15/04/2023
**Please share ya. Terima kasih 🥰
Salaam.
Sapa pernah try sayur ni? Tau namanya?
Sebenarnya saya sendiri juga baru mengenalinya dalam 6+ tahun yang lalu. Ianya bermula apabila kebun QNF dikunjungi oleh sekump**an aunty2 dari sebuah persatuan Taichi Nibong Tebal.
Mereka cadangkan saya tanam juga sayur ini dikebun kerana ianya amat mudah tetapi sungguh berkhasiat terutama sekali untuk golongan warga emas.
Inilah dia Malabar Spinach atau juga dikenali sebagai Ceylon Spinach, Vietnamese Spinach, Saan Choy, Shan Tsoi, Luo Kai, Shu Chieh, Lo Kwai.
Ianya juga dikenali sebagai Rembayung, Remayung, Lembayung atau Sayur Raja. Kenapa Raja? Tak dapat saya pastikan tetapi di supermarket, saya selalu nampak ianya dilabelkan dengan nama Sayur Raja.
Ianya paling mudah jika ditanam dari biji benih. Bijinya terhasil dari buah seperti kismis yg melekat di batangnya.
Seperti Lemuju yg saya ceritakan sebelum ini, sayur raja ini juga adalah perennial dan semi succulent maka, ianya perlukan air yang banyak serta tidak tolerance dengan cuaca yang terlalu panas dan kering.
Sayur raja sebenarnya amat mudah ditanam dan boleh hidup subur walaupun tanpa baja. Tetapi kalau nak guna juga baja, yang baik adalah yang tinggi nitrogen atau paling mudah, Baja ayam atau kopi yang boleh diberikan sekurang2nya setiap 2 minggu.
Seperkara lagi yang saya s**a mengenai sayur raja ini ialah kebolehannya untuk terus menerus tumbuh hingga setahun. Kita cuma gunting sebanyak mana yang diperlukan dan ianya akan tumbuh semula. Ianya sedia untuk dipotong lagi sepantas 2 minggu. Mudah Dan murah!
Oh ya! Ia akan tumbuh lebih pantas dan subur jika diberikan tempat untuk memanjat. Tanam saja dlm pasu Dan letakkan di sebelah apa saja yang boleh dipanjatnya seperti yang saya buat dirumah (lihat gambar). Letak sebelah pokok pun boleh!
Mudah Kan? Mari kita tengok khasiatnya P**a..
Aunty2 Taichi tersebut menceritakan bahawa khasiat paling utama sayur raja ialah untuk warga emas seperti mereka kerana inilah waktunya sakit2 sendi mula menyerang.
Dikatakan bahawa sayur raja ini amat baik untuk sakit2 sendi dan saya sendiri mengamalkan sejak lebih setahun lalu, apabila saya mula mengalami sakit lutut kesan sampingan dari stroke. Alhamdullillah, sakit makin berkurangan selepas sebulan+ makan dengan kadar seminggu 2 kali.
Sayur Raja mengandungi kandungan vitamins A and C, calcium, potassium dan zat besi, malah kajian mendapati bahawa sayur raja mengandungi kandungan vitamin C 3x ganda lebih tinggi dari Bayam Dan vitamin A 1.5x ganda lebih tinggi dari kailan. Power!
Lagi satu perkara baik kurniaan Allah yang ada pada sayur raja ini ialah kandungan antioxidant yang tinggi terutama sekali beta carotene Dan lutein. (Sayur Raja yang berbatang purple lebih tinggi).
Banyak lagi sebenarnya kebaikannya, tak larat saya nak ceritakan. Banyak lagi info boleh didapati di laman web kesihatan, natural health Dan juga Ayurvedic yg menyatakan kebaikan2 berikut :
Membantu penghadaman, mencegah kanser, menurunkan berat badan, membantu tidur lena, mengekalkan kesihatan umum, mengawal tekanan darah, mengawal gula, mengawal kolestrol, menguatkan tulang, mencegah anaemia Dan banyak lagi. Segalanya dengan izin Allah.
Cara makan? Ambil saja batang Dan daun2 yang lembut. Boleh stir fry dengan seafood, makan mentah, buat sup atau tumis dgn telur. Apa sahaja cara masak, ikutlah kreativiti anda asalkan kena dengan selera. Insha'Allah sedap.
Hampir terlupa, sayur raja ni berlendir sedikit, sama seperti bendi. Sebenarnya kebanyakan nutrients pentingnya ada pada lendir ini.
Nak try? Ianya tersangat2 mudah. Ini antara sayur yang saya recommend tanam untuk beginners. Terlalu mudah hingga hampir mustahil tak jadi 😊.
Semoga bermanfaat, Insha'Allah
---------------------------------
Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda. Kami amat mengharapkan sokongan anda dengan like, comment dan share perkongsian ini.
Kami juga amat menghargai sumbangan anda melalui gerai kecil kami di shopee, Lazada, touch n go, duitnow atau WhatsApp. Saya boleh dihubungi Di sini :
https://wa.me/60109460984
https://wa.me/60102700984
Tiada bantuan yang terlalu kecil, segalanya amat kami hargai dan syukuri, Alhamdullillah.
Semoga segala kebaikan dunia dan akhirat untuk tuan puan sekeluarga .
Sila rujuk pinned post diatas sekali.