Ms Dinamik Enterprise Construction and Renovation

Ms Dinamik Enterprise Construction and  Renovation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ms Dinamik Enterprise Construction and Renovation, Mersing.

Kami kongsikan agar jadikan ikhtibar pada semua yang nak bina rumah. Kami dapat tawaran projek bina rumah banglo 2 tingk...
13/01/2023

Kami kongsikan agar jadikan ikhtibar pada semua yang nak bina rumah.

Kami dapat tawaran projek bina rumah banglo 2 tingkat.. di akhir perbincangan tuan rumah minta untuk beli barang sendiri, kami hanya bekalkan pekerja.. Alhamdulillah, terima rezeki seadanya.

Bermula la detik sejarah kantoi segala bapak penipuan.

Kami listkan order barang, tuan rumah order barang kt hardware. .. barang semua sampai di site. Pekerja buatlah kerja.. hari ke3 saya datang site, tengok besi bukan seperti yg sy order.. pekerja p**ak dia buat kerja dengan apa barang yg ada kt site... sy beranggapan tuan rumah nak jimat kot guna besi cq.. tuan rumah beli barang kt hardware ni dah bertahun2.. memang dipercayai.. takkan hardware nk menipu... tanya kat hardware, katanya itulah yg tuan rumah order..

2 hari berfikir.. untuk rumah 2 tingkat, kami xguna besi kecil ni.. sy stop semua kerja2 besi.. sy order besi lain.. besi kecil ni utk buat parking kereta.... pekerja bagi bil hardware.. alamak... dalam bil BS Y12 harga RM3300 1 tan, bil R6 RM2000 1 tan yg datang R4.... harga gila mabuk dia caj.. memang kantoi.. barang hantar lain.. saya order B, dalam bil B.. tp hantar A

Saya pergi hardware membebel la.. dah berpuluh tahun niaga tak tahu beza cq dan bs.. mengelak dgn macam2 alasan.. katanya ini standard size area sini.. Ini besi BS sekali ukur 10mm++ je..
Tya kat staf katanya, bos yg suruh hantar besi saiz ni.. bongak betul.. kita p**ak rasa nak maki... ditipu hidup2 dengan cina hardware ni..
Sy buat projek berhampiran, order hardware lain BS Y12 memang betul dia hantar besi B.

Bagitahu tuan rumah.. mengamuk tuan rumah.. rasa dh berjuta dia beli barang kt hardware ni utk projek2 dia.. makluman tuan rumah ada buat madrasah dan homestay juga sebelum ni guna tukang kampung jer.. homestay baru setahun lebih dah retak seribu.. tak tahu salah siapa.. geleng kepala je kita..

Tukang p**ak selama ni tak pernah complaint .. ditya katanya betul hardware hantar barang.. sekali disemak2 memang hardware ni penipu, caj harga gila mahal... tukang pun buat kerja jer.. terbukalah segala pekong selama bertahun2 hardware cina kejadah ni menyapu duit orang. Hardware bukan kecil, banyak cawangan...

Disinilah perlunya ilmu, kontraktor bukan hanya makan untung atas angin... tuan rumah tak tahu apa2 tentang spec dan barang2 rumah.. tukang p**ak kurang ilmu.. kena tipu hidupΒ²... yang kesiannya tuan rumah, tukang buat tapak gajah guna BRC R6 jer.. kita mampu tengok jer, tak berani nk komen kerja orang lain yg tuan rumah dh percaya bertahun2.. kita bagitahu nanti dikata nk rebut projek.. memang rezeki Allah jodohkan tuan rumah dengan kami, terbongkarlah segala musibat yg terselindung selama ini.

Untuk pengetahuan besi CQ ni sama je size. Kalau Y12, 12mm tp hardware game order Y12 cq dia bg saiz y10. Kata nya saiz cq lebih kecil.. hakikatnya, ketumpatan dan kekuatan ketegangan besi yg membezakan besi BS dan CQ.

Tuan rumah nak jadikan kes polis...

CCC (Dahulu dikenali sebagai CF rumah)Tadi terbaca satu soalan dari tuan rumah bertanya, bagaimana dia nak dapatkan CCC ...
05/01/2023

CCC (Dahulu dikenali sebagai CF rumah)

Tadi terbaca satu soalan dari tuan rumah bertanya, bagaimana dia nak dapatkan CCC untuk rumah yang dia bina atas tanah lot kampung yang tiada kelulusan binaan dari PBT?

1. Apa itu CCC? - Ia adalah singkatan kepada "Certificate of Completion and Compliance' atau 'Perakuan Penyiapan dan Pematuhan'.

Ia adalah sijil yang memperakui rumah itu siap dibina mengikut kelulusan dan pematuhan yang ditetapkan oleh undang-undang dibawah Akta 133, iaitu Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

CCC juga mengantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) yang dahulunya dikeluarkan oleh PBT.

2. Siapa yang keluarkan CCC? - Berkuatkuasa dari tahun 2007, CFO tidak lagi dikeluarkan oleh PBT tetapi digantikan p**a dengan CCC yang dikeluarkan oleh PSP.

3. Siapa PSP ni? - PSP adalah singkatan kepada 'Principal Submitting Person' atau 'Orang Yang Mengemukakan'.

Mereka terdiri dari Lead Consultant yang dilantik tuan rumah untuk membangunkan pelan-pelan rumah yang lengkap bagi membina struktur, infrastruktur, sistem kelengkapan rumah seperti pempaipan, pendawaian, kumbahan lengkap dengan lekapan dan kelengkapan rumah seperti dinding, siling, pintu, tingkap dan lain-lain.

Mereka juga yang mengemukakan pelan-pelan ini di PBT bagi mendapatkan kelulusan membina rumah atau dikenali sebagai Kebenaran Merancang. (KM).

Kebiasaannya arkitek bertauliah akan dilantik sebagai Lead Consultant untuk membina rumah.

4. Bagaimana nak keluarkan CCC? - CCC perlu melalui satu proses panjang. Ia dikeluarkan secara berperingkat setelah ' 21 Borang G' yang perlu diisi kontraktor yang membina rumah, diperakui oleh arkitek ini.

Borang G1 hingga G21 adalah borang-borang yang mengesahkan sesuatu komponen binaan itu siap dibina mengikut pematuhan yang diperuntukan dan ditandatangani oleh setiap profesional dan kontraktor atau kontraktor tred yang terlibat.

Contohnya Borang G5 adalah borang mengesahkan kerja-kerja perpaipan dalaman.

Borang ini memerlukan kontraktor tred pempaipan berlesen dan Arkitek (atau Jurutera) yang menyedia dan mengemukakan lukisan pepaipan dalaman, sama-sama
mengesahkan penyiapan dan pematuhan kerja-kerja pemasangan pepaipan dalaman.

Ada 3 peringkat utama CCC dikeluarkan iaitu:

i. Borang G1 - G3 dikeluarkan di peringkat penyiapan substruktur iaitu dari kerja-kerja membersihkan tanah hingga kerja-kerja binaan foundation rumah di bawah permukaan tanah.

ii. Borang G4 - G12 dikeluarkan di peringkat penyiapan superstruktur iaitu kerja-kerja membina tiang, rasuk, papak lantai dan bumbung yang akan menampakkan rangka rumah yang hendak dibina.

iii. Borang G5 – G21 dikeluarkan di peringkat penyiapan perkhidmatan luaran dan dalaman seperti sistem pempaipan untuk laluan air, saliran kumbahan, kerja elektrik, mekanikal, infra dan lain-lain.

Bagi mana-mana kerja yang tidak dispesifikasikan dalam binaan, borang G berkaitan tidak perlu diisikan.

Contohnya ada satu borang G yang memperakui lif dipasang dengan selamat, dan memandangkan kediaman itu tidak mempunyai lif, maka Borang G berkaitan pemasangan lif tidak perlu diperakui.

5. Apa kepentingan CCC ini? - Banyak.

a. Sekiranya kerajaan mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan melibatkan tanah yang kita duduki, gantirugi atau pampasan adalah bergantung kepada nilai tanah dan nilai rumah yang ada CCC. Sekiranya tiada CCC, gantirugi hanya akan diberikan kepada tanah sahaja.

b. Sekiranya kita atau waris kita hendak mencagarkan rumah untuk mendapatkan pinjaman tunai, salah satu syarat bank adalah rumah ini ada CCC.

Ingat, rumah yang dibina atas tanah tiada geran. CCC inilah sijil yang membuktikan rumah kita ada nilainya.

c. Sama juga sekiranya kita mahu ambil insuran kebakaran bagi melindungi rumah. Rumah tidak dapat diinsuranskan kerana tiada CCC.

d. Akhirnya sekiranya kita mahu menjual rumah tersebut, ianya juga boleh merumitkan keadaan sekiranya pembeli mahu membuat pinjaman rumah untuk rumah yang tiada CCC.

6. Mahalkah nak keluarkan CCC? Memang ada kos tambahan. Sila tanya arkitek dan kontraktor anda.

7. Rumah sudah siap, tapi tidak pernah terfikir hendak ada CCC? Hubungi semula arkitek atau kontraktor anda. Lihat apa yang mereka boleh bantu.

8. Rumah yang ayah saya bina 5 tahun dulu, tiada kelulusan PBT pun. Bagaimana hendak dapatkan CCC.

Cuba dapatkan nasihat PBT anda. Di DBKL ada satu kelonggaran dimana pemilik rumah boleh membuat semula pemutihan dengan menghantar semula pelan bangunan untuk kelulusan. Ada proses tertentu yang perlu dipatuhi.

9. Perlukah rumah kampung ada CCC? Kebanyakan bandar-bandar kecil yang ada sekarang, dahulunya berasal dari kampung-kampung juga. Kita mungkin fikir hari ini rumah yang dibina atas tanah status kampung itu tiada nilai.

Tetapi lagi 10-20 tahun akan datang apabila anak cucu kita mewarisi rumah tersebut, ia mungkin ada satu nilai besar sekiranya kawasan itu dimajukan.

Untuk makluman lanjut mengenai cara mendapatkan CCC ini, minta kontraktor hubungkan anda dengan arkitek yang membangunkan pelan rumah anda.

Bagi kontraktor p**a, ambil tahu mengenai CCC dan beri nilai tambah pada pemilik rumah, walaupun sekadar rumah kampung sahaja.

πŸͺ„copy from
Mahanom Mohammad

Asslammualaikum ,Alhamdulillah dengan keizinan darinya dapat menyiapkan kerja memasang mozek. kami sertakan gambar gamba...
03/06/2021

Asslammualaikum ,

Alhamdulillah dengan keizinan darinya dapat menyiapkan kerja memasang mozek.
kami sertakan gambar gambar untuk tatapan anda semua...

jika berminat dengan perkhidmatan kami jangan segan silu hubungi kami.

JOM WHATSAPP KAMI SEKARANG ❗❗❗

Sila klik link di bawah ini...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Mr Amin -http://www.wasap.my/+60167262952/Nakrenovaterumah

Asslammualaikum ,kerja2 membaiki dinding meratakan dindin,megecat....jika berminat dengan perkhidmatan kami jangan segan...
10/03/2021

Asslammualaikum ,

kerja2 membaiki dinding meratakan dindin,megecat....

jika berminat dengan perkhidmatan kami jangan segan silu hubungi kami.

JOM WHATSAPP KAMI SEKARANG ❗❗❗

Sila klik link di bawah ini...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Mr Amin -http://www.wasap.my/+60167262952/Nakrenovaterumah

Asslammualaikum ,Alhamdulillah dengan keizinan darinya dapat menyiapkan ubah suai rumah...kami sertakan gambar gambar un...
08/03/2021

Asslammualaikum ,

Alhamdulillah dengan keizinan darinya dapat menyiapkan ubah suai rumah...
kami sertakan gambar gambar untuk tatapan anda semua...

jika berminat dengan perkhidmatan kami jangan segan silu hubungi kami.

JOM WHATSAPP KAMI SEKARANG ❗❗❗

Sila klik link di bawah ini...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Mr Amin -http://www.wasap.my/+60167262952/Nakrenovaterumah

Assalammualaikum,NAK BINA RUMAH IKUT BUDGET SENDIRI?NAK RENOVATE RUMAH DESIGN SENDIRI?Tanah dah ada , bajet pun da cukup...
08/03/2021

Assalammualaikum,

NAK BINA RUMAH IKUT BUDGET SENDIRI?
NAK RENOVATE RUMAH DESIGN SENDIRI?

Tanah dah ada , bajet pun da cukup, apa lagi, jom kami bantu.

===========================================

ANDA BERCADANG UNTUK MEMBINA /UBAHSUAI RUMAH !???

Kami sedia membantu merealisasikan impian anda.
πŸ“Œ Kami syarikat berdaftar (CIDB & SSM).
πŸ“ŒKhidmat nasihat PERCUMA
πŸ“ŒLawatan tapak PERCUMA (Bincang sampai jadi)
πŸ“Œ REKA BENTUK RUMAH mengikut citarasa dan bajet anda (Design&Build)
πŸ“Œ Bayaran tunai berperingkat ikut progress pembinaan rumah.
πŸ“Œ Jaminan/waranti selepas rumah siap.
πŸ“ŒJaminan kualiti mengikut SOP dan spesifikasi yang ditetapkan
πŸ“Œ Dipantau syarikat sepanjang pembinaan.
πŸ“Œ Boleh melawat rumah contoh dalam pembinaan / telah siap.
-
-
JOM WHATSAPP KAMI SEKARANG ❗❗❗

Sila klik link di bawah ini...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Mr Syafik - http://www.wasap.my/+60167455669/Nakrenovaterumah
atau

Mr Amin -http://www.wasap.my/+60167262952/Nakrenovaterumah

Address

Mersing

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ms Dinamik Enterprise Construction and Renovation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share