Wealthbiz

Wealthbiz |Design | 3D Animation | Build | Construction | MEP | Traffic Management |

Hi guys,Lama tak update page ni...Masa dapat job nie, owner nak design 3 storey rumah barunyer..Then, skop kerja mengeci...
23/12/2021

Hi guys,

Lama tak update page ni...

Masa dapat job nie, owner nak design 3 storey rumah barunyer..

Then, skop kerja mengecil untuk sementara waktu memandangkan,
owner terlibat dengan banjir.

Semoga mangsa2 banjir ini dipermudahkan urusan mereka.

Bila boleh start kerja2 renovation ni..haishhh
16/08/2021

Bila boleh start kerja2 renovation ni..

haishhh

07/07/2021

PKP, fasa 1 la apela....

Apapun xleh jalan.

Hi Guys,Hari ni baru kesempatan nak tulis.Mood terganggu sangat bila monitor rosak.Ni tengah bina mood design balik.Baru...
19/04/2021

Hi Guys,

Hari ni baru kesempatan nak tulis.

Mood terganggu sangat bila monitor rosak.

Ni tengah bina mood design balik.

Baru sempat beli monitor. Beli ape yang ada je dekat kedai area sini.

Xde buat cost comparison, brand, spec etc... Janji ader sedap mata mandang.

Buat pe monitor memahal,
Tapi design X WOW.
X menarik.
Render pun ikut dan...

Kan? Kan?

Tengah mengingatkan diri sendiri tue.

Kah!

Selamat Berbuka Puasa semua!!

18/04/2021

Sungguh Luar Biasa.

Seorang anak muda sedang membersihkan aquarium tuannya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan taksub.

Tanpa disedari tuannya sudah berada di belakangnya.

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya sang tuannya.

"Tidak tahu". Jawab si anak muda.

"Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!". Perintah tuannya.

Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga. Kemudian kembali menghadap Tuannya.

"Ditawarkan berapa harga?" tanya Tuannya.
"RM15 Tuan".
Jawab si Anak Muda dengan mantap.

"Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan." Perintah tuannya lagi.
"Baiklah Tuan". Jawab si anak muda.

Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar.

"Berapa ia tawar ikan itu?". Tanya tuannya.
"RM250 Tuan".

Jawab si anak muda dengan gembira, ia fikir tuannya akan menjual ikan itu.

"Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman,
Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah tuannya lagi.
"Baik Tuan". Jawab si anak muda.

Kemudian ia pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan tuannya.
Setelah selesai, ia p**ang terus berjumpa tuannya.

"Berapa ia menawarkan harga ikan itu ?"
"RM 15 Ribu Tuan".

Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang boleh berbeza-beza..

"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat".

"Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita".

"Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita".

"Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita".

"Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita".

"Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita".

Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita,

Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang.

Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan.

Kredit: Ahmad Zarwan Ahmad

Hi guys,"SH*TS" GET REAL!--------------------------------------------------------------------------Dengan izin Allah SWT...
26/03/2021

Hi guys,

"SH*TS" GET REAL!
--------------------------------------------------------------------------
Dengan izin Allah SWT, datang seorang hamba Allah ini untuk membuka peluang perniagaan kepada kami.

Pada awalnya, untuk membina dan ubahsuai rumah-rumahnya. Dari design sampaila ke permit/kebenaran merancang seterusnya sebut harga untuk kerja-kerja pembinaan.

Baru sahaja bermula, tiba-tiba:

"Boss, berhenti semua kerja-kerja yang ada sekarang. Ada yang lebih penting"

"Aduh..cancel ker? Apa yang penting sangat tue?". Bisik hatiku

"Nah... ni ada tanah untuk dimajukan. Ada 2 lot ni. 2-2 PBT yang sama. Boss tengok-tengokan apa yang sesuai untuk dimajukan. Kalau boleh buat kondominium mewah, lagi cantik".

Takdelah beria-ria study, tapi pada pendapat peribadiku, tanah A memang sesuai dan rekemen untuk dinaikan kondominium mewah.

Selang 2 hari, nampak post fb beliau sedang membuat lawatan di kedua-dua lot tanah tersebut bersama PBT dan orang-orang yang berpengaruh.

"Biar betul mamat ni?" Tersentap dan terkesima sekejap.

Pada sebelah malamnya, beliau memberitahu tanah A konfem untuk kondominium mewah. Tanah B "put on hold".

Aku tersenyum.

"Hebat juga aku menilai potensi pembangunan untuk tanah ni". memuji diriku seperti biasa.

" Boss, Isnin ni nak present. Nak tau Gross Development Value (GDV). Anggaran pun takpa. Kalau boleh nak siap 3D modelling"

Tergaru-garu kepalaku yang tak gatal.

Esok terus buat meeting bersama team yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Terdiri daripada arkitek,pelukis plan, juruukur tanah, jurutera, dan designer.

Saya tak boleh dan tak mampu buat semua sendirian.

Saling melengkapi!

Kami delivered! Walaupun hantar sejam sebelum mereka meeting.

" Ini bukan schematic drawings. Semua angka ini adalah anggaran."

Beliau faham.

Selesai meeting, beliau mohon sediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) p**a.

Saya terus menggerakkan pas**an sekali lagi.

Semalam,

"Boss, awal bulan depan minta present eh." Terduduk terus kali ni sambil geleng kepala dan picit-picit dahi.

"Sh*ts" get real tuan-tuan dan puan-puan.

Hi guys,Benda kecil tapi kos membaikpulih sangat tinggi.Do it right at the first time!
18/03/2021

Hi guys,

Benda kecil tapi kos membaikpulih sangat tinggi.

Do it right at the first time!

Hi guys,Job renovation dah hampir siap.Kalau tiada aral melintang, hujung minggu depan siaplah.Ahead dateline.Cabaran te...
18/03/2021

Hi guys,

Job renovation dah hampir siap.

Kalau tiada aral melintang, hujung minggu depan siaplah.

Ahead dateline.

Cabaran terbesar projek ini ialah Masa.

Project ini memang saya sendiri monitor, sendiri selia, sendiri urus, sendiri beli barang2, sendiri update owner, sendiri buat drawings, design and paperwork.

Ini cara saya kawal "grey area". Contoh mudah, komunikasi.

Arahan diberi A. Supervisor bagi arahan B. Tukang buat C.

Nanti mulalah 'pointing fingers'.

Bukan nak sangat jadi 'Superman'.

Bukan nak kata, power boleh handle sendiri.

Tapi, saya dapat simpulkan,

1- Banyak perkara lain perlu dikorbankan untuk buat semua sendiri.
2- Tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri. Owner p**a memberi kerjasama yang sangat menakjubkan.

Kuncinya, Plan dan Kordinasi!

Sebenarnya.....

Rendu dan sangap nak buat 3D modelling dan animasi.

kahkahkah!

Inilah pengorbanan.

Hi guys,Dulu masa makan gaji, nak ikut waktu kerja yang berat sekali.Start bisnes sendiri, boleh kerja ikut s**a.Konon.S...
14/03/2021

Hi guys,

Dulu masa makan gaji, nak ikut waktu kerja yang berat sekali.

Start bisnes sendiri, boleh kerja ikut s**a.

Konon.

Sudahnya, waktu kerja lagi tak menentu.

Haa.. Ni..

Pergi tengok tanah bersama owner.

Nak design, nak buat submission ke PBT, nak itu ini.

Semoga Dipermudahkan urusan!

Hi guys,FB ni sebuk bagi notifications suruh post something.People keep visiting katanya.Bukan tidak mahu update. Cuma m...
10/03/2021

Hi guys,

FB ni sebuk bagi notifications suruh post something.

People keep visiting katanya.

Bukan tidak mahu update. Cuma masa tak mengizinkan.

Di sebelah pagi, menguruskan renovation work untuk satu client. Alhamdulillah, progress on-track.

Tengahari dan petang p**a sourcing dan beli barang. Sekarang dah masuk peringkat memasang kelengkapan tandas, lampu, kipas dan lain-lain.

Malam p**a baru duduk depan PC buat kerja-kerja design, dan paperwork.

Hari ini, ada appointment dengan 1 well-known client. A company.

Kita tunjukkan kemampuan dan servis yang kita sediakan.

Yakinkan mereka.

Entah kenapa kebanyakkan projek kita, semuanya 'tight dateline'.

Kali ini, dia memerlukan beberapa ID dan mahu menggunakan hasil tersebut menjelang awal April 2021.

Setelah mengambil kira proses sebutharga, PO dan lain-lain, kita ada seminggu sahaja untuk menyiapkan kesemuanya.

"You only have 1 shot to make it perfect. We running out of time. No time to waste for commends and amends". Katanya.

"Sure. We will meet your expectation.. or maybe more". Balasku.

" Great. I like your confident and positivity. You deliver this, your company will be automatically register as our contractor/vendor/supplier. We are building a hotel right now, who knows you can get some of the cakes".

Oklah... Nak buat quotation ni.

Heboh je FB ni suruh post something.

Hi guys, Jumaat lepas dapat kol dari seseorang. Ada kerja URGENT. Nak buat 3D presentation dan report kerja-kerja landsk...
23/02/2021

Hi guys,

Jumaat lepas dapat kol dari seseorang. Ada kerja URGENT. Nak buat 3D presentation dan report kerja-kerja landskap. Perlu siap Isnin.Selasa nak present.

Memang saya tolak terang2. Faktor masa!

Sebab sedang prepare BQ untuk job lain. Ahad p**a ada apoinment dengan owner. Sabtu diajak ke lokasi kerja-kerja landskap tersebut p**a.

Tapi..

Bila dia kata kerja-kerja landskap untuk kediaman rasmi ketua hakim negara, goyang beb!

Membina portfolio punya pasal.

Khabarnya tadi, mereka s**a presentation tersebut! :)

Tapi takat ini sahajalah saya update.

Kadang-kadang saya terlupa, benda last minit ni, benda biasa ketika study dulu.

Just the right amount of pressure to push you keep going.

Address

Kuala
45000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Sunday 16:00 - 20:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wealthbiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share