06/09/2016
Cara Menyemai Biji Benih Cili..
1. Rendamkan biji benih kedalam bekas air, air yang digunakan mestilah air bertapis, atau lebih baik lagi gunakan air botol mineral. biji benih hendaklah direndam kan selama 8 jam atau semalaman bagi memudahkan proses percambahan biji benih. disini saya menekankan bahawa, kita tidak akan menggunakan sebarang racun untuk rawatan biji benih. ini kerana racun adalah sesuatu yang berbahaya walaupun ia dikatakan selamat untuk digunakan.
2. Sediakan tray semaian.Anda juga boleh gunakan bekas kosong/kecil sekiranya ingin semai sedikit benih sahaja.
3. Isikan lubang tray dengan Peatmoss SOIL @ media semaian, isikan sehingga penuh atau 3/4 sahaja,
4. Tos kan benih telah direndam tadi. biarkan benih dalam keadaan kering(jangan terlalu kering), setelah kering, masukkan biji benih kedalam tray semaian, 1 biji bagi setiap lubang atau 2 biji satu lubang. elakkan meletak biji benih terlalu banyak didalam satu lubang. ini boleh menyebabkan pokok terencat/lambat membesar. bagi yang tidak menggunakan tray semaian, biji benih mestilah dijarakkan sejauh 5cm antara satu sama lain.
setelah benih diletakkan, tabur sedikit media semaian keatas biji benih tadi. pastikan benih tidak berada dalam keadaan yang terlalu dalam.
5. Setelah selesai perkara tadi, semburkan air mineral/air tapis keatas tray semaian dengan menggunakan penyiram/bottle sprayer. tray semaian perlu disiram 2-3 kali sehari. pastikan tray sentiasa dalam keadaan lembab.
7. Benih akan bercambah dalam masa 7 hari & keatas lama sedikit berbanding Benih bunga..
8.Anak pokok sedia dipindahkan kedalam pasu atau polibeg selepas 25 hari.
MEDIA SEMAIAN
PEATMOSS SOIL
SELAMAT MENCUBA..😊😊