03/04/2026
LATA RAMBONG dan D'RAMBONG GLAMPING PARK & CAMPSITE
Seronoknya mandi di sini sambil melihat campsite dan meninjau keindahan LATA RAMBONG. Videonya di sini.
https://youtu.be/CdQOYcWEbUI?si=qhGWiEZdIMD5QV5T
Lata Rambong adalah satu destinasi pelancongan terkenal yang terletak di Selama, Perak, Malaysia. Perjalanan dengan kereta kurang lebih setengah jam dari Pekan Selama menuju ke Kampung Sungai Siputeh dan berakhir di Kampung Telok Mas, Mukim Ulu Selama.
Untuk betul-betul tiba di destinasi, dari jalan besar, perjalanan ditambah lagi tiga kilometer masuk ke dalam melalui kampung-kampung dan kawasan hutan untuk bertemu tempat seindah ini.
InshaAllah akan ada another trip kerana tak puas lagi nak mandi. Next trip nak cari p**a di mana air terjunnya or maybe boleh camping juga di campsite yang disediakan.
Para campers dan pencinta alam semula jadi, silakan berkunjung ke sini.
Tak puas betul mandi di sini. Memang kena datang lagi!
AIDILFITRI 2026
6 & 7 SYAWAL 1447H