai 7 bilik (termasuk master) dan 7 bilik air. Besar bukan..?
Ya besar camni senang tuan rumah cakap...senang nak berkumpul ramai-ramai anak cucu bila time hari raya...cuti sekolah atau sebagainya...
Sebenarnya Idea asal untuk besarkan kepada 7 bilik sebenarnya adalah idea asal tuan rumah itu sendiri :) kami hanya merealisasikan mengikut kehendak owner saja. :)
_________________________________________
"Wow!!! Banyaknya bilik..." kata Mr Raju
"Eh...besarnya rumah ni...." kata Mr Lim jiran sebelah rumahnya.
Inilah yang dikatakan oleh jiran2 sekeliling apabila datang melihat rumah ni semasa pembinaan masih lagi dalam construction. Kami senyum saja...Masuk bakul angkat sendiri bak kata orang tua2..heheheh
Ramai yang tidak menyangka layout asal boleh diubahsuai sebegitu rupa sehingga menjadi lebih besar dan praktikal. Boleh insya ALLAH jika ada design dan perancangan awal yang teratur. Construction ni sekecik-kecik mana pun kena sediakan lakaran dan detailsnya jangan main hentam macam tu saja sebab nanti akan ada masalah berbangkit di kemudian hari bila rumah dah siap...bocor sana...tiles terkeluar...wiring problem....so untuk elakkan tu semua elok lah rancang dari awal...sebab nak renovate rumah ni nak kita nak kena keluarkan duit cash puluhan ribu juga....betul tak?
Ok..dekat sini saya nak berikan beberapa tips penting yang perlu kita AMBIL PEDULI sebelum kita mulakan proses renovasi AGAR projek renovasi rumah...supaya kita tak jadi OVER BUDGET ataupun PROEJECT DELAY....
1. Owner kena sediakan plan lakaran tentang idea kita.
Lakaran itu boleh dibuat dalam bentuk sketches (rata2 owner yang kami terima mereka buat lakaran dalam microsoft words :) gasaklah..janji boleh faham! Tapi ingat lakaran asal ini mesti dilukis semula dalam skala yang betul untuk memudahkan proses kiraan kos nanti. Boleh dapatkan khidmat pelukis plan untuk keluarkan plan kepada bentuk autocad. Kemudian minta dia atau kenalanya untuk sediakan lakaran dalam bentuk 3d supaya senang dapat gambaran awal rumah yang nak dibina tu macam mana!
2. Terangkan secara details kepada kontraktor.
Selepas plan asal telah siap beserta dengan lakaran 3d rumah tersebut, pastikan datang bersama dengan kontraktor ke tapak projek (rumah renovasi) untuk menerangkan secara terperinci idea yang anda inginkan tadi. Ianya jadi lebih mudah sebab kita dah ada plan dengan ukuran yang betul.
3. Tolong berikan masa untuk kontraktor keluarkan harga.
Jangan terus minta dia berikan harga on the spot (ini selalu yang owner minta) sebab owner selalu nak bandingkan harga dengan kontraktor lain :) Bagi tempoh pada kontraktor untuk berikan harga sebolehnya minta kontraktor berikan quotation dalam bentuk bill of quantities (BQ) details dengan harga break down sekali...elakkan harga lump sump. Harga lump sump ni la selalu akan jadi overbudget nanti :)
4. Pastikan harga diberikan secara details dan lengkap.
Sila pastikan kontraktor datangkan dengan sample2 seperti yang telah dinyatakan dalam BQ tersebut. Minta kontraktor terangkan tentang sample tiles. sample tingkap alumnium, sample plaster ceiling ( dalam bentuk 3d) katalog jamban, sink, shower dan semua yang ada dalam BQ tersebut. Bukan apa ini untuk memastikan kita faham apa yang kontraktor berikan dan ianya akan memudahkan kontraktor untuk buat kerja nanti.
5. Wajib minta diskaun ye!
Selepas dah puashati dengan apa yang telah kontraktor berikan itu. Pastikan Anda minta diskaun! hehheheh jangan lupa ni....
6. Pastikan semua dokumen lengkap disediakan.
Sekiranya kata putus telah diterima. Pastikan kontraktor sediakan kontrak untuk ditandatangi + BQ bersama-sama dengan schedule of works and payment ( jadual perjalanan kerja renovasi dan juga jadual pembayaran). Bukan apa ini adalah untuk mengelakkan masalah ....
Saya (owner) dah bayar 50% dah tapi kerja tak kan sampai sini je..........
Owner tak bayar...tu yang aku (kontraktor) stop kerja tu....
Ya untuk elakkan benda-benda macam ni la...hang salah aku...aku salahkan hang....ini semua disebabkan masa awal2 lagi dah tak ada dokumentasi yang lengkap...kes macam ni akan terjadi.
Masalah ni p**ak macam memang masalah normal p**a pada setiap projek renovation.... kontraktor lari...owner tak bayar la....memang selalu kita dok dengar....tak tau sapa salah sapa betul...tapi kalau kita sediakan dokumentasi yang lengkap dari awal..insya ALLAH benda2 macam ni dapatlah kita elakkan.
Ni saya rumuskan apa yang sepatutnya kontraktor kena sediakan sebelum renovate rumah.
1. Pelan dan lukisan 3d.
2. Renovation Contract.
3. Bill of Quantities.
4. Schedule of Works.
5. Schedule of Payment.
6. Handover Letter.
7. Checklist untuk defect.
8. Warranty letter.
Prepare awal2. Biar kita buat rumah sekali saja...jangan bila dah siap tak sampai 1 tahun renovate rumah....sana bocor...sini bocor...nak panggil balik kontraktor tu...nombor dah takdak dalam perkhidmatan.....:) yalah kita panggil orang yang ntah mana2 kita jumpa....masa kita jumpa dia tengah renovate rumah...walhal rumah tu pun belum siap lagi....:)
Semoga bermanfaat.
Khairul yang graduate dalam jurusan architect tapi s**a lukis dan bina rumah orang lain...ya saya adalah kontraktor design and build :)
Oklah...kalau rasa nak renovate rumah tapi budget ala2 kadar saja...call atau wassap saya sekarang di >>> 0133606180
insya ALLAH saya bantu setakat yang saya mampu.